BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Wednesday, September 21, 2011

Bila Cinta prolog 2


Pagi keesokannya, aku pergi sekali lagi kat taman tu. Dengan hati berdebar-debar aku menunggu kelibatnya. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Tunggu dan terus menunggu dan terus menunngu. Namun, hampir 3 jam aku menunggu, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Aku terasa kecewa. Aku membuat keputusan untuk terus balik walaupun hati aku tetap berada di situ. Aku merasakan hanya jasad aku je yang melangkah pergi tetapi rohnya tetap setia menunggu di situ.

Petang itu, untuk meredakan hati yang kecewa ini, aku membuat keputusan untuk berjogging sambil menghirup udara petang di taman yang sama. Entah kenapa tiba-tiba semangat aku terus berkobar-kobar. Sampai di suatu selekoh, aku berselisih dengan seseorang. Saat itu, hati aku mula tidak berkeruan. Aku menoleh ke belakang dan ternyata dia la orang itu. Sekali lagi aku ulang, dia la orang itu! Aku terasakan mahu berlari mengejar dia tapi aku sabarkan hati aku. Perempuan ayu persis aku tidak boleh buat sedemikian. Petang itu, aku pulang ke rumah dalam keadaan yang gembira tak terkata. Bagaikan scene itu berulang dan terus berulang sampai aku lentok atas katil.

Namun, setelah 3 hari berturut-turut aku menunggu dia pada waktu petang, kelibat dia tidak juga kelihatan. Entah kenapa, aku tidak tahu erti serik. Aku terus membuat keputusan untuk menunggu dia lagi hari ini. Dalam hati, aku berdoa agar aku dipertemukan dengan dia lagi. Aku pelik, kenapa hari ini seperti tiada orang datang ke taman ni? Mana pergi semua orang? Secara tidak langsung, peluang untuk aku berjumpa dengan dia menjadi tipis. Tiba-tiba guruh mula kedengaran. Hujan pun mula turun. Aku cuak! Kemana aku hendak berteduh? Aku pun berlari ke arah seekor sebatang pokok besar yang tidak jauh dari tempat aku duduk.

Hujan semakin lebat seperti tidak merelakan aku untuk balik ke rumah. Aku terperangkap di situ. Aku menangis bila mengenangkan keadaan aku ini. Dah la aku menunggu orang yang tak kunjung tiba malah orang itu tak pernah kenal aku! Terperangkap dalam hujan pulak. Habis basah kuyup. Aku malu kerana keadaan aku seperti itu. Untuk menutup keadaan aku tu, aku duduk bertinggung. Aku menelekup muka aku di lutut. Aku tak tahu sampai bila aku harus berada dalam keadaan seperti ini.

Tiba-tiba aku terasa pelik. Kenapa aku dah tak terkena hujan? Hujan dah berhenti ke? Aku mengangkat kepala aku. Aku terkejut! Ada orang di hadapan aku memayungi aku. Baik sungguh orang ini. Aku mengecikkan mata aku untuk melihat dengan lebih jelas. Dan sekali lagi aku terkejut. Ommaaaaiiigoooddd!! Rupa-rupanya si dia yang memayungi aku. Ah, sungguh heaven aku ketika itu.


Bersambung....

0 comments: