BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Tuesday, January 31, 2012

Bila legging dan skinny menjadi trend

Hello world!

Hish! aku lemah betol la kalu nak buat intro nih. Nak fikir macam mana nak setat tuh susah la. Ahhhh! Lantak la. Yang pasti kali ni aku nak cakap pasal legging. Sekarang ni legging dan skinny dah jadi trend kan. Kalau keluar jejalan, tengok kiri nampak orang pakai legging. Pandang kanan nampak orang pakai skinny. Pendek kata pegi la mana-mana pun, kompem akan nampak pompuan-pompuan yang bajet hot pakai legging dan skinny.

Aku pelik la dengan orang yang boleh pakai legging gie jejalan. Tak rasa malu ke ape? Dah la benda alah tuh melekat semacam je. Geli pon ada aku tengok kalau orang pakai legging especially kalu orang tu size badan besar. Menggeleng kejap kepala aku. Agak-agak la. Sedar sikit diri tu. Nak bergaya biar la kena cara. Geli la aku. Tau! G.E.L.I.

Yang aku tak tahannya, dah la pakai legging pastu pakai baju atas bontot. Tak malu betol lah. Yang jadi trend      orang perempuan melayu islam sekarang ni, pakai tudung. Ok, dah cantik. Baju pon labuh bawah punggung. Alih-alih pi pakai legging plak dah. Adoiii..sekali aku tengok macam orang gila. Muahaha! Hanya orang gila je yang sanggup pakai macam tuh weihh. Tolong la perempuan-perempuan yang bajet hot kat luar tuh, tak payah nak pakai legging sangat la. Bukan cantik pon. Makin hodoh ada la weih.

Lagi satu, korang pakai legging ni, ingat sikit. Kalau ada orang lelaki yang berniat jahat, senang-senang je dorang snap gambar korang dan pastu edit buat macam tak pakai seluar. Lepas tu, upload kat internet last-last korang gak yang malu. Islam sendiri dah ada garis panduan dalam pemakaian kan. Islam suruh tutup aurat, pakai baju longgar, tak jarang tu sume ada sebab. Bukan suka-suka je. Tengok jer la keadaan sekarang ni. Macam-macam masalah dah terjadi. Sebabnya satu jer, manusia tak nak ikut panduan yang Allah dah tetap. Allah yang mencipta kita kan. So, dah sah-sahlah Dia tau apa kelebihan kita dan kekurangan kita. Sebab tu Allah dah buat segala peraturan yang Dia tetapkan.

So, untuk perempuan-perempuan yang bajet hot kat luar sana tuh, please la jangan pakai legging or skinny tuh. Benda tu tak cantik pon. Nampak cacat ada la. Macam ALIEN tau tak!! KO NAK JADI ALIEN ER? Muahaha! Kalau macam tuh, sesuai la ko jadi alien wahai perempuan bajet hot. BLAH LAH LU. MEMALUKAN KAUM AKU JER!!

p/s : hentikan gangguan seksual terhadap lelaki dan hentikan jugak gangguan perasaaan terhadap golongan yang macam aku. Yang geli tengok perempuan pakai legging dan skinny. Sekian terima kasih!

Sunday, January 15, 2012

Bila dah perasan bagus

Hello world!

Here i come again. Lama gila tak update blog nih. Aku bukan pe, nak kata buzy memang aku perasan buzy pon. Banyak benda yang aku kena buat kot. Tension jugak la aku nih. Tapi nak buat macam mana. Sabar je la kan. Nak tension lebih-lebih pon tak guna jugak. Buang masa jer.

Btw, aku nak kongsi satu benda ni. Aku tak tau la apa masalah manusia. Giler ar die ni perasan bagus. Mentang-mentang la kan dia ada leadership dalam diri dia. Tapi langsung tak nak dengar pendapat orang len. Aku bagi pendapat la nak buat benda tu. Aku tak kisah la kalu dia tak nak terima pon. Tapi at least RESPECT la sikit. Aku duk cakap ngan dia, dia tengok muka aku. Dan-dan dia paling muka dia and tinggalkan aku macam tuh. Waddafak beb? Kurang ajar jugak manusia nih.

Last-last yang kelakarnye,manusia ni ambik gak idea aku. Huh! nak berlagak sangat. Aku rasa jer nak 'sound' depan-depan manusia tuh. Aku tak kisah la kalau die terasa ati ke apa. Macam la aku peduli kan. Setakat dia je pon. Aku tak heran. Kalau manusia berlagak macam tu memang la menyakitkan hati aku. Blah la weiihhh.. Ok, sila blah er...tenkiu.

p/s : lepas benda-benda ni sume jadi, aku makin menyampah nak tengok muka manusia ni sebenarnya. Sebab tu kekadang aku ignore je manusia ni. Anggap je dia tak de depan aku. Kan aman hidup aku :)