BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Saturday, December 15, 2012

Maafkan saya, makcik.

Assalamualaikum

Hello world

Semalam aku ingatkan aku malas nak buat new case. Ingat nak buat follow up untuk physio je. Tapi bila fikirkan nanti kes aku tak cukup pulak nak cover minggu pediatric tu. Kot kot la masa aku posting minggu pediatric tu aku takde case. Praktikal kali ni kalau boleh aku nak paling paling kurang 5 case seminggu. Cukup la tu kan. Dah boleh rubric 4. Kot la.

Tapi nak dijadikan cerita, last last aku boleh jugak new case pagi tu. Time tu patient aku tu perempuan. Miss Lim interview sikit sikit lepas tu dia suruh aku assess patient tu. Aku pon mintak la patient tu masuk bed no 1. Lepas tengok posture dia, buat special test sikit, tengok muscle strength dia tu semua. Aku pun nak proceed la buat treatment. Baru nak letak hotpack tetibe aku teringat la yang dia ade diabetes. Fuhh! Naseb baek tak letak lagi.

'Kejap je makcik. Nanti saya datang'. kata aku lalu keluar dari bed no 1 dan menuju ke meja physio untuk ambik test tube untuk test sensation. Bila dah ready tu semua, aku pun masuk balik dalam bed no 1 tu.

'Ok makcik, sekarang ni saya nak test sikit tau. Yang ni panas', kata aku lagi sambil letak test tube berisi air panas kat kulit makcik tu.

'ada rasa?', soal aku.

'Ada', jawab makcik tu sepatah. lalu aku angkat test tube panas tu

'Yang ni sejuk', kata aku lagi sambil letak test tube yang sejuk.

'Ada rasa', jawab makcik tu. Lepas tu aku test la banyak banyak kali kat tempat lain tapi still lagi kat bahagian belakang makcik tu. Tapi makin lama makcik tu makin tak rasa. Aku pon dah macam pelik.

'Ok makcik. Sekarang ni saya nak letak kat bahagian betis pulak ye'. Makcik tu kata ok. Test punya test, yang sejuk je dia rasa. Yang panas dia tak rasa. Aku tau makcik tu macam cuak je sebab dia tak rasa. Tiap kali dia tak rasa mesti dia tanya aku ada letak ke tak. Honestly, memang aku letak.

'Makcik tunggu kejap ya. Nanti saya datang balik ya'. Aku dah pening. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku pun pegi cari Miss Lim. Aku cerita-cerita kat dia. Dia kata aku letak air panas sikit sangat. Dia pun pergi la tambah air panas penuh. Aku masuk balik dalam bed no 1 tu.

Masa aku masuk tu, aku nampak makcik tu kesat mata dia. Aku rasa dia macam menangis je tapi aku sedapkan hati mebi dia pedih mata kot. Aku test test sekali lagi tapi result dia still lagi menghampakan. Aku keluar balik dari bed tu, jumpa Miss Lim. Sebab sensation dia tak intact, so nak buat hotpack dah jadi contraindication dah. Miss suruh aku test untuk sharp and blunt test tapi result dia memang dia tak rasa. Yang tajam dia rasa tapi yang tumpul tu dia tak rasa. Honestly ni first time aku jumpa patient yang sensation dia tak intact.

Miss Lim tanya aku, aku nak buat apa? Nak letak hotpack ke nak letak tens? Aku fikir fikir balik, baik aku letak hotpack. At least panas dia takde la kuat sangat sebab tens lagi bahaya untuk makcik tu sebab guna current kot. Kalau dia tak berapa rasa, dan aku ternaikkan intensity tens tu kuat sangat,tak pasal pasal melecur pulak kulit makcik tu. Aku masuk la balik dalam bed no 1 tu. Pasang plug hotpack ( hotpack kat sana guna yang electric punya)

'Makcik, sekarang ni saya nak bagi treatment. Sekarang ni saya nak letak hotpack kat belakang ni. Hotpack ni boleh melegakan sakit, melancarkan pengaliran darah.' Masa aku explain kat makcik tu, sekali lagi aku nampak makcik tu kesat mata dia lepas tu dia duduk.

'Eh, eh, makcik kena terus meniarap sebab saya nak letak hotpack ni kat belakang.'

'Oh, ye ke?' Makcik tu nak meniarap sekali lagi.

'Makcik menangis ke?', dengan berdebar debar aku tanya. Makcik tu senyum.

'A'ah. Makcik sedih. Makcik tak tahu la yang makcik dah tak rasa. Dulu, sebelum jari kaki makcik patah, semua ok. Ada rasa lagi. takde pon kebas kebas ni. Makcik sedih.', dan sekali lagi makcik tu macam nak menangis. Aku dah speechless dan mula nak menggelabah.

'Biasanya orang yang ada kencing manis ni,memang akan kurang rasa sikit. Sensation dia kurang.' Aku cuba terangkan kat makcik tu. Dia sedikit tenang la. Aku pon terus sambung letak hotpack tu.

'Makcik, hotpack ni saya letak 20 minit tau. Nanti saya datang tengok lagi. Lepas 20 minit, saya akan ajar makcik exercise sikit.'

Aku pun selalu la pantau makcik tu takot la jugak kalau kalau ada melecur ke apa ke. Nanti aku yang dipersalahkan. Lepas ajar exercise tu semua, makcik tu tanya macam ada dia ada chance untuk baik ke tak. Aku dah serba salah dah time tu. Aku jawab la untuk kurangkan sakit tu, InsyaAllah la. Naseb baek Miss Lim ada time tu, dia yang tolong explain kat makcik tu.

Aku rasa macam nak continue nak follow up makcik tu. Aku pon rasa sebak weih. Dah la dulu dia aktif sukan tapi sekarang dah benti sebab tetibe kaki dia jadi sakit dan kebas. Aku harap la makcik tu kuat semangat. Dan sebelum balik,dia ada kasi aku kuih. Terima kaseh makcik. Dan maafkan saya sebab saya dah buat makcik sedih secara tidak sengaja. Maafkan saya.

p/s: Agak-agak nya aku dah melanggar etika tak bila aku bercerita pasal makcik ni?

Minggu kedua praktikal

Assalamualaikum

Hello world.

Dah abis dah minggu kedua aku. Yeay! Hari ni weekend. Tapi bad news bila hari selasa ni aku ada presentation. Oh crap! Mesti banyak aku kena tembak ni. Konfirm! Brrrrr!! Mintak mintak la aku buat yang terbaek. Dah tak larat la asyik kena tembak je. Habis la berlubang baju aku. Habis la cair tahi telinga aku yang berkurun beku.

Oh ya! Sebenarnya la kan. Aku ada satu cerita nak citer. Hari kejadian adalah semalam (jumaat,14/12/2012). Tempat kejadian adalah di hand therapy. Petang semalam aku dengan lagi dua orang kena jaga kat hand therapy. Nak dijadikan cerita la kan. Time tu dah pukul 4 lebih la. Aku duduk la kat tepi sorang pesakit ni. Punya la rancak dia bercerita. Aku tumpang dengar la dan sikit sikit masuk campur. Biase la. Aku ni blur sikit. Tanya pun sebab nak mintak kepastian sama ada apa yang aku faham tu sama ke tak dengan apa yang dia cerita tu.

Bila jam berdetik hampir pukul 5, mak cik tu beransur la pergi. Tapi sebelum bersalaman dengan dia, dia sempat bertanya satu soalan kat aku. Ok, cerita dah makin best ni.

Makcik : Hah, yang ni asal mana? *sambil menunjuk ke arah aku
Aku : Saya asal Terengganu
Makcik : Patut pon comel *sambil hulur tangan bersalaman
Aku : *speechless sambil menyambut tangannya
Makcik : comel budak ni. *tunjuk kat aku lagi
Aku : *aku hanya mampu gelak je. Dalam hati, tang mane la dia nampak comel tu

Tu je sebenarnya aku nak cerita. Haha! Adehh..makcik makcik. Malu saye bila makcik kata macam tu. Oh ya, btw, kat sana ade orang gatal bermiang miang. Tapi Alhamdulillah semalam manusia tu dah tak bergatal lagi bermiang. Tapi aku still lagi rasa geli. Haha! Reflex dowh! Automatik bila tengok, aku rasa geli. Sori la pakcik.

Saturday, December 8, 2012

Berakhirnya Minggu Pertama

Assalamualaikum.

Hello world.

Oh crap. It has been a long time did not see you guys. Haha. Makin malas nak update blog ni. Niat nak menulis tu ade tapi dah nama malas kan. Memang tak buat la kan. Masa pun makin cepat berjalan. Hem..cepat ke?

Aku dah baru je start praktikal minggu ni. Kat hospital Selayang. Letih weih sebab kena bangun awal. Balik je terus mandi pastu makan. Selesai mengaji Al-Quran jap terus tido. Bangun balik buat assessment sebab benda tu kena hantar. Adoiii, time tu nak tunggu weekend punya la lame. Tapi time weekend, masa berjalan cepat je. Tup-tup dah hari ahad. Perghh!!

Minggu ketiga aku dah kena present case. Dah tiga kali posting, ketiga-tiga tempat aku antara muka terawal present. Nervous weih. Aku rase kali ni mesti aku kena tembak banyak ni macam kat penang dulu. Sebak weih. Mintak mintak la kali ni aku boleh buat yang terbaik. Mintak sangat sangat. Dan mintak sangat sangat yang baki 6 minggu tu berlalu dengan cepat. Tak sanggup aku weih. Nanti nak Final Practical, lagi la. Penentu sama ada aku boleh graduate ke tak. Haishhh!!