BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Monday, March 21, 2011

hebat ker?



skali dier ckp..
fuhh..
mmg hebat..
suarakn dier punyer pndpt..
dh la tuh..
100% speak in english...
hebatkn..
kalu aku la nk ckp mcm tuh..
ahaha..
lmbt lgi la..
tpi kn..
syg la..
kbulehan dier mmg de..
cume de kekurangan sket..
kte2 dier tuh sumtimes mcm xhrmat org la..
MACAM..
aku kte mcm..
bkn mmg..
jaan slh fhm..
bgi aku la..
kalu nk bgi pndpt pon..
agk2 la der...
consider skit prasaan org kt sekeliling nih..
jaan rse nk mnangkn pndpt tuh jer..
shbat mne pon org tuh..
tpi no manner..
xjuga gak..
org akn pndg sblh mata gak nyer..
uhuhuhu..
tpi papepon, aku still salute gak ar skit2 si dier nih..
dh nme pon mnusia kn..
msti de kekurangannya..
sme cam aku..
bkn la perfect sgt..
rmai lgi yg lebey bek dri aku..
hohoho~~~


respect??!!







do you know what does respect mean??
respect mknenyer hormat..
ko nk org respect ko..
tpi mslhnyer,
ko xrespect org tuh..
so, cm ner dier nk respect ko??
dh la tuh, ko duk sbuk wat bising..
kdg2 tuh memalam duk melalak??
pe kes??
xder adab ker beb??
aku bkn la nk kte aku nih bek..
kdg2 aku pon 2 x5 jer..
bkn tau pon adab sopan nih..
tpi at least FIKIR LA SKIT..
jaan asik nk wat kecoh jer..
nk wat kecoh pon agk2 ar der..
smpai ggu idop org..
ble org tgur,
ko kte mgade2 la..
tpi kalu ko x mngade2..
mskn org tuh jdik mngade2 gak kn..
nk suh org respect kiter,
kiter msti respect org dlu..
jge privasi org..
sdar diri sket..
bkn seske ati, sesngal rse jer..
ade faham??
bgus..
nih pon satu peringatan tuk aku gak..
tuk trus respect org len..
bio ler org tuh de facial nerve problem ker..
attitude prob ker..
yg pnting, KITA RESPECT ORG..
BRU ORG RESPECT KITA..
ok??
hohoho...
ssguhnya aku bkn la malaikat..
yg sntiasa bek..


p/s : lam usaha tuk jdik umat islam yg sbnr-bnrnye..insyaAllah..moga2 Allah kuatkan iman n semangat aku..Amin..^_^




Wednesday, March 2, 2011

wahhh..berbakat ker aku??

thinking of sumthing..
t'igt lak time dolu2..
keminatan aku kt anime..
perghhh!!!
xyah ckp ar..
mmg obses ar...
especially kakashi..
waaaa...
ensem maa...

| nih la lover aku |



 |perghhhh!!!!! |



 |nih la wtk plg febret aku |


kalu time bowink2..
aku ske gak ar conteng m'cnteng er..
tapi..
sygnyer..
aku xder bkt kot..
sedey kn..
uhuhuhu..
redha jer la..

| one of my drawings |


| drawing nih agk lwk kn..|


aku t'pk2 la..
kalu la aku jdik seorg penulis n pelukis..
cnner idop aku skrg er??
bhgia ker aku??
m'derita ker aku??
urm..
t'tny2 nih..
ahahaha..:P

SEBENARNYA (2)

“Yuna, terima la kenyataan..Iqbal dah tak de..Yuna mesti teruskan hidup Yuna. Iqbal mesti sedih bila tengok keadaan Yuna macam ni..”. Puan Rahmah tidak sanggup melihat keadaan anak tunggalnya yang seperti kehilangan keruan. Hampir setiap masa termenung dan menangis. Dia sendiri sedih melihat keadaan Yuna.
“Yuna sayangkan abang Iqbal, mak. Yuna tak sanggup kehilangan dia mak. Yuna tak boleh hidup tanpa dia, mak. Yuna sayang abang Iqbal, mak.” Yuna bagaikan hilang pedoman hidup,menangis teresak-esak di bahu ibu.
“Yuna, dengar sini sayang…dengar, mak nak cakap. Walau apa pun yang terjadi, Yuna kena terima kenyataan Iqbal dah tak de..dah kembali ke rahmatullah. Allah lebih menyayangi Iqbal.Yuna kena terima hakikat tuh sayang. Yuna tak boleh salahkan takdir..” nasihat Puan Rahmah, lembut. Hati ibu mana yang tak tersentuh melihat keadaan anaknya yang tidak terurus. Tiap-tiap hari dia berdoa agar Yuna kembali mendapatkan semangatnya yang kental.
“Tak, mak. Yuna tak pernah salahkan takdir. Yuna tau dan Yuna terima semua tu dengan redha. Tapi Yuna tak mampu nak hidup tanpa abang Iqbal. Dia la yang selalu bagi semangat pada Yuna. Dia selalu menggembirakan Yuna tiap kali Yuna sedih. Dalam masa 3 bulan lagi, kami akan berkahwin. Yuna tak mampu nak halang rasa sedih Yuna ni, mak..”
“Mak faham..memang perasaan sedih tu kita tak boleh nak halang. Tapi Yuna kena fikirkan tentang diri Yuna. Dah berapa lama Yuna berkurung dalam bilik ni? Yuna keluar dari bilik ni bila Yuna nak menziarahi kubur arwah. Tolong la Yuna. Fikirkan perasaan mak..perasaan ayah Yuna..abang Yuna. Mereka datang dari jauh…nak jenguk keadaan Yuna. Tapi tak pernah sekali pun Yuna keluar jumpa mereka. Yuna pun dah lama kan tak jumpa ayah dan abang?”. Yuna hanya memandang ke arah ibunya. Saat itu, minda dia kosong. Sungguh dia tak boleh nak fikir apa-apa. Apa yang dia tahu, dia terlampau rindukan Iqbal. Walaupun dah hampir seminggu Iqbal pergi meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya.

_____________________

3 bulan kemudian,
“Abang, dah hampir 3 bulan kan abang pergi. Sepatutnya hari ni hari pernikahan kita, abang. Tapi jodoh kita tak panjang. Allah lebih sayangkan abang dari Yuna sayangkan abang..Yuna redha dengan pemergian abang. Yuna redha. Yuna berdoa moga-moga abang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih abang..sebab abang la, Yuna bahagia. Sebab abang la, Yuna boleh merasai kemanisan cinta yang sebenarnya. Abang, Yuna minta diri dulu..InsyaAllah,Yuna datang ziarah abang lagi. Assalamualaikum..” Yuna mengemas tikar mengkuangnya lalu berangkat pergi dalam keadaan sebak. Namun, air matanya tetap jauh berguguran. Sungguh, hatinya terlalu pilu. Terasa seperti abang Iqbal berada di sisinya.
Sebelum pulang ke rumah, Yuna memberhentikan keretanya di hadapan sebuah sekolah menengah. Ketika itu, terimbau kembali kenangan dia bersama abang Iqbal, di mana pada mulanya hubungan mereka hanya sekadar cikgu dan anak murid.  Yuna teringat kenangannya ketika menganjurkan pesta makanan. Bermula dari situlah hubungan mereka mula rapat. Dia rindukan ketawa abang Iqbal, senyumannya yang lembut dan pandangan matanya yang penuh dengan kasih sayang. Dia rindukan semua tu..
Deringan telefon bimbit Yuna mengembalikan Yuna di alam realiti. Melihatkan nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya, Yuna terus menekan punat ‘yes’
“Hello, Assalamualaikum mak…” Yuna memberi salam.
“Waalaikummusalam..Yuna kat mana nih sayang? Masih kat hospital lagi ke?”
“Eh..tak la..on the way ni..kenapa mak?”
“Ni..mak nak mintak tolong, boleh tak Yuna singgah kat pasar raya..tolong beli barang dapur sikit? Barang dapur dah nak habis ni..lagipun,malam ni kita ada tetamu istimewa tau..”
“Huh?? Tetamu istimewa? Siapa dia, mak?”
“Alah..ada la orangnya..Yuna tolong beli tau..”
“Yelah..mak nak suruh beli barang apa?”
“Sekejap lagi mak mesej la senarai barang-barang tuh..”
“Baiklah mak..
Ketika  puan Rahmah sedang sibuk menyediakan makanan di dapur, Yuna yang ralit menyusun atur pingan di atas meja terdengar loceng pintu di tekan. Bergegas Yuna menuju ke arah pintu lantas di bukanya. Terkejutnya bukan kepalang apabila melihat 2 insan di hadapannya.
“Ya Allah..ayah..abang..lamanya tak jumpa..ayah dan abang apa khabar? Yuna rindu dengan ayah dan abang..” Yuna terjerit kecil lalu bersalaman dengan encik Yahya dan abangnya, Zaid.
“Alhamdulillah..kami sihat..kami pun rindu dengan Yuna juga..” jawab encik Yahya.Zaid hanya mengganguk tanda setuju.
“Ya Rabbi, kenapa kamu tak jemput masuk ayah dan abang kamu ni? Hishh..kamu ni Yuna..kot ya pun..masuk la dulu..meh abang, Zaid..mari masuk..” ajak Puan Rahmah, menarik tangan anak lelakinya. Yuna hanya tersenyum sumbing.
Selepas makan,  mereka berempat berkumpul di ruang tamu sambil bercerita. Yuna paling gembira melihat hubungan keluarganya yang semakin pulih. Malah mak dan ayahnya semakin rapat walaupun hampir 9 tahun mereka bercerai.
“Yuna, keadaan kamu macam mana sekarang? Dah bertambah baik ke?” soal encik Yahya.
“Ya ayah..Alhamdulillah Yuna ok..sihat je..tak de masalah..”
“Bukan tu maksud ayah..ayah tanyakan keadaan kamu yang kat dalam ni..”Encik Yahya menekan-nekan dadanya. Soalan encik Yahya membuatkan senyuman Yuna hilang.
“Yuna, dengar sini dik, walau macam mana pun, adik kena terima kenyataan yang Iqbal dah tak de..tak baik adik buat macam ni..adik redhakanlah pemergian Iqbal..” Zaid yang diam tiba-tiba mencelah.
“Yuna tau..Yuna dah boleh terima kenyataan tuh. Tapi nak hilangkan kenangan tu susah dan Yuna takkan mampu..melainkan Allah yang nak Yuna lupakan pasal abang Iqbal. Tolong jangan paksa Yuna..Yuna tak mampu..”,rintih Yuna.Masing-masing hanya menundukkan kepalanya. Puan Rahmah menepuk-nepuk perlahan bahu anak perempuan kesayangannya itu.
“Ayah mengerti..maafkan ayah..”
“Tak pe la ayah..Yuna tak kisah..Yuna tau, ayah,mak dan abang risaukan keadaan Yuna kan..Yuna janji,Yuna takkan buat benda bodoh. Yuna masih boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk..”
“Alhamdulillah..kami semua sayangkan Yuna..tak nak apa-apa yang buruk berlaku pada Yuna..” Zaid memeluk bahu adik kesayangannya.

_________________________

“Yuna, boleh kau tolong rawat patient ni?” pinta Sabrina sambil menghulurkan patient’s assessment  kepada Yuna.
“Pesakit ni ada masalah apa?” soal Yuna, membelek-belek kertas yang berada di tangannya.
“Muscle spasm..he needs shortwave diathermy la..”
“Oh..i see..ok..aku pergi sekarang..”
“Thanks,Yuna..”
“Not a big problem la..”Yuna pergi setelah meminta diri menuju ke arah bilik rawatan.
“Assalamualaikum..my name is Yuna. Today, I’ll be your physiotherapist..”, Yuna memperkenalkan dirinya kepada pesakit di hadapannya.
“My name is Muhd Zackwan Zairi..and I think you’re one of my old friend..am I right?”
“Pardon?”
“Yeah..saya Zackwan..dont you remember me?” Dahi Yuna berkerut-kerut.
“Oh..yeah..you’re right. Hye, long time no see..by the way, let’s start your treatment. We can chat after this perhaps?”
“Of course..why not?

______________________________

“Wah, tak sangka awak dah jadi fisioterapi..tahniah..”
“Thanks..Alhamdulillah..saya pun tak sangka sebenarnya boleh pilih kerja ni..dah takdir kan..terima je la..”
“Awak ni kan, tiap kali kita jumpa mesti awak tak kenal saya..sedih betul la saya..”gurau Zackwan. Yuna hanya tersenyum.
“Yelah..salah saya..maaf..bukan tak kenal,tapi tak cam je..”
“Alah..ya ke? Nak buat macam mana kan, orang tu dah bahagia..dah ada abang tersayang..” usik Zackwan lagi. Tak semena-mena raut wajah Yuna bertukar mendung. Zackwan hairan melihat perubahan Yuna.
“Yuna, what’s wrong with you? Saya ada tersilap cakap ke? Maaf ya..”
“Eh..tak de la..tak de apa-apa..”Yuna menghadiahkan senyuman kepada Zackwan.
“Oh ya, awak dengan Iqbal macam mana? Dah kahwin belum?”. Arghhhh!! Soalan Zackwan membuatkan hati aku bertambah sayu. Hati, kau bertahanlah. Jangan sedih. Kau kena kuat!!
“Sebenarnya, kami tak jadi kahwin..” jawapan Yuna mengejutkan Zackwan.
“Hah??!! Tapi kenapa??”
“3 bulan sebelum tarikh perkahwinan kami, Abang Iqbal kemalangan dan dia meninggal sesampai di hospital.” Sayu mendengar suara Yuna. Zackwan tumpang simpati.
“Innalillah..moga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”
“Eh, ok la..got to go..dah habis lunch time..need to go back to hospital now..Assalamualaikum..” Yuna mahu melangkah pergi tetapi Zackwan memanggilnya membuatkan Yuna mematikan langkahnya.
“If you don’t mind, boleh bagi nombor telefon?”
“Sure..” setelah memberi nombor telefonnya, Yuna terus melangkah pergi dengan perasaan sayu yang menebal di hatinya yang masih teringatkan arwah Iqbal

_____________________________________

Abang Iqbal, Yuna rindukan abang. Yuna tak mampu nak lupakan Abang. Maafkan Yuna, abang. Yuna terlalu mencintai abang. Izinkan untuk Yuna terus menyimpan kenangan kita dalam hati Yuna selamanya.
“ Hai Yuna, dah lama tunggu? Sorry lambat..”ujar Zackwan
“Hai..urm..tak de la..tak lama sangat..jemput duduk..” ajak Yuna. Zackwan mengambil tempat yang bertentangan Yuna.
“Oh ya, apa cerita sekarang? Still dengan Erika ke?” soal Yuna.
“Still macam dulu..membujang..tak de orang nak la..Erika pun sekarang ni tinggal kat Amerika. “
“Ya ke? Dah berapa lama dia kat sana?”
“Dah lama..lepas spm, dia belajar kat sana..sampai sekarang…”
“Oh..kira sekarang ni awak tunggu dia balik Malaysia la?”
“Tak de maknanya saya nak tunggu dia..”
“Hah?? Kenapa pula?” Yuna terkejut dengan pengakuan Zackwan.
“Well, we all dah lama pun putus. Sejak sekolah hari tuh..dan kitaorang tak pernah sambung balik..”
“Maksudnya?” Yuna seperti keliru.
“Yup, selepas awak pergi hari tu, kami tak couple pun. Malah Erika yang suruh saya fikir perasaan saya yang sebenar..betul ke saya masih cintakan dia atau saya dah mula jatuh cinta dengan awak..tapi sayang lepas saya sedar, saya dah kehilangan awak. Padan muka saya kan..”
“Tak..jangan cakap macam tu..mungkin kita tak ada jodoh. Lagipun, time tu kita still lagi budak-budak. Cinta monyet la katakan..” Yuna ketawa kecil.
“Ya..mungkin masa tu kita tak de jodoh..dan mungkin baru sekarang kita ada jodoh..” ujar Zackwan perlahan.
“Apa dia awak cakap??”
“Tak de apa-apa la..”Zackwan tersenyum.
“By the way, boleh saya nak tanya sesuatu? Kalau awak tak kisah la..” pinta Zackwan.
“Apa dia?”
“Macam mana awak dengan cikgu Iqbal boleh bersama?” soalan Zackwan membuatkan Yuna senyap untuk seketika. Agak pedih untuk mengingatkan kenangan manis mereka berdua.
“Entah la..saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta dengan arwah Abang Iqbal. Tapi setiap kali saya dengan arwah, satu perasaan yang amat menyenangkan menyelinap dalam hati saya, tambahan pula selepas saya minta putus dengan awak, kata-kata arwah membuatkan saya jatuh cinta dengannya.” Yuna tersenyum apabila mengingatkan kembali saat itu. Alangkah indahnya arwah ada bersama dengannya sekarang. ‘Awak jangan risau..saya janji..saya akan jaga awak selama-lamanya’. Kata-kata itu terngian-ngian dalam kepalanya.
“Hye Yuna, are you still here??” soal Zackwan, melambai-lambaikan tangannya di hadapan Yuna.
“Hahh?? Apa dia??” Yuna tersedar dari lamunannya.
“Hai..dah terbang kat planet mana ni?”
“Hishh..tak de la..”

________________________
“Mak. Kenalkan..ini Zackwan..kawan lama Yuna masa kat sekolah dulu..” Yuna memperkenalkan Zackwan kepada ibunya,Puan Rahmah.
“Assalamualaikum mak cik..” ucap Zackwan lalu bersalaman dengan Puan Rahmah.
“Waalaikummusalam..jemput la masuk Zackwan..”Ajak Puan Rahmah.
“Kamu duduk la dulu..mak cik nak ke dapur kejap..nak sediakan air..” ujar Puan Rahmah,bersedia untuk melangkah ke dapur. Namun, Zackwan menghalang.
“Eh..tak per la mak cik..lagipun,kami baru sudah makan kat luar ni..”
“Alah..apa la salahnya…”
“Nanti susahkan mak cik..saya singgah ni nak hantar Yuna je..”
“Betul tu mak..mak duduk je la..borak-borak dengan Zackwan. Yuna nak naik bilik kejap..” Yuna terus berlalu meninggalkan Zackwan dan Puan Rahmah di ruang tamu.
“Kamu kenal dengan Yuna dah lama mana?” soal Puan Rahmah tiba-tiba.
“Dah lama..masa kitorang dah form 4.”
“Jangan-jangan kamu la yang couple dengan Yuna dulu tu ya?”
“Yup..saya la tu..tapi sebab kebodohan saya dulu..saya akhirnya kehilangan dia..”
“Kamu tau kan pasal arwah Iqbal?”
“Saya tau..mula-mula saya pun terkejut dengar khabar pasal si arwah..” Zackwan diam seketika sebelum menyambung kembali percakapannya.
“Mak cik, saya masih sayangkan Yuna..kasih saya pada dia masih tak berubah. Saya nak minta kebenaran mak cik untuk terus rapat dengan Yuna..dan InsyaAllah kalau ada jodoh,saya nak jadikan Yuna sebagai suri rumah saya..” Puan Rahmah hanya tersenyum mendengar kata-kata Zackwan.
“Kalau demi kebahagiaan Yuna,mak cik izinkan..semua tu ketentuan Allah..kalau betul jodoh kamu dengan Yuna, mak cik rela..”
“Terima kasih mak cik..”
“Amboi..rancak bercerita..”tegur Yuna yang baru turun dari tangga.
“Mengata Yuna er??” soal Yuna lagi lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan Puan Rahmah.
“Alah..buat pe mengata kamu? Tak de faedah pun..” balas Puan Rahmah. Zackwan hanya ketawa melihat Yuna mencebik bibirnya.
“Alah..Yuna baru ingat nak boleh pahala free..”
“Banyak la pahala free kamu ya..”
“Mak ni..buat la amal jariah sket..”
“Tak de maknanya …oh ya Zackwan, kamu ni kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Z & R holdings..sebagai engineer kat sana..”
“Abis tu, macam mana kamu boleh berjumpa dengan Yuna semula?”
“Alah mak ni..dah takdir..nak buat macam mana..terjumpa la kitorang ni..” Puan Rahmah mencubit lengan anak perempuannya. Yuna mengaduh kesakitan.
“Hish..kamu nih..mak tanya elok-elok..main-main pula ya..” Yuna membuat muka selamba sambil menggosok-gosok lengannya yang menjadi mangsa cubitan maknya. Tawa Zackwan sekali lagi meletus melihat gelagat dua beranak itu.
“Hari tu,saya nak buat rawatan fisio..kebetulan pula, Yuna yang jadi therapistnya. Mungkin dah jodoh kot kami jumpa kat sana.” Jawab Zackwan,penuh makna. Senyuman Puan Rahmah makin lebar apabila mengerti pandangan Zackwan yang penuh kasih terhadap Yuna.

__________________________

“Yuna, apa pendapat kamu pasal Zackwan tu?” soal Puan Rahmah setelah Zackwan meminta diri untuk pulang.
“Zackwan? Urm..dia ok jer..kenapa dengan dia?” Soal Yuna kembali sambil membelek-belek akhbar di hadapannya.
“Kamu tak rasa apa-apa ke bila dengan dia?” Soalan Puan Rahmah menbuatkan bacaan Yuna tergendala.
“Rasa apa pula, mak?”
“Yalah..dulu kan kamu pernah sayang kan dia. Sayang tuh dah tak de ke?” Yuna semakin hairan dengan soalan Puan Rahmah.
“Maksud mak apa sebenarnya? Yuna tak faham la..”
“Mak rasa, mak sukakan Zackwan tu la..”
“Dah tu?”
“Kamu tak sukakan dia ke?”
“Hish…mak ni..ke situ pula..Yuna anggap dia tu kawan je la..lagipun, cinta Yuna pada arwah abang Iqbal masih menebal dalam diri ni..susah untuk Yuna lupakan perasaan tu..”
“Ya..mak tahu..tapi..”
“Tak pe la mak..Yuna nak masuk dalam bilik dulu..nak rehat..letih la..sorry ya tak teman mak tengok tv malam ni..”Yuna memotong percakapan maknya. Yuna menyalami tangan maknya lalu mula menuju ke arah tangga.
Puan Rahmah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anaknya. Setiap kali dia membangkitkan soal hati, Yuna sering mengelak. Berbagai-bagai alasan yang diberinya. ‘Maafkan Yuna mak. Buat masa ni, Yuna tak boleh terima orang lain. Hati Yuna betul-betul tercipta untuk arwah abang Iqbal. Abang, selagi Allah izinkan hati ini menyayangi abang..Yuna akan terus menyayangi abang. Yuna rindukan abang..’

__________________________

“Hye Yuna..nah,bunga untuk kau..wow!! so sweet!!” tegur Sabrina,menghulurkan jambangan bunga rose merah kepada Yuna. Yuna menyambutnya dengan teragak-agak.
“For me? From who?”
“I don’t know..tengok la sendiri..” Yuna mengambil kad yang terselit di bunga-bunga tersebut.
“ only me can make you mine” perlahan Yuna menyebut kata-kata yang tertulis di kad itu.
“Wah..gila sweet kata-kata tu…only me can make you mine..dari siapa beb??”
“Entah la..tak tulis pun dari siapa kat sini..”
“Gila ar..kau ada secret admirer..tahniah..”
“Tahniah kepala kau! Tak de maknanya semua ni..aku sikit pun tak terharu kot..”
“Alah..kau nih..tak de perasaan betul la..at least appreciate la sikit..apa la..”
“Tak de maknanya..nah,ambik la bunga nih..tak ingin la aku..”
“Oh..thank you..thank you..”
Selama tiga hari berturut-turut Yuna mendapat bunga entah dari siapa. Dia makin serabut dengan situasi itu. Mahu berdepan dengan si pemberi,dia tidak tahu siapa gerangan tersebut. Hari ini pula, bungkusan hadiah kotak kecil di atas mejanya bersama sekeping kad.
“Arghhh!! Siapa yang kasi ni? Huh, gila ke apa manusia ni?” gomel Yuna. Tangannya mencapai kad tersebut.
Cintamu,
Satu anugerah buatku,
Sayangmu,
Satu kegembiraanku,
Kasihmu,
Satu kebahagiannku,
Setiamu,
Satu keistimewaan buatku,
Mencintaimu,
Satu kepastian untukmu,
Sambutla cintaku,
Because,
Only me can make you mine
p/s : meet me at restaurant kalian at 9.00 p.m. I’m a person that wearing red shirt tonight.
Yuna membaca setiap patah perkataan yang tertulis di situ. ‘meet me at restaurant kalian at 9.00 p.m?’ patut ker aku pergi? Tapi kalau aku tak pergi, nanti aku tak tahu siapa yang bagi.

_____________________

Setelah membuat pertimbangan, Yuna mengambil keputusan untuk berjumpa dengan orang tersebut. Tepat pukul 9 malam, Yuna tiba di restaurant tersebut. Matanya melilau mencari orang yang memakai baju merah. Tapi hampa kerana agak ramai yang memakai baju merah malam itu. Tiba-tiba matanya tertangkap satu kelibat manusia yang di kenalinya lantas, Yuna membuka langkah menuju ke arahnya.
“Hai Zackwan..”
“Eh..Yuna..hai..jemput la duduk..” pelawa Zackwan. Yuna mengambil tempat bertentangan dengan Zackwan.
“Awak sorang-sorang je ke?” soal Yuna. Zackwan membalas dengan senyuman.
“Awak pun sorang-sorang juga ke?” soal Zackwan kembali. Yuna mengeluh.
“Kenapa pula?” Zackwan hairan.
“Tak la..saya tengah tunggu seseorang ni..tapi saya tak pasti siapa dia..”
“Huh? Awak tengah tunggu seseorang tapi awak tak kenal siapa dia? Peliknya..”
“Tu la pasal..sebenarnya orang ni selalu hantar bunga..dah tiga hari berturut-turut..tapi saya tak tahu siapa dia. And hari ni dia hantar kotak baldu ni..kata nak jumpa malam ni..so, saya nak tau siapa dia..lagipun,saya nak pulangkan balik benda ni..” cerita Yuna sambil menghulurkan kotak baldu berwarna merah.
“Alah..kenapa awak tak terima je? Orang dah sukakan awak..”
“ Masalahnya, saya tak kenal dia..macam mana saya nak terima dia..”
“Yuna, listen here..that person is me..” Beritahu Zackwan serius. Yuna tersentak. ‘bergurau ke apa mamat ni? Tetibe je..tapi zackwan pun pakai baju merah..takkan la..’
“Awak buat lawak ke? Takkan orang tu awak kot..”
“Saya serius ni..” Zackwan melafazkan kata-kata yang sama yang terdapat pada kad tadi. Yuna terkesima.
“Maaf..saya tak boleh terima awak..maafkan saya..”
“Tak Yuna..awak kena terima hakikat yang jodoh awak dengan arwah Iqbal dah tak de..saya dapat rasakan yang jodoh awak dengan saya..” tegas Zackwan. Yuna hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak..tak mungkin..”
“Yuna, dengar sini…mungkin pemergian arwah Iqbal tanda jodoh awak dengan saya…” belum sempat Zackwan menghabiskan percakapannya, Yuna bangun dan menampar Zackwan.
“Awak tau tak, arwah abang Iqbal meninggal sebab saya! Sebab saya!! Arwah selamatkan saya tapi akhirnya dia terkorban..dan sekarang awak kata, arwah meninggal sebab tanda jodoh saya dengan awak?!! Awak tak de hak untuk berkata macam tu!! Arwah meninggal sebab saya!! Bukan sebab jodoh saya dengan awak!!” Yuna terus pergi meninggalkan Zackwan. Orang di sekeliling hanya melihat adegan tersebut. Zackwan mengeluh panjang.

____________________
Sampai di rumahnya,Yuna terus menuju ke dalam biliknya. Dia  menghempas dirinya di atas katil sambil menangis teresak-esak.‘Bengongnya Zackwan! Jodoh aku bukan dengan kau la. Jodoh aku dengan abang Iqbal. Bukan dengan kau! Dulu, kau juga yang tolak cinta aku dan sekarang kau kata jodoh aku dengan kau??! Kau gila!!’ pekik hati Yuna.
“Abang, kenapa Zackwan sanggup kata macam tu? Jodoh Yuna bukan dengan dia kan..jodoh Yuna dengan abang kan..abang sayang Yuna dan Yuna pun sayangkan abang..mungkin abang dah tak de kat dunia ni..tapi dalam hati Yuna,abang tetap hidup..” rintih Yuna. Deringan telefon bimbitnya membuatkan Yuna kembali kea lam realiti. Tertera nama Zackwan di skrin telefonnya. Yuna hanya membiarkan deringan itu mati dengan sendiri. Dia tiada mood untuk bercakap dengan Zackwan apatah lagi berjumpa dengannya lagi. Tiba-tiba satu mesej masuk dalam ‘inbox’ telefonnya. Yuna menekan punat ‘yes’ untuk membacanya.
‘Yuna, walau mcm mne awk lri pn,sy ttp akn kjar awk..sy dh xnk khlangan awk lg..skrg pluang sy utk dptkn awk..sy jnji, xlma lg awk ttp akn jdik isteri sy smpai ble2..sy jnji!!’
‘Arghhh!! Mamat ni dah gila. Perempuan kat luar tu berlambak la..pergilah pilih..aku tak nak kau la..tak faham-faham ke??!!’ Jerit hati Yuna. Jari-jari Yuna ligat membalas mesej Zackwan. ‘prgi mati la dgn jnji awk tu!!’ lalu dia pun menekan ‘send’. Sekali lagi telefon Yuna berbunyi tanda mesej masuk. ‘sy pgg jnji sy..insyaAllah, x lma lgi awk bkl jdi surirmh sy..sy sygkn awk..’
Sah!! Lelaki ni memang gila. Tak faham bahasa betul. Lantak kau la..aku dah malas nak ambik tahu. Tu hal kau..tak de kena mengena dengan aku. Yuna membuat keputusan untuk tidur tanpa membalas mesej Zackwan.

______________________________

3 minggu selepas itu, Yuna dikejutkan dengan berita yang dia bakal di tunangkan. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Marah,sedih kecewa bercampur menjadi satu.
“Mak, kenapa mak terima pinangan tu? Yuna tak pernah setuju pun..kenapa mak?!!” soal Yuna.
“Mak buat macam tu demi kebaikan Yuna..”
“Kebaikan ke keburukan? Mak tak fikir ke perasaan Yuna, mak? Sampai hati mak..”
“Maafkan mak,Yuna. Mak rasa dah sampai masanya kamu teruskan hidup kamu dengan menerima orang lain dalam hidup kamu..” pujuk Puan Rahmah perlahan.
“Tak mak..Yuna takkan boleh terima orang lain..” tegas Yuna.
“Yuna, kalau kamu menganggap mak ni mak kamu, terima la pinangan tu..mak merayu..” Kata-kata  Puan Rahmah membuatkan Yuna terdiam. Dia hanya mampu menangis. Lantas, Yuna menuju ke biliknya. Di dalam bilik, Yuna menangis semahu-mahunya

______________________

“So,puas hati awak sekarang??” soal Yuna,meninggikan nadanya.
“Yup..saya puas hati..puas sangat-sangat. Kali ni saya takkan lepaskan awak, Yuna. Saya akan buktikan cinta saya pada awak. Saya janji..!!” tegas Zackwan. Yuna hanya mencebikkan bibirnya.
Selepas berita yang dia bakal ditunangkan dengan Zackwan,Yuna membuat keputusan untuk bersemuka dengan Zackwan. Dia sendiri hairan macam mana maknya boleh menerima pinangan Zackwan. ‘Arghhh..lelaki ni terlalu licik!’ getus hati Yuna.
“Awak mungkin boleh memiliki saya, tapi saya akan pastikan yang awak takkan dapat hati saya..saya janji!!” tanpa membuang masa, Yuna terus pergi meninggalkan Zackwan berseorangan.
‘Yuna, kau terlalu degil. Tapi demi kau, aku sanggup tunggu sampai kau jatuh cinta dengan aku..’

________________________

Majlis perkahwinan Yuna dan Zackwan hanya tinggal 2 minggu. Yuna seperti tiada semangat untuk hidup. Kalau mempunyai pilihan, mahu sahaja dia melarikan diri tapi bila mengenangkan kata-kata maknya, Yuna membuntutkan niatnya. Walaupun dia bersetuju untuk berkahwin dengan Zackwan,tidak semestinya dia akan menyerahkan hatinya kepada Zackwan. Hatinya hanya milik arwah Iqbal. Itu yang pasti.
“Assalamualaikum Yuna..boleh mak masuk?” Puan Rahmah meminta izin untuk memasuki ruang bilik anaknya.
“Eh mak, masuk la..” pelawa Yuna.
“Mak ada nak cakap sedikit dengan kamu ni…” Puan Rahmah melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Apa dia mak?” Yuna mendekatkan dirinya dengan maknya.
“Yuna, lagi 2 minggu kamu nak kahwinkan..walau macam mana kamu sayangkan arwah Iqbal, kamu kena ingat..seorang isteri, cintanya hanyalah untuk si suami. Mak pinta sangat..lepas kamu kahwin nanti, tolong belajar mencintai Zackwan. Berdosa kalau kamu masih mengingati lelaki lain sedangkan kamu dah ada suami..” nasihat Puan Rahmah, lemah lembut.
“Tapi mak, Yuna tak mampu..lagipun,Yuna tak yakin yang Zackwan tu memang jodoh Yuna.”
“Kalau kamu tak cuba, macam mana kamu nak tahu? Berdoalah banyak-banyak..InsyaAllah, suatu hari nanti kamu boleh terima cinta orang lain. Mak yakin, Zackwan memang cintakan Yuna..kalau tak, takkan dia sanggup merayu depan mak,ayah dan abang Zaid supaya kami benarkan untuk berkahwin dengan kamu. Tunailah solat istikarah..pinta penunjuk dari Allah..insyaAllah, kamu dapat penunjuknya..” Puan Rahmah menepuk-nepuk lembut bahu Yuna tanda member semangat kepadanya. Yuna hanya menganggukkan kepalanya.
“InsyaAllah mak..”
Malam itu, seperti nasihat maknya, Yuna menunaikan solat istikarah. Ketika berdoa, Yuna bersungguh-sungguh berdoa hingga dia menangis teresak-esak. Tepat pukul 2 pagi, Yuna melelapkan matanya setelah selesai membaca Al-quran.
Tanpa disangkanya, Yuna telah bermimpikan kelibat arwah Iqbal. Arwah hanya tersenyum memandang Yuna. Apabila Yuna mendekati Iqbal, Iqbal memusingkan badannya meninggalkan Yuna. Yuna berlari untuk mendapatkan Iqbal tetapi kelibatnya hilang. Yuna berseorangan sehinggalah dia merasakan seseorang menyentuh bahunya dari belakang. Yuna memusingkan badannya dengan menyangkakan Iqbal lah yang menyentuh bahunya namun sangkaannya meleset apabila mendapati orang tersebut adalah Zackwan!
Tangisannya jatuh berguguran. Zackwan tersenyum lalu menyapu lembut air mata Yuna. Perasaannya pada saat itu amat sukar digambarkan. Dia merasakan perasaannya penuh dengan kasih sayang ketika memandang wajah Zackwan dan ketika itu lah, Yuna terkejut dari tidurnya. Yuna beristighfar. Terkejut dengan apa yang dimimpinya sebentar tadi.
“Ya Allah, adakah ini penunjuk yang aku sememangnya dicipta untuk Zackwan? KAU ampunkanlah dosa aku..selama ini aku terlupa yang KAU telah aturkan segalanya yang terbaik untuk hamba-Mu..”

_____________________

Seperti yang dijanjikan dengan Zackwan, Yuna bersetuju untuk berjumpa dengannya di sebuah taman. Zackwan sudah berada di sana apabila Yuna sampai.
“Assalamualaikum..”ucap Yuna, berdiri di sebelah Zackwan.
“Waalaikumussalam..Yuna sihat?”  Yuna hanya mengangguk tanda jawapan kepada soalan Zackwan. Angin bayu yang menyapa Yuna membuai perasaannya ketika itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri sehinggalah Zackwan membuka mulut.
“Tinggal lagi seminggukan sebelum kita kahwin. Saya tau awak mesti sakit hati kan sekarang ni. Tapi saya buat macam ni sebab saya yakin, awak memang tercipta untuk saya. Saya yakin. Sebab tu la, saya sanggup jumpa dengan mak, ayah dan abang awak. Mula-mula memang mereka macam tak terima,tapi demi kebahagiaan awak..mereka setuju..” Zackwan menghentikan percakapannya seketika. Yuna memandang Zackwan dengan penuh debaran, menanti kata-kata yang keluar dari mulut Zackwan seterusnya.
“Dan saat tu, saya janji dengan diri saya..saya akan bahagiakan hidup awak tak kira macam mana..saya pun tak nak kehilangan awak macam dulu. Saya terasa menyesal sangat-sangat bila tak hargai cinta awak time tu..tapi semua tu cuma mimpi yang takkan terlaksana. Saya sedar,cinta awak pada arwah Iqbal terlalu kuat..malah, kehadiran saya hanya menambah derita awak. Maafkan saya.  Selepas ini, saya akan batalkan perkahwinan kita. Awak jangan risau, saya takkan salahkan awak. Saya akan terangkan kepada keluarga kita yang saya pinta batalkan perkahwinan ini. Saya harap awak akan bahagia di dunia dan akhirat. Assalamualaikum..” Zackwan mula membuka langkah meninggalkan Yuna. Yuna sedikit terkejut dengan kata-kata Zackwan.
“Zackwan!!” jerit Yuna, memanggil Zackwan. Zackwan menghentikan hayunan kakinya lalu memusing badannya ke arah Yuna.
“Maafkan saya. Saya yang sebenarnya silap..saya lupa yang Allah telah tentukan semuanya yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah lebih menyayangi arwah lebih dari saya. Allah temukan saya dengan awak sebab awak yang terbaik untuk saya. Maafkan saya sebab dah melukakan hati awak. Maafkan saya.” Air mata Yuna jatuh berguguran. Zackwan terus mendapatkan Yuna lalu mendakapnya seerat mungkin.
“Terima kasih Yuna..terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk terus mencintai awak…”
“ Tapi saya nak minta masa..untuk belajar mencintai awak semula..sukar bagi saya untuk terus melupakan arwah abang Iqbal..”
“Tak pe..ambillah lama mana yang awak mahu..saya sanggup tunggu sampai awak jatuh cinta dengan saya..” Zackwan memegang erat bahu Yuna. Yuna tersenyum bahagia.
‘Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau masih menyayangi aku..Kau kekalkanlah perhubungan aku dengan Zackwan sampai akhir hayat. Abang Iqbal, walaupun cinta Yuna beralih arah..tak bermakna Yuna akan terus lupakan abang. Bagi Yuna, Abang tetap hidup dalam hati Yuna walaupun,jasad abang tiada. Terima kasih abang..sebab abang la, Yuna ada di sini..’

listen to your heart,
when he's calling for you,
listen to your heart,
there's nothing else you can do,
I don't know where you're going,
and I don't know why,
but listen to your heart,
before you tell him goodbye,

‘Terima kasih Zackwan kerana masih mencintai diri ini..betul kata-kata awak..only me can make you mine..semoga jodoh kita sampai ke syurga…’