BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Friday, December 23, 2011

Bila kacang lupakan kulit



Hello world!

Oh! Oh! Oh! Dah lama kot aku tak update blog kan? Oh man! I miss this blog like hell. Aku bukan tak nak update tapi aku busy la. Busy giler kot. Sekarang ni aku ada dalam 2 minggu la praktikal. Dalam 2 minggu ni la aku bakal busy giler-giler. Sebab dalam 2 minggu ni la aku kena siapkan report aku, presentation dan case study. Ingat senang ker? Dah la kebelakangan ni aku tak sihat. Duk batuk-batuk. Terseksa anak tekak aku. Mintak-mintak la Allah sembuhkan sakit aku. Amin.

Banyaklah aku duk membebel benda len. Aku sebenarnya nak kongsi satu pengalaman je. Masa tu aku baru minggu kedua posting. Tengah-tengah aku duk baca BHT. Oh, untuk yang tak tau BHT tu ape, kalu korang pi ospital, untuk patient dalam ward, kan kat setiap katil ada fail. Fail tu la pangil BHT. Balik kat cerita aku, aku pon duk la belek-belek BHT ni. Ada sorang nurse ni dia ngah duk calling-calling relative patient ni sebab patient ni dah boleh discharge. Aku pon duk curi-curi dengar la sikit-sikit.

Nak dijadikan cerita, boleh plak anak si patient ni tak ngaku tu parent dia. Dia kata si pesakit tu hanya kenalan dia je. Si nurse tu pon apa lagi, gertak la sikit. Last-last mengaku jugak. Aku menggeleng kepala kejap. Wat the hell? Parent dia kot. Tapi tak nak ngaku. Perghhh!! Awal-awal dah nak tempah tiket masuk neraka. Bagus betol la si anak ni. Aku memang tabik sepring ar. Aku macam nak tengok je muka si anak tu tapi tak sempat sebab aku dah kena blah. Rugi-rugi.

Aku sebenarnya pelik. Kat tv punya la banyak pasal balasan anak derhaka, anak kurang ajar ngan ibu bapa tapi nape makin banyak pasal anak buang ibu bapa? Sampai setengah tu buang kat tepi jalan. Dorang tak tengok tv ker? Ke umah dorang tak de tv? Mungkin kot. Umah dorang tak tv lettew. Sebab tu masih banyak lagi kes anak-anak derhaka ni kan. Mintak-mintak aku dan korang sume dijaohkan dari jadi anak derhaka. Bagi yang bercita-cita nak jadi anak derhaka tu, fikirla baik-baik. Sape yang besarkan kau? Sape yang mengandungkan kau? Kalu dorang tak de, korang ada ke? Fikirla..otak jangan letak kat lutut.

p/s: 6 minggu ni akan meletihkan aku. Tak sabar untuk aku balik universiti balik.

Friday, November 18, 2011

lepas dia kalau cintakan dia

Hello world!

Again and again we talk bout love. Kalau tak cakap pasal cinta memang tak sah kan? Aku bukan nak tulis pasal cinta-cinta ni sangat tapi aku kena tulis juga sebab aku tak setuju dengan sesetengah orang kata ' lepaskan dia kalau cintakan dia'. Pergh! wat the hell is that mean? Kau cintakan dia pastu kau nak lepaskan dia pergi?




Mampu ke kau nak lepaskan orang yang kau cinta? Lagi satu, kalau betul kau cintakan orang tu, mana usaha kau? Takkan kau nak tengok macam tu je dengan harapan she/he will love you back? Pas tu konon-kononnya, kau redha la 'Tak pe kalau jodoh aku dengan dia kuat, tak kemana juga'. Hello der, kau ingat jodoh ni datang bergolek macam tu ke? Ya, memang betul jodoh tu di tangan Allah. Tapi, kalau kau nak jodoh yang baik, kau mesti ada usaha. Bukan bergantung 100% pada takdir.

Kalau kau nak bergantung 100% pada takdir, alamatnya tak de orang la usaha untuk dapatkan something. Kau mesti faham, dalam islam kita kena berusaha seiring dengan doa, lepas berusaha sedaya yang boleh, kita bertawakal. Bukan dengan berdoa je tapi tanpa usaha. Tak kena macam tu. Faham? Sama la dalam kotex konteks jodoh.

Let say, kau minat dengan minah ni. Memang suka tahap gila-gila la. Bak kata orang, mandi tak basah, tido tak lena, makan tak kenyang. Tiap-tiap ari mesti nak tengok muka dia. Dah kau minat tu, takkan la kau nak tengok je pastu berdoa moga jodoh kau dengan dia ada. Mana boleh macam tu bro! Kalau dah minat tu, luahkan la perasaan kau kat dia. Pergi jumpa parents perempuan tu. Minta nak pinang anak dia. Tunjukkan kesungguhan kau. Baru la boleh jalan.

Kau ingat pendam perasaan ni best sangat ke? Silap hari bulan, kau jugak yang menggigit jari tengok si dia melepas kat orang lain. And it's seriously hurt when someone you love is loving somebody else. Kalau kau tak percaya, kau try la. Tapi tak tau la plak kalu kau ni jenis dari golongan playgirl/playboy. Tapi kan se'playgirl/playboy' mana pun orang tu, bila tengok orang yang dia cinta, cintai orang lain, pergh! time tu kompem frust menonggeng la. Ahahaha!


p/s : Just say that you love her/him. At least she/ he knows your feeling and that will make you feel better. Jangan malu,jangan segan. Peace out, bebeh!

Wednesday, November 9, 2011

Nak kahwin Tapi....

Hello world!
Assalamualaikum.

Oh yeah! Dah lama tak mengutuk kat sini kan. Ntah la dalam 2-3 hari ni macam-macam terjadi. Dugaan betul la.   Tapi tak pe la. Tu yang membuatkan kita jadi semakin kuat kan. Semua orang kat dunia ni ada masalah. Bukan aku je, bukan kau je. Ok la..sebenarnya aku nak kongsi satu cerita. Ni bukan khayalan tapi realiti. Realiti di zaman sekarang.

Ceritanya bermula macam ni, ada seorang perempuan ni. Muda lagi. Umur dalam 26 tahun macam tu la. Dia dah bertunang tapi malangnya, tunang dia tu bukan pilihan dia. Disebabkan family, dia terima je. Oh, macam cerita novel lak kan. Ala-ala kena kawen paksa gitu. Huh, hampeh je! Pastu, nak di jadikan cerita, mula la sesi pengenalan dalam tempoh dorang bertunang tu.

Ingatkan la si lelaki ni ok la kan, alih-alih dia ni macam something's wrong somewhere la. Family dia pun sama. Ntah nape, gaduh gila nak kawen. Si lelaki ni plak, dengar-dengarnya keje dengan ayah dia. Tapi boleh pulak duk kat umah goyang kaki. Dah la tu, bila si perempuan ni hantar mesej, haram jadah la si lelaki nak balas. Bukan sekali dua. Selepas seminggu tu, baru si lelaki ni contact balik si perempuan ni. Disebabkan sakit ati, si perempuan wat dunno jer. Padan muka.

Yang aku tak tahannya, boleh pulak si lelaki ni serah bulat-bulat kat mak dia handle pasal majlis perkahwinan dia. Mak dia pun aku tengok macam cerewat dan stail high class la kononnya, mula la buat perangai yang tak masuk akal. Boleh plak dia yang cari cincin lelaki tanpa pengetahuan si perempuan ni. Patutnya, si perempuan la yang cari. Wat pe si mak lelaki plak yang cari. Pastu, sibuk duk tanya beli hantaran apa? Brand apa? Wat the hell? Gila apa orang ni? Dah la tu cincin anak lelaki dia plak harga RM1500. Tapi cincin tunang yang bagi kat si perempuan tu dalam RM600-RM700 tapi dia bagi tahu kat family perempuan tu harga cincin tunang tu RM1300. Sebenarnya dia yang tipu atau dia yang ditipu ni?

Dah la tu, time nikah nanti nak pakai cincin tunang yang ari tu je. Wat the hell? Tak penah dibuat orang la. Kau satu family la orang yang paling pelik aku tengok. Nak kata keluarga kau miskin, tapi harta kau banyak. Dah la tu, suka-suka hati komplain pasal rumah orang. Biarla umah si perempuan macam tu, tahu la dia nak urus umah dia macam mana, kau sape nak sibuk-sibuk hal orang? Nak hantaran branded branded. Nak ipad la handphone la. Macam la anak kau tu kerja sangat. Ntah-ntah esok lusa si perempuan ni plak yang tanggung anak kau ni. Huh!

No wonder la kan kau nak cepatkan anak kau kawen. Sebab kau tak nak rahsia kau ni bocor and bila anak lelaki kau dah kawen, kau tak yah nak tanggung dia lagi kan? Si perempuan ni pon dah rasa macam tak sedap hati dan dah tawar hati bila benda-benda pelik macam tu terkena kat dia. So, si perempuan ni pun pegi la tanya and jupe ngan si lelaki tu face to face. Si perempuan ni tanya la pasal perancangan dia pas kawen, pasal rumah tu sume. Alih-alih dia jawab ' abis, awak tak nak duk ngan ***** awak ke?'. Nampak sangat macam nak b'gantung kat si perempuan ni kan. Si lelaki ni kata lagi soal rumah tu boleh fikir lepas kawen. Hello brother, lu kata nak fikir lepas kawen, lu ingat sempat ke? kerja lu entah ke mana, ada hati nak kawen! lu ingat kawen ni just sekadar buat anak je ker? Blah la lu.

Kalau lu nak tahu, duet kau adalah duet isteri kau tapi duet isteri kau bukan duet kau. Kau kena ingat tu. Sepatutnya, lepas kawen, si perempuan tu dah tak yah kerja dah sebab kau plak yang kena tanggung dia. Dan sekarang si perempuan tu dah tawar hati nak teruskan pertunangan ni. Bagus la. Aku sokong 100% keputusan dia. Nak kawen tapi usaha nak cari duet tu langsung tak der! Aku tak kisah la kalau kau nak keje apa sekali pun tapi kalau tak de kerja yang masuk, at least cari la kerja. Macam mana nak idup kalau duk tuggu duet masuk tapi malas usaha?

Dah la dengan mak si lelaki tu yang sibuk minta benda bukan-bukan, serabut dengan si lelaki yag kerja ada tak de. Kalau aku, on the spot jumpa lelaki tu terus minta putus. Kira sekarang ni tengah tunggu jawapan sama ada pertunangan tu diteruskan atau putus. Tapi seriously, aku minta sangat pertunangan tu diputuskan sebab nanti si perempua tu yang akan menderita. Tapi tak tahu la kot-kot pas kawen perangai lelaki tu akan berubah. Tu sume kuasa Allah kan.

p/s : patutla zaman sekarag anak dara lebih suka pilih suami orang sebab mereka dah de kerja stabil dan lebih bertanggungjawab. So, jangan nak salahkan perempuan je tahu. Biasanya pihak perempuan yang suka buat masalah tapi dalam kes ni pihak lelaki la plak yang lebih-lebih. Manusia-manusia.

Monday, October 31, 2011

First love

Hello world!

Ehem-ehem..Memandangkan malam ni aku macam nak jiwang-jiwang je. So, aku decidekan aku nak bercerita pasal first love aku. Yeah..yeah..yeah..aku tahu benda tu agak personal untuk dikongsi dengan orang lain but who cares? Aku nak jugak bercerita. Kau tak nak baca? So, what? Ni blog aku. Kau senyap! Muahaha!

Time tu aku baru je darjah 6. Masa tu, aku tak tahu lagi cinta tu macam mana. Sampai la satu hari ni, aku takkan lupa ari tu ari jumaat, tapi tarikh berapa hari bulan aku tak ingat la. Time tu aku ngah boring sampai la satu masa ni aku terpandang satu raut wajah yang agak cool. Bukan je cool. Tapi cooooool giler-giler. Time aku tak berkelip aku tengok dia. Sampai ke sudah aku asik duk tengok muka dia je.

Masa tu, aku rasa macam sumenyer berbung-bunga. Aku pun tak sedar yang masa tu aku ngah duk tersenyum sorang-sorang. Ya, it sounds crazy, rite? But i just dont care because all i know is i love him. And from that day, i decided yang cinta aku hanya untuk dia. Pastu, aku cari semua maklumat pasal dia. Ya, aku tahu aku memang macam orang gila. Lantak la orang nak kata apa pun. Aku tak kisah. Yang aku tahu, sampai hari ni aku masih cintakan dia.Oh ya, Nak tengok tak gambar dia? Jangan jeles la sebab hati dia dah jadi milik aku. Dan jangan jeles sebab orang cool macam dia dah ada orang punya iaitu aku. Muahaha....Nah gambar dia...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

| hensem kan? ya..aku tau |

| masa ni dia masih lagi dalam anbu | 


Ahahaha...Sebenarnya first time aku tengok kakashi ni kat dalam tv astro ria. Masa tu astro ria yang first tunjukkan citer naruto nih. Masa mula-mula aku tengok kakashi ni masa dia first sekali mengajar naruto,sakura dan sasuke kat dalam hutan. Alah, yang kakashi datang lambat. Episode mula-mula sekali. Masa tu, aku dah tangkap cintan dah dengar dia. Dia la cinta pertama aku. Ho! Ho! Ho!

P/s: kakashi punyer birthday 2 hari lepas birthday aku. Boleh nampak tak betapa sesuainya aku dengan dia? Muahaha!

Sunday, October 16, 2011

Khas Untuk Mereka Yang Dipanggil Bapok.

"korang benci bapok...knapa???pg mamposlah korang..sial.vavi..celaka...bapok macam aku xpnah peduli org nak cakap apa..korang kasi aku makan ke..tu tandanya korang hati busuk..benci org lain xpasal2...so jangan nak bagi ceramah kat aku ok...."
 Hello world!
Korang dah baca statement kat atas tu? Ayat tu aku copy-paste dari seorang lelaki namun dia tukarkan jantina dia jadi pompuan atau dengan kata lain dia tu bapok. Sekarang ni kan banyak sangat la bapok kat luar sana tu. Aku heran sebenarnya, kenapa dorang nak sangat jadi perempuan? Jadi perempuan ni best sangat ke sampai nak tukar-tukar jantina ni? Tolong la weih. Kalau dah lelaki tu, buat la cara lelaki. Tak yah nak tukar-tukar sangat jantina tuh. Kau tau tak, tukar jantina tu haram? Dosa besar?
Mula-mula memang aku rasa macam nak sumpah serenah dengan orang-orang golongan macam ni. Eh,chop! Sebenarnya, memang aku dah sumpah serenah pon. Tapi kan, bila aku baca komen-komen kat page ni , aku rasa cam sebak gila. Nak menangis pun ada. Ya Allah, begini ke mereka-mereka yang sebangsa dan seagama aku? Sebegini ke jahilnya mereka dengan agama-Mu, Ya Allah? Kau bagi la petunjuk kepada mereka supaya mendapat hidayah untuk kembali ke jalan-Mu, Ya Allah. 
Yang aku heran, dorang tahu pasal dosa, pahala, syurga dan neraka. Tapi mereka sedar tak, yang sekarang ni mereka sedang buat satu dosa yang besar? Tukar jantina sesuka hati? Merubah kejadian Allah yang tersedia sempurna tu? Dorang tak tahu ke erti syukur? Bukan tu je, ada yang siap kata mereka mewakili pertandingan tilawah Al-Quran!!! Ya Allah!! Aku memang terdiam kejap. Apa nak jadi dengan anak bangsa aku ni? Nak Bumi kita kena musibah macam kaum Nabi Lut baru nak bertaubat ke?
Bila orang ajak berubah, kasi nasihat kat kau, dengan berlagaknya kau kata kau tak perlukan nasihat? Memang kau ni manusia BODOH SOMBONG! Kau tak fikir ke apa perasaan mak ayah kau? Betapa hancurnya perasaan dorang bila kau buat macam ni? Kau tak fikir ke? Memang kau pentingkan diri sendiri la. Kau ingat jadi orang perempuan ni senang ke? Seorang perempuan perlu menjaga aurat dengan sempurna. Haram lelaki ajnabi melihat aurat mereka. Kalau kau nak sangat jadi bapok, kau boleh ke tutup segala aurat tu? Kenapa kau still lagi nak pakai seksi-seksi sedangkan kau dah jadi 'perempuan' dan menutup aurat tu adalah wajib?
Kau bagi plak alasan yang bukan kehendak kau untuk jadi bapok. Hello der! kau de akal kan. Kenapa kau tak boleh guna akal kau tu untuk fikir benda yang betul dan benda yang berdosa? Kalau kau nak, kau boleh la ubah diri kau untuk tidak jadi bapok. Oh! Oh! Oh! lelaki lembut dan bapok adalah berbeza ya! Lelaki lembut walaupun dia lembut tapi fizikal dia masih lelaki dan fitrah dia masih lagi normal (sukakan perempuan). Tapi bapok, bukan sahaja menukarkan jantina dia malah fitrah dia pun songsang (sukakan lelaki).
Bila orang nasihatkan kau, kau duk melalak kata kenapa tak aim orang berzina dan buang anak je? Kau ni mengong ke apa? Memang la benda tu pon berdosa besar. Kau pegi kat page yang benci zina tu, mesti la dorang lebih fokus kan pasal zina. Dah kau pegi page kami menentang golongan bapok, memang sah-sah la dorang duk cakap pasal bapok-bapok je. Haishhhh... Orang yang betul-betul beragama islam bukan setakat benci pasal tukar-tukar jantina ni, semua kemungkaran dorang benci la. Bukan macam kau! Tau pasal dosa, pahala, tapi still lagi nak tukar jantina. Tak ke mengong namanya? 
Yang aku tak tahannya, golongan bapok-bapok ni siap berdoa lagi,mintak mereka-mereka yang duk kutuk bapok-bapok ni diberi balasan. Biar anak-anak mereka jadi bapok la, apa la. Adoiii..kau tahu tak berdoa  untuk keburukan orang lain, Allah tak terima melainkan doa golongan-golongan orang yang teraniaya. And i want to ask you, bapok. Kau rasa kau tu tergolong dalam golongan orang teraniaya ke?
Tolong la weh bapok-bapok sekalian kat luar sana tu. Tolong la bertaubat. Eh! Bukan untuk bapok-bapok je. Pengkid pun sama! Lesbian dan gay pon sama! Tolong la kembali ke Allah yang satu. Jangan la hanyut dengan duniawi je. Kau fikir la, sampai bila kau nak jadi macam ni? Nanti lama-lama kau berkedut jugak dan last-last ke kubur gak tempat kekal kau.  Kau tak takut ke dengan azab yang sedia menunggu kau tu?
P/s: Dunia dah nak kiamat. Sebab tu, makin banyak benda-benda pelik berlaku walaupun benda tu macam tak logik je.Dan bapok-bapok, Pengkid-pengkid,lesbian-lesbian dan gay-gay kat luar tu, bertaubat la anda selagi anda mampu. Sekian.

Saturday, October 15, 2011

Bila Cinta 5



“Kau sabar la weih.” Pujuk aku. Dalam hati hanya Allah yang tau betapa kecewanya aku.

“Kau cakap senang la. Kau tak rasa apa yang aku rasa” jawab Hakim. ‘Kau silap, Hakim. KaU tak tahu yang aku pun rasa apa yang kau rasa sekarang ni. Betapa pedihnya perasaan bila orang yang kita cinta rupanya mencintai orang lain.’ Bisik hati aku.

“Alah, dia baru couple. Bukan kahwin lagi. Kau masih ada chance lagi la…Sedangkan Maya Karin pun bercerai. Nih setakat couple. Bila-bila masa je boleh putus. Ntah-ntah jodoh kau dengan dia. Sape tahu kan?” pujuk aku lagi. Pedihnya perasaan aku bila mengungkapkan kata-kata tu. Sekurang-kurangnya, aku boleh tenangkan perasaan dia. Tapi aku? Siapa nak tenangkan perasaan aku? Aku hanya mampu berdoa je.

“Memang la. Tapi nak ke dia kat aku? Aku dah kawan dengan dia dah lama. Last-last dia couple ngan orang lain. Aku tunggu dia bukan main lama lagi. Alih-alih, orang lain plak dia pilih.” Suara Hakim kedengaran sebak.

“Mungkin sekarang ni jodoh kau dengan dia tak de lagi. Kau berdoa la. Mana la tau esok lusa jodoh kau dengan dia ada? Tapi kau jangan la berdoa je. Usaha la sikit. Kalau kau tak reti nak usha dia, meh sini aku ajar. Aku pakar bab-bab usha-mengusha ni.” Tiba-tiba kedengaran Hakim ketawa. Aku pelik. Aku ada buat lawak ke tadi?

“Kau gila er, Hakim?” soal aku.

“Aku gila bila aku suka kat kau je.” Kata-kata Hakim membuatkan aku terdiam. Terasa dengan kata-kata dia sebenarnya.

“Dah tu, kenapa kau ketawa?” 

“Tak la. Kau bagi nasihat macam kau ni pakar motivasi lak. Dah la tu, siap perasan lagi. Pandai usha-mengusha la konon. Pakwe pun tak de lagi.”. Hakim menggelakkan diri aku. ‘Aku tak de pakwe sebab aku dah minat dengan kau la, sengal!’ jerit hati aku.

“Dengki la tu. Aku faham sangat la orang macam kau ni. Sehari tak jealous dengan aku. Tak sah!”

“Ek eleh. Perasan gila kau nih. Tak de maknanya aku nak jealous dengan kau.”

“Oh. Tak pe- tak pe. Aku tahu, kau malu nak mengaku kan? Tak pe. Aku faham. Kau jangan risau ya.” Hakim hanya gelak mendengarkan kata-kata aku. Sedikit sebanyak perasaan aku tenang mendengarkan ketawanya.

“Hakim!”, panggil aku.

“Ya. Apa?”

“Kau dah ok ke? Dah tak sedih ke?”

“Sedih tu tetap sedih. Tapi aku ok la sikit banding dengan tadi. By the way, thanks tau sebab sudi hilangkan kesedihan aku.”

“Oh, benda kecil je. Jangan risau la..”

“Ila, sekali lagi terima kasih. Ni aku sayang kat kau ni.” Sekali lagi aku tersentak dengan kata-kata dia. Alangkah indahnya kalau dia betul-betul sayangkan aku lebih dari seorang kawan. Mesti aku la orang paling bahagia saat tu.

“Kira kau dah ok la ni?” Aku menyoalnya kali kedua untuk kepastian.

“Yup. Dah ok.”

“Kalau macam tu, aku nak tidur dulu la. Mengantuk la.” Itu hanya la alasan untuk meredakan perasaan gelora di hati aku. Aku perlu tenangkan perasaan aku sekarang ni. 

“Oh, ok la kalau macam tu. Selamat malam. Nightmare. Hate you” Sekali lagi Hakim ketawa. Ucapan sebegitu seperti menjadi kebiasaan kami. Aku pun tak kisah sebab aku tahu,semua itu hanya la untuk gurauan semata-mata.

“Selamat malam. Nightmare. Hate you too. Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam” Sejurus aku meletakkan telefon, air mata terus jatuh berguguran. Baru la aku tahu sebegini perit rupanya perasaan bila cinta tidak dibalas. Kali pertama aku rasa sebegini sedih. Biasanya sesedih mana pun aku, aku masih lagi boleh kawal. Tapi malam ni, aku kalah dengan perasaan aku. Malam ni juga la aku tido dengan air mata. Air mata yang terus mengalir sampai aku terlelap.

Pagi keesokkannya, aku bangun untuk solat subuh, aku menilik wajahku di cermin. Ternyata mata aku bengkak kesan menangis semalam. Memandangkan jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, aku bergegas ke bilik air sebelum menunaikan kewajipan solat. Sedikit sebanyak perasaan sedih aku hilang selepas solat. 

Selepas solat, aku membuat keputusan untuk terus tidur. Walaupun aku tahu, tidur selepas solat subuh adalah tidak elok tapi pagi tu, aku betul-betul tiada mood. Jam 7.00 pagi, aku bangun semula dan menuju ke bilik air untuk bersiap-siap ke tadika. Bersiap ala kadar, aku berdiri di hadapan cermin. Aku merenung ke diri aku. Kesan bengkak tu masih lagi tidak hilang. Tapi mungkin orang lain tak perasan kot. Aku menyedapkan hati.

‘Sudahla Ila. Kau kena kuatkan semangat! Kau kena lawan perasaan sedih kau! Kau tak boleh selemah ni. Kau bukan macam ni. Lawan Ila. Lawan!’. Aku tetapkan hati untuk terus kuat. Hari ni aku perlu bersemangat. Kanak-kanak di tadika perlukan semangat aku untuk terus belajar. Kalau muka aku muram, sudah tentu akan menjejaskan pembelajaran kanak-kanak nanti. 

“Assalamualaikum, mak.” Sapa aku dan terus duduk di meja makan.

“Waalaikumusalam. Aik Ila, kenapa dengan mata kamu? Bengkak semacam je mak tengok?” soal mak aku, melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan aku.

“Nampak lagi ke mata ni bengkak?”  Mak perasan ke? Haisshhh,gumam hati aku.

“A’ah. Nampak sangat. Kamu ni kenapa? Tak tidur ke semalam?”
 
“Err..a’ah. Semalam tak boleh tidur. Mungkin sebab minum Nescafe kot.” Aku member alasan.

“Tu la. Semalam mak dah larang. Tapi degil! Nak minum juga. Kan dah tak boleh tidur.” Mak aku dah mula membebel dan seperti biasa aku hanya menayangkan gigi.

“Oh ya, ayah mana, mak? Tak Nampak pun?” Aku mencari kelibat ayah. Biasa pagi-pagi macam nih ayah ada je kat meja makan ni sambil membaca surat khabar.

“Ayah kamu ada kerja sikit dengan Pak Mail. Entah la pasal apa. Mak tak tahu la pula..” Aku menganggukkan kepala sambil mengunyah roti bakar. Setelah habis kunyahan terakhir, aku membuat keputusan untuk bertolak ke tadika.

“Mak, Ila pergi tadika dulu la. Assalamualaikum.” Aku menyalami tangan ibuku dan mencium kedua-dua pipi ibuku.

“Yalah. Hati-hati pergi tadika tu. Waalaikumusalam.”

Mungkin aku tak mampu miliki cinta Hakim tapi sekurang-kurangnya aku masih memiliki cinta mak dan ayah aku. Aku mungkin tak pernah merasai bagaimana mempunyai adik-beradik lain kerana aku merupakan anak tunggal mak dan ayah aku tetapi aku kaya dengan kasih sayang mak ayah. Aku takkan sia-siakan kasih sayang mereka kepada aku. Tu janji aku!

Bersambung….

Thursday, October 13, 2011

Khas untuk kau, wahai kawan aku

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar? Dah lama kan kita tak contact. Aku pun tak tahu macam mana kehidupan kau sekarang. Aku doakan yang kau sihat-sihat selalu. Sebenarnya, dah lama aku nak tujukan benda ni khas untuk kau. Dan malam ni baru aku mampu untuk luahkan semuanya.

Kawan,

Kau tau, aku dah mula anggap kau kawan baik aku. Kalau aku de masalah sekalipun, orang yang first tau adalah kau. Dan kau la orang first yang aku tak segan bila menangis depan kau. Bagi aku, kita memang rapat. Tapi mungkin,perasaan aku je kot. Mungkin, bagi kau, aku ni hanya kawan biasa kau. Aku tak kisah sebab bila aku sedih, kau boleh buat aku ketawa balik. Walaupun kadang-kadang kau mungkin menyakitkan hati aku, tapi aku tak kisah. Sebab aku tau, kau tak pernah bermaksud macam tu kan? Aku tau, kau sorang kawan yang baik. Masakan kalau aku dalam kesusahan, kau nak tolong aku kan.

Kau ingat tak, ada hari tu, kau call aku, kau kata kau ada masalah? Time tu aku cuak gila. Sebab aku tak suka kawan aku sedih. Nanti dengan diri aku rasa sedih. Aku nak tolong kau, tapi aku tak tahu nak tolong macam mana. Yang aku mampu, just bagi nasihat. Tu pun bagi aku, still lagi tak boleh tolong kau. Time tu aku rasa macam tak berguna sangat. Apa guna kawan kalau tak mampu tolong kan?

Kawan,

Kau ingat tak, masa first time kau tiba-tiba hilangkan diri kau? Kau tahu tak macam mana perasaan aku macam tu? Sampai hati kau kan? Kau langsung tak fikir perasaan aku. Mungkin aku ni tak penting bagi kau. Tapi kau penting bagi aku! Kau kawan aku! Time tuh aku terasa sangat dengan kau. Aku sebenarnya dah tak nak layan kau. Tapi aku tak sanggup sebab aku masih sayangkan kau sebagai seorang sahabat.

Kau tahu tak, dulu aku ada seorang kawan baik. Mana-mana aku pergi, selalu dengan dia. Tapi last-last, kitorang gaduh. Aku tak tahu kat mana silapnya sekarang. And guess what? Sampai sekarang kitorang tak bertegur sapa walaupun kitorang dah berbaik. Dengan kehadiran kau, kepercayaan aku kat seorang sahabat mula pulih. Aku dah yakin untuk anggap kau sebagai sahabat baik aku.

Tapi sekarang, untuk kali kedua, kau hancurkan kepercayaan aku. Kau tahu tak, dah kali kedua kau buat hati aku sakit. Salah aku ke? Kalau salah aku, aku minta maaf. Kau jangan la buat aku rasa bersalah macam ni. Aku tak sanggup. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, mungkin kau dah tak perlukan aku dalam hidup kau. Sape la aku nikan? Aku lupa yang kau memang dikelilingi orang yang kau suka, orang yang hebat-hebat. Nak banding dengan aku? Memang jauh perbezaan kan? Tak pe la kawan. Aku rasa aku dah tak kisah kot. Mungkin ni pilihan kau. Sape la aku nak mengubah keputusan kau kan? Aku bukan sape-sape. Aku tak penting buat kau pun. Cuma aku doakan kau, kau jumpa la kebahagiaan yang kau cari tu. Semoga kau berbahagia la dengan kehidupan kau sekarang. Aku berharap aku dapat lupakan kau dan kau dah tak muncul lagi dalam hidup aku. Aku dah tak sanggup untuk luka buat kali ketiga. Terima kasih kawan, sebab kau pernah jadi sahabat baik aku.Terima kasih.  

                                                                                     ikhlas dari sahabat mu,
                                                                                                     ara

P/s: Aku tau, kebarangkalian kau untuk baca ni adalah 0.000000001%. Dan aku tak harapkan kau untuk baca ni. Cukupla sekadar untuk aku luahkan perasaan aku.

Wednesday, October 12, 2011

Bila cinta 4



Hubungan aku dengan Hakim semakin hari semakin rapat. Kadang-kadang dia suka buat hati aku berdebar-debar. Dia tahu ke yang aku ni memang sukakan dia? Setelah hampir selalu berjumpa di taman, kami membuat keputusan untuk bertukar nombor handphone. Masa tu, aku memang gembira tak terkata. Aku sendiri tak percaya yang semua ni boleh berlaku. Yang pasti aku memang sukakan dia. Makin hari, makin mendalam cinta aku untuk dia.

Kebetulan hari ini hari sabtu, waktu pagi macam ni la biasanya aku menjejak kaki ke pasar raya untuk membeli sedikit barang dapur. Aku ralit memilih bahan-bahan untuk membuat kek coklat. Masa itu, aku fikir untuk bawa sedikit ke tadika, boleh la berkongsi dengan anak-anak murid semua. Tiba-tiba aku terkejut mendengar seseorang memanggil nama aku. Aku terpaling untuk mencari dari mana suara itu datang dan mata aku terpacak di suatu tubuh kecil di bahagian kanan aku. Fara!

“Cikgu!”

“Eh, Fara. Fara buat apa kat sini?” soal aku.

“Fara datang dengan papa. Beli barang. Papa kata papa nak masak malam ni. Kan papa, kan?” Petah sungguh si kecil ni berceloteh. Aku memandang ke arah papa Fara dan menghadiahkan senyuman. ‘Hurm, muda lagi si papa Fara ni’,gumam hati aku.

“Hai, nama saya Adli.” Papa Fara memperkenalkan dirinya.

“Syakilla.  Panggil Ila. Cikgu Fara.”

“Cikgu, beli apa cikgu?” soal si budak kecil itu lagi.

“Oh, cikgu beli barang masakan sikit. Mak cikgu ada pesan sikit.”

“Oh..Hurm…papa, kalau kita ajak cikgu datang rumah kita,boleh? Nanti cikgu boleh rasa masakan papa.” Aku terkejut mendengar kata-kata Fara. Adli hanya tersenyum melihat telatah si puterinya.

“Boleh je. Papa tak kisah. Cikgu, jom la datang rumah saya.” Pelawa Ryan.

“Eh, tak pe la Encik Adli. Saya tak nak susahkan Encik sekeluarga.”

“Alah cikgu. Cikgu datang la.” Pujuk Fara. Sekali lagi aku tersenyum. Aku mengusap-usap kepala Fara.

“Fara, cikgu minta maaf. Hari ni cikgu memang tak boleh datang. Tapi cikgu janji. Hari lain, cikgu mesti pergi rumah Fara juga. Boleh ya, Fara?” Fara mengangguk-angguk kepalanya.

“Oh ya, Encik Adli, Fara, saya minta diri dulu la. Nanti bising pula mak kat rumah tu. Tak pasal-pasal lambat pula berasap kat rumah tu. Assalamualaikum.”

“Yalah. Waalaikumusalam.” Fara menyalami tanganku dan aku mula mengorak langkah.

**********

Hakim! Hanya nama itu la yang semakin memenuhi ruangan inbox handphone aku. Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami bermesej. Dan mesej-mesej dia aku tak sanggup buang. Aku rela mesej-mesej itu memenuhi ruang-ruang yang ada. Ya, aku tahu. Aku memang semakin gila dengan dia. Tapi aku tak mampu untuk mengawal perasaan itu. Hanya mesej itu la mengubat rindu aku kepada si dia bila tidak bersua muka.
Tengah-tengah aku baring atas katil, handphone aku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku dah dapat agak siapa pengirim mesej tu. Aku terus mencapai handphone dan klik ‘yes’ untuk membaca mesej tersebut.

+hai, bz ker?

+wslm. x pun.

+ahaha. Sori. Lupa nak kasi slm.

+ tau pun.

+weih, aku ngah sedih la.

Disebabkan hubungan kami semakin rapat panggilan ‘saya-awak’ kini berganti ‘aku-kau’. Aku pun tak kisah sebab bagi aku panggilan itu membuatkan aku lebih rapat dengan dia.

+ kau sedih? Asl?

+ nak cerita kat kau, aku malu.

Mendapatkan balasan seperti itu, aku terus membuat keputusan untuk terus menelefon Hakim. Seminit dua, panggilan aku dijawab.

“Assalamualaikum. Eh, kau ni ok tak?” Soal aku, risau.

“Aku ok kot”

“Habis tu, tadi kau kata kau ngah sedih.”

“A’ah. Aku memang sedih.”

“Kau cerita la kat aku. Mana la tau kot-kot aku boleh tolong?”

“Kau tau, sebenarnya, aku ada minat kat seorang nih tapi…”  Aku semakin berdebar-debar untuk menunggu kata-katanya seterusnya.

“Tapi apa?” Soal aku, tak sabar.

“Tapi tadi dia bagi tau aku yang dia dah couple dengan orang lain. Sedih aku Ila. Aku cintakan dia. Takkan dia tak pernah ambil tahu pasal perasaan aku kat dia. Sedih aku Ila. Nampak sangat aku ni tak penting untuk dia.” Mendengarkan kata-kata Hakim bagaikan halilintar membelah bumi. Hati aku hancur macam tuh sahaja. Air mata mula bertakung. Ya Allah, Kau kuatkan la hati aku. Aku tak sangka yang rupanya hati dia dah dimiliki orang lain. Rupanya selama ini aku hanya perasan dengan diri aku. Dia tak pernah sukakan aku. 

Bersambung...

Tuesday, October 11, 2011

Bila sakit hati

Hello world!!

Oh, dah lama kan aku tak mengutuk dalam blog ni. Asyik duk update pasal cerita 'Bila Cinta (BC)'. Sebenarnya, aku tak expect pun nak buat cerita tu sepanjang tuh. Aku just nak buat satu episode je. Tapi entah macam mana, jadi panjang berjela-jela la pula. Time aku buat tu aku ngah ada exam. Tengah duk study. Time duk study tu la biasanya idea gila datang. Biasala, orang malas study cam ni la. Ada je alasan untuk tidak study.

Tetibe aku terasa rindu pula nak mengutuk orang ni. Kutuk mengutuk ni dah memang sebati dengan diri aku gamaknya. Sebab tu sehari tak mengutuk, memang tak sah. Tau tak, masa 8-9.10 ari tu, aku de course trip ke PD. Menginap kat eagle ranch. Best kot! Time sampai tu, aku and the geng pi la ronda-ronda sekeliling. Tangkap-tangkap gambar. Gi kat kandang kuda, main sentuh-sentuh kuda. Masa aku form 5, aku dah sentuh gajah. Sentuh kuda pon dah. Masa akan datang, aku nak sentuh harimau n singa la pulak. Hohohoho...Ok, mungkin, impian tu tak kesampaian sebab berkemungkinan aku mati dibaham oleh mereka.

Time nak balik tu, lecturer aku de kasi satu form nih. Khas untuk program mentor mentee. Kot-kot la student de masalah, boleh la rujuk kat beliau. Dah nama pun pergi makan angin, memang haram jadah la aku nak bawak pen kan. Kebetulan, kawan kat belakang aku de bawak pen. So, aku pinjam la yang dia punya. Lepas isi semua tuh, aku kasi la pen tu balik kat tuan dia. Aku pun layan la citer narnia 1 yang pasang kat dalam bas tu. Tapi dalam beberapa minit macam tu, aku buat keputusan untuk tido sebab takut pening kepala. Biasala aku ni ade penyakit mabuk sikit. Cuma sekrang je tak seteruk macam dulu. Kalau dulu, naik kereta padahal tak jauh mana pun, dari kuala terengganu ke dungun je pun, aku tetap mabuk. Muntah-muntah. Nak buat macam mana, dulu kan enesen. Tapi sekrang nih aku tetap enesen gak aku rasa. *Ehem-ehem.

Nak dijadikan cerita, time benti kat RnR Dengkil lau xsilap aku, kawan aku ajak la turun. Aku pun join la sekali. Kawan aku pun buka la cerita pasal si minah sorang ni. Dah la dia tak bawak pen, pastu pinjam pen kawan aku tak kasitau. Bila kawan aku kata," **** pinjam pen aku er?". Boleh pula dia jawab " ada kat belakang." Dah la buat muka. Terima kasih pun tak bagi. Teruk giler perangai minah ni. Seteruk-teruk aku pun, at least aku boleh say tenkiu. Wat the hell la lu minah? Kau memang de mental retard or wat? Time kau berseorangan, boleh pula kau buat baik ngan kitorang. Time kau de kawan lain, kau buat-buat tak kenal. Sah la kau nih de masalah otak. Kau kena cerebral shock agaknya. Kesian kat kau kan minah. Poor on you, minah!

Dasar tak kenang budi betul la. Time kat pantai PD tu, minah ni tegur aku, "main air ke?" dengan nada tak puas. Aku tak faham betul la minah nih. Aku main air pun, de aku ajak kau ke minah? Tak de kan? So, kau senyap dah la. Aku tak menyusahkan kau pun la. Kau tetibe macam tak puas hati pe hal? Tau la kau kan high class! Mana la nak main macam ni kan? Wa tak heran sama lu la minah. Please mind your own business la bak kata omputih. Makin hari makin pelik la perangai kau nih. Aku pun nak tunggu masa je nak sound kau depan-depan. Dasar kacang lupakan kulit betul!


P/s: aku heran, kawan macam ni pun still lagi wujud? Hishhhh..gerun betul aku orang macam nih. Takziah jer la aku kasi kat kau wahai minah. Oh ya, kalau kau macam enteri nih, aku tak kisah pun. Aku nak kau tau  yang bukan semua sukakan kau ok!!

Bila Cinta 3



"Cikgu, saya nak masuk la pertandingan mewarna tu boleh?",soal Fara, salah seorang dari anak murid aku.

"Fara nak masuk ke? Oh, boleh la sebab cikgu pun tengah cari seorang lagi ni." Jawab aku.

"Yeay..boleh masuk. Nanti nak bagitau kat papa la Fara boleh masuk." Aku tersenyum sambil mengusap kepala Fara. Walaupun aku mempunyai segulung ijazah dalam bidang kesetiausahaan namun,aku sanggup berhenti kerja demi cita-cita aku untuk menjadi guru tadika. Mula-mula mak dan ayah aku marah la juga tapi dorang faham yang menjadi guru tadika ni memang cita-cita aku dari dulu.

"Nanti Fara jangan lupa datang hari sabtu ni tau. Oh ya, Fara dah ada alat mewarna ke belum?"

"Oh, hari tu dah beli. Tapi balik nanti Fara nak ajak papa pegi beli yang lain la.." jawab budak kecil itu lagi.

"Fara nak beli yang baru boleh. Tapi, selagi yang lama boleh guna, Fara guna la yang lama dulu. Nanti membazir. Allah tak suka hambanya membazir. Hari tu kan cikgu dah bagitahu yang membazir tu amalan syaitan." Nasihat aku.

"Ya, Fara ingat lagi kata-kata cikgu. Cikgu jangan risau la. Fara cuma nak beli sikit jer sebab ada yang dah tak boleh diguna lagi." Aku tersenyum mendengar celoteh Fara. Walaupun masih kecil, tapi Fara boleh membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aku menoleh ke arah jam di tangan aku menunjukkan pukul 12 tengahari menandakan kelas dah tamat. Aku bergerak menuju ke hadapan.

"Ok murid-murid. Kelas hari ini habis di sini sahaja. Kamu semua boleh simpan barang-barang kamu."

"Terima kasih cikgu"

**********

Seperti biasa, aku berjalan-jalan di taman mengambil angin dengan harapan untuk berjumpa dengan Hakim, si dia yang berjaya membuatkan hati aku berdebar-debar. Setelah penat berjalan, aku membuat keputusan untuk duduk di bangku sambil melihat gelagat manusia di taman ni. Melihatkan kanak-kanak berlari bekejaran dengan mak ayah mereka membuatkan aku rasa tak sabar-sabar nak kahwin dan ada anak. Ok, itu mungkin kedengaran agak gatal. Tapi aku pun nak jugak ada anak yang comel macam tu.

"Hai awak." Aku terkejut bila ada orang menyapa aku. Aku menoleh ke arah suara itu, dan melihat Hakim tersengih-sengih.

"Hai..." balas aku.

"Dah lama sampai?" soal Hakim.

"A'ah. Dah lama dah sampai. Dah abis round taman ni dah."

"Oh. Habis, kenapa tak nampak awak dari tadi?"

"Mungkin sebab saya ada kuasa halimun. Sebab tu, baru sekarang awak nampak saya."

"Nakal eh.." Aku gelak.

"Eh, jemput la duduk." Pelawa aku.

"Ingatkan tak nak jemput tadi."

"Yelah, kalau tak jemput kang, nanti orang tu kata apa." Balas aku.

"Hish..tak habis-habis nak kenakan orang. Dia ni." Gelak aku semakin menjadi-jadi.

"Seronok sangat la tu gelakkan orang."

"Ha'ah. Memang seronok pun. Awak try la."

"Dah la..Jom belanja saya minum."

"Eh, kenapa saya pula yang kena belanja awak minum. Awak yang patut belanja saya. Tak gentleman la awak ni." Hakim ketawa.

"Gentleman, tak gentleman, hari ni awak belanja. Cepat la. Saya haus ni." Aku menggeleng kepala.

"Hish..tak sangka pula awak ni tak tahu malu. Paksa orang belanja minum. Jom la kalau macam tu." Hakim tersengih bila mendengar persetujuan aku.

"Tak kisah asalkan boleh minum free. Save duit."

"Mesti awak ni kedekutkan. Siapa la yang malang jadi isteri awak nanti tu."

"Siapa lagi kalau bukan awak." Aku terkejut bukan kepalang mendengarkan kata-kata dia. Terlopong kejap. Dia ketawa lagi melihatkan reaksi aku.

"Saya gurau je la. Takkan terkejut sampai macam tuh." Dia kembali menyambung ketawanya.

"Macam mana tak terkejut. Kalau betul saya dapat suami macam awak, memang kesian la kat saya. Tiap-tiap hari kena belanja agaknya." Aku ketawa melindungi rasa gugup yang bertamu di hati.

"Jom la pergi." Aku mengangguk kepala lantas mula mengorak langkah meninggalkan kawasan bangku itu.


Bersambung...

Tuesday, October 4, 2011

Bila Cinta 2


Selepas hari tu, aku demam teruk. Tiga hari berturut-turut aku demam. Kerja pun terpaksa minta cuti. Tiga hari kat rumah memang la membosankan. Nak keluar petang-petang pun, mak aku tak bagi. Aku memang rindu nak jumpa dengan si dia lagipun, aku nak pulangkan balik jaket dia nih. Aku dah macam orang gila. Lepas aku basuh jaket tu, aku seterika jaket tu. Memang ni la kali pertama aku jatuh cinta dalam hidup aku.

Petang tu, aku dah tak sabar-sabar nak ke taman nak jumpa dengan dia lagi. Jaket dia tu, aku lipat elok-elok dan letakkan dalam paper bag. Sampai di taman, mata aku melilau mencari kelibat dia namun tak jumpa. Aku dah sedikit hampa. Tak! Tak! Aku tak boleh putus asa. Aku kena cari dia dan tunggu dia juga. Sedang aku menoleh kanan- kiri aku ternampak kelibat yang mampu membuatkan aku senyum sampai ke telinga.

Itu pun dia! Aku dah jumpa. Tanpa buang masa, aku terus menuju ke arah dia. Aku perasan yang dia pun nampak aku dan tersenyum memandang ke arah aku.

"Assalamualaikum" Aku mula memberi salam setelah mendekat dia. Dia tersenyum lagi.

"Waalaikumussalam. Awak apa khabar?" Soal si dia.

"Alhamdulillah. Sihat. Ni pun baru baik dari demam."

"Tu la. Dah kena hujan lebat macam tu, memang patut pun demam. Lain kali sebelum keluar, tengok dulu ramalan cuaca. Jangan nak main redah jer." Si dia dah mula membebel. Nampak comel jer. Aku hanya tergelak nipis.

"Yelah. Salah saya. Saya pun tak sangka yang hari tu nak hujan." Si dia ketawa.

"Eh, jom la kita duduk kat sana. Alang-alang ada bangku kosong, baik kita duduk. Kesian bangku tu, tak de orang guna."

"A'ah la kan. Menangis pula dia." Aku dan si dia mula melangkah ke arah bangku yang dikatakan sebentar tadi.

"Eh, lupa pula. Sebenarnya, saya nak bagi balik jaket awak hari tu. Terima kasih tau. Kalau bukan sebab awak, saya tak tahu la apa yang jadi kat saya hari tu, Entah bila saya boleh balik rumah. Silap hari bulan, saya pengsan kot saya kat situ." Aku ketawa sambil menghulurkan paper bag. Kemudiannya, dia menyambutnya.


"Nak buat macam mana, dah takdir kot yang hari tu saya jadi hero. Terasa bangga la pula." Dia ketawa.

"Tu la. Balik hari tu, teruk kena marah dengan mak. Terasa macam budak kecik dulu-dulu pula."

"Padan la muka awak." Melihatkan aku mencebik, dia ketawa.

"Oh ya, nama awak apa er?" soal si dia. Aku terus tersenyum.

"Nama syakilla. Panggil je Ila. Awak?"

" Hakim."

Petang tu, kami berbual panjang macam sesi suai kenal pun ada. Maklumat yang aku dapat dia ni kerja sebagai arkitek. Tinggal kat area-area rumah aku juga la tapi aku tak kenal sangat area rumah dia tu mungkin sebab kawasan tu untuk orang-orang yang high class. Umur dia dalam lingkungan 28 tahun. Aku rasa macam semua tu mimpi. Aku tak pernah terbayang yang satu hari aku memang dapat berkenalan dengan dia.

Bersambung....

Sunday, September 25, 2011

Bila Cinta 1



"Awak ok?",soal si dia. Aku hanya memandang dia tanpa berkelip. Sungguh aku tidak sangka. Orang yang aku tunggu datang selamatkan aku. Macam cerita dongeng!

"Awak..awak tak nak bangun ke?" Soal dia lagi, melambai-lambai tangannya di depan muka aku. Aku terus terjaga dari lamunan aku.

"Ah? Urm...saya memang nak bangun. Tapi...." Aku teragak-agak untuk menghabiskan ayat aku.

"Tapi kenapa?" Soal dia lembut.

"Keadaan saya yang basah ni agak er...agak..awak faham kan?" Aku serba salah.

"Agak apa? saya tak faham." Aku mengeluh. Loading betul la dia nih. Aku menarik nafas.

"Agak seksi la. Saya malu nak bangun."

"Oh. Sebab tu ke? Oh..faham-faham. Nah, ambil pakai jaket ni." Dia membuka jaket yang dipakainya dan diberikan kepada aku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Melihatkan senyumannya, aku menyambut jaket itu. Aku menyarungkan jaket itu dan kemudiannya bangun. Dia tersenyum. Ah, manis sungguh senyumannya. Patutlah aku boleh terpikat.

"Awak tak kisahkan kalau saya tolong hantarkan ke rumah awak?". Aku terkejut dengan pertanyaannya. Eh, mestilah aku tak kisah. Lagi suka ada!

"Ah? Urm..tak..tak kisah. Malah saya berterima kasih kat awak sebab sanggup tolong saya. Macam mana awak tahu saya ada kat sini er?" Soal aku. Ya, sebetulnya aku hairan. Macam mana dia boleh muncul kat depan aku.

"Tadi saya on the way nak pergi kedai runcit. Time tu memang dah nak hujan. Saya ada nampak awak duduk kat bangku tu. Lepas saya keluar dari kedai tu, hujan dah semakin lebat dan saya ternampak awak tengah berlari ke arah pokok ni. Saya rasa tak sedap hati la pula kalau biarkan perempuan sesorang kat sini. Dah la zaman sekrang macam-macam kes." Aku mengangguk-angguk mendengar penjelasannya. Ternyata dia memang baik. Tak mungkinlah kalau dia hanya berpura-pura baik. Aku dapat rasakan niat dia memang ikhlas.

"Terima kasih tau. Saya betul-betul terhutang budi dengan awak." Sekali lagi dia tersenyum. Ah, orang ini begitu murah dengan senyuman.

"Tak de hal la. Urm, Jom la kita jalan. Hujan pon macam semakin lebat nih. "

"A'ah..jom la.."

"Oh ya, rumah awak kat mana?" Soal si dia.

"Kat depan ada selekoh. Lepas tuh, belok kanan."

"Oh, tak jauh mana la."

"A'ah. Sebab tu saya suka datang sini. Sebab dekat." Tapi saya lagi suka datang sekarang ni berbanding dulu sebab sekarang saya boleh tengok awak tiap kali awak datang sini. Bisik hati aku.

"Untung awak ya. Tiap-tiap hari awak boleh datang sini. Saya boleh datang sini masa-masa tertentu je. Time weekend la saya boleh free gila-gila. Kalau hari lain, saya tak confirm sangat."

"Oh. Mesti sebab Buzy dengan keja kan?"

"A'ah. Memang pun. Kerja tak pernah abis. Kadang-kadang kena turun pergi site la. Ada meeting la."

"Dah nama pun kerjakan. Nanti kalau tak kerja nak sara apa? Nak kasi anak isteri makan apa?"

"Tu la. Nasib baik tanggungan tak berat mana. Hidup bujang tak susah mana. Nanti kahwin, lagi berat. Sekarang ni pun, nak berbakti kat ibubapa dulu. Bila sampai masa, baru fikir pasal kahwin." Aku berbunga-bunga mendengar kata-kata dia. Wah, dia single lagi la weiii! Ada can ni!

Kami berborak sampai kat rumah aku. Dia memang peramah. Banyak cerita yang dia kongsi. Aku terasa sangat dekat dengan dia. Dan jaket dia aku pakai sampai ke rumah malah aku terlupa untuk pulangkan kat dia. Tapi tak pe  la. At least aku ada sebab untuk berjumpa dengan dia. Balik tu memang teruk aku kena membebel dengan mak aku. Tapi tak kisahlah sebab si dia yang temankan aku.

Malam itu, aku demam teruk. Dan walaupun demam, aku tetap tak kisah. Terasa hari itu hari terindah dalam hidup aku. Berkali-kali aku mencium bau jaket itu. Terasa seperti si dia berada dekat dengan aku. Buat masa ni, aku tak nak basuh lagi jaket tu. Tunggu aku baik dari demam baru aku nak basuh. Aku nak kekalkan bau si dia dulu. Tapi entah macam mana, aku telah terlupa sesuatu. Nama si dia! Aku terlupa nak tanya nama dia! Walaweiii...apa ke bangap sangat aku ni. Apa-apapun, malam itu sekali lagi tidur aku lena dibuai mimpi-mimpi indah bersama si dia. Sesungguhnya aku memang angau tahap gila-gila kat si dia.

Bersambung.....

Wednesday, September 21, 2011

Bila Cinta prolog 2


Pagi keesokannya, aku pergi sekali lagi kat taman tu. Dengan hati berdebar-debar aku menunggu kelibatnya. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Tunggu dan terus menunggu dan terus menunngu. Namun, hampir 3 jam aku menunggu, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Aku terasa kecewa. Aku membuat keputusan untuk terus balik walaupun hati aku tetap berada di situ. Aku merasakan hanya jasad aku je yang melangkah pergi tetapi rohnya tetap setia menunggu di situ.

Petang itu, untuk meredakan hati yang kecewa ini, aku membuat keputusan untuk berjogging sambil menghirup udara petang di taman yang sama. Entah kenapa tiba-tiba semangat aku terus berkobar-kobar. Sampai di suatu selekoh, aku berselisih dengan seseorang. Saat itu, hati aku mula tidak berkeruan. Aku menoleh ke belakang dan ternyata dia la orang itu. Sekali lagi aku ulang, dia la orang itu! Aku terasakan mahu berlari mengejar dia tapi aku sabarkan hati aku. Perempuan ayu persis aku tidak boleh buat sedemikian. Petang itu, aku pulang ke rumah dalam keadaan yang gembira tak terkata. Bagaikan scene itu berulang dan terus berulang sampai aku lentok atas katil.

Namun, setelah 3 hari berturut-turut aku menunggu dia pada waktu petang, kelibat dia tidak juga kelihatan. Entah kenapa, aku tidak tahu erti serik. Aku terus membuat keputusan untuk menunggu dia lagi hari ini. Dalam hati, aku berdoa agar aku dipertemukan dengan dia lagi. Aku pelik, kenapa hari ini seperti tiada orang datang ke taman ni? Mana pergi semua orang? Secara tidak langsung, peluang untuk aku berjumpa dengan dia menjadi tipis. Tiba-tiba guruh mula kedengaran. Hujan pun mula turun. Aku cuak! Kemana aku hendak berteduh? Aku pun berlari ke arah seekor sebatang pokok besar yang tidak jauh dari tempat aku duduk.

Hujan semakin lebat seperti tidak merelakan aku untuk balik ke rumah. Aku terperangkap di situ. Aku menangis bila mengenangkan keadaan aku ini. Dah la aku menunggu orang yang tak kunjung tiba malah orang itu tak pernah kenal aku! Terperangkap dalam hujan pulak. Habis basah kuyup. Aku malu kerana keadaan aku seperti itu. Untuk menutup keadaan aku tu, aku duduk bertinggung. Aku menelekup muka aku di lutut. Aku tak tahu sampai bila aku harus berada dalam keadaan seperti ini.

Tiba-tiba aku terasa pelik. Kenapa aku dah tak terkena hujan? Hujan dah berhenti ke? Aku mengangkat kepala aku. Aku terkejut! Ada orang di hadapan aku memayungi aku. Baik sungguh orang ini. Aku mengecikkan mata aku untuk melihat dengan lebih jelas. Dan sekali lagi aku terkejut. Ommaaaaiiigoooddd!! Rupa-rupanya si dia yang memayungi aku. Ah, sungguh heaven aku ketika itu.


Bersambung....

Tuesday, September 20, 2011

Bila Cinta prolog 1



 Pada suatu pagi jumaat yang cerah. Burung berkicauan. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku terasa nyaman. Aku sendiri terasa pelik. Kenapa tetibe aku bangun awal? Mungkinkah sesuatu yang aku tidak jangka akan berlaku? Mungkinkah hari tu adalah hari ysng bermakna untuk aku? Tanpa membuang masa, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman. Dalam erti kata yang lebih indah, makan angin.

Sedang sedang aku berjalan, lantas mata aku tertangkap akan satu kelibat. aku mencuba beberapa kali untuk melarikan pandangan aku. Namun tidak berjaya. Omaigoddd!! Apa yang dah terjadi kat mata aku? Malah bukan itu sahaja, keadaan bertambah parah bila jantung aku tiba-tiba berdengup kencang. Aku ada heart attack ke? Aku semakin cuak. Aku cuba bergerak. Tetap tidak berjaya. Sampai la satu tahap aku melihat kelibat itu tersenyum pada rakan. Saat itu, aku terasa jantung aku dah macam nak luruh. Aku tersenyum tanpa aku sedari.

Aku mula bergerak perlahan dan berselindung di sebalik pokok memerhatikan gelagatnya. Dalam hati aku hanya membisik betapa coolnya dia. Aku memerhatinya sampai dia dan kawan-kawannya pulang. Aku sedikit hampa kerana tidak berani untuk bertegur sapa dengannya. Malam itu, aku hanya tersenyum membayang wajahnya yang hensem + cool. Dia sememangnya lelaki idaman aku. Cukup pakej. Aku tak nak lepaskan peluang tu. Aku mesti berkenalan dengan dia. Aku mesti tau nama dia. Aku mesti dapatkan nombor fon dia. Malam itu aku nekad dengan sebulat suara. Dan malam itu juga, aku tidur bertemankan mimpi si dia.

Bersambung......

Wednesday, September 14, 2011

Cinta Selepas Kawen


Hello world!

sekarang ni ramai kan yang duk sebuk kata bercinta la selepas berkawen. Lebih berkat. And kalau korang perasan la kan, banyak giler novel yang berasaskan cinta selepas kawen a.k.a kawen paksa. Mula-mula benci. Then, de accident terus jatuh cinta. Pas tuh, bekas awek / pakwe datang ganggu. Klimaks plak, hampir-hampir nak bercerai. Tapi disebabkan kuasa cinta tu kuat, maka tak jadi bercerai. Ehem-ehem. Agak bosan la citer macam tuh. Aku nak baca sangat kalau ending dia hero/ heroin dia mati atau pendek citer sad -ending la. Dalam realiti pun, bukan semua orang berakhir denga happy ending kan.








 Ada sesetengah orang kata yang kapel tuh haram. Aku tak nak komen la pasal halal haram nih. Sebab aku bukan la terer sangat pasal Islam nih. Cuma aku nak kata yang aku setuju dengan pendapat blogger Mr K nih. Try baca enteri ini. Kalau korang dah baca, so, aku tak perlu lagi nak citer kenapa aku setuju. Sama juga la dengan konsep 'cinta itu buta'. Aku tak setuju dengan words tuh. Kenapa? Sebab bagi aku la, manusia yang membuatkan cinta itu buta. Kalau betul cinta itu buta, maknanya cinta pada yang Maha Esa pun buta la. Macam tu? Kalau kau kecewa dengan pakwe/makwe kau, jangan la salahkan cinta. Sesungguhnya cinta tu nikmat dari Allah. Bukan semua boleh rasa cinta tu macam mana. Cinta memerlukan masa untuk ditemui. Cinta memerlukan usaha untuk dimiliki.



Cinta lepas kawen. Urm. Bagi aku la kan. Bukan semua cinta lepas kawen bahagia. Cuba korang bayangkan. Katakan la. Pada suatu hari, ada orang datang meminang. Selidik-selidik si lelaki ni kerja ok. Keturunan baik-baik. So, mak ayah korang pun setuju la. Selepas kawen, alih-alih dapat tahu yang si lelaki nih rupa-rupanya tak macam korang bayangkan. Kongkong korang gila-gila. Dah la tuh, salah sikit tangan dan kaki pun gerak sekali. Korang still lagi ke kata yang korang bahagia ke? Korang still lagi ke boleh tersenyum? Korang still lagi ke boleh berkata cinta lepas kawen bahagia?

Aku bukan tak setuju dengan statement ' cinta selepas kawen akan bawa pada kebahagian'. Aku setuju. Cuma, dalam konteks ni, kita kena fikir, manusia ni walaupun rambut sama hitam, kulit sama putih. Tapi hati lain-lain. Ragam manusia ni macam-macam. Sifat luaran dan dalaman macam-macam ada. Depan orang baik. tapi belakang?  Depan mak ayah korang boleh la berlagak baik. Tapi bila dah kawen, perangai buruk tuh yang akan keluar. Memangla kita kena terima baik buruk pasangan kita. Tapi kalau dah sampai cederakan diri sendiri, kau masih nak terima? Fikir la weih. Jangan jadi narrow minded sangat.

Bagi aku la, better kalau kita kenal dulu pasangan kita tuh. Cari keserasian lu. Jangan cepat sangat nak terima. Mungkin pasangan kita baik. Tapi keserasian tak ada, tak guna  jugak. Nanti tak pasal-pasal bercerai pula. Bukan semua cinta selepas kawen bahagia. Dan aku rasa tak salah kalau seseorang tuh kapel. Tapi nak kapel, jangan sampai melebihi batas- batas agama. Jangan sampai berlakunya zina hati. Rasa cinta atau rindu bukan zina hati ya. Zina hati adalah bila seseorang tuh terbayangkan dia dan pasangannya membuat adegan 18sx. Tu zina hati. Dan aku ada baca dalam buku ' Ya Allah, aku jatuh cinta'. Buku ini best. Dalam buku tu kata agama islam adalah agama fitrah. Dan cinta tu adalah fitrah manusia. So, Islam itu adalah cinta. Islam tak pernah menghalang cinta manusia. Cuma cinta itu perlu disalurkan dengan betul.





Berbalik pada cinta lepas kawen ni kan, aku rasa tak salah kalau kita kenal dulu pasangan kita ni sebelum kawen. Kalau nak keluar bersama, bawa la mahram masing-masing untuk elakkan maksiat dan fitnah. Kalau orang bertunang pun, dorang still lagi kena bawak mahram bersama. Bertunang belum lagi boleh menghalalkan segala-segalanya. Bertunang dengan kapel hampir sama. Cuma bertunang ini lebih tinggi taraf dari kapel.  Dan nasihat aku lagi satu, 'don't judge a book by its cover'. You know what i mean, rite? Walau sebaik mana pun dia, jangan terus anggap yang dia tu memang baik. Aku bukan ajar korang jadi paranoid dan bersangka buruk ok. Tu cuma sebagai langkah berjaga-jaga sebelum korang jadi mangsa tipu. Tuh jer. Tapi jangan la sampai terlalu paranoid sangat. Sikit-sikit dah la. Karang kalau dia betul-betul baik, korang plak yang terlepas. Menangis tak berlagu la jawabnya.



p/s : aku tau, bukan semua setuju dengan pendapat aku ni. Cuma kalau ada salah dan bercanggah dengan ajaran islam dalam enteri aku ni, aku mintak sangat-sangat tolong perbetulkan aku. Sesungguhnya aku adalah manusia yang jahil dalam Islam dan kehidupan ini.

Monday, September 12, 2011

Salahkah Perempuan Tak Pandai Memasak?

Hello world!

Aku nak cakap sikit pasal salahkah perempuan tak pandai memasak. Pandangan aku la kan, memang salah walaupun tugas memasak sebenarnya bukanlah tugas seorang isteri. Tugas seorang isteri hanyalah  jaga kehormatan, patuh suruhan suami,  memberi kasih sayang pada suami dan anak-anak , menjaga Kebersihan, menjaga amanah dan harta, menyimpan rahsia, tidak meninggalkan rumah tanpa izin dan berhias diri untuk suami sahaja. Manakala tugas sang suami pulak memberi sara hidup termasuk makanan dan tempat tinggal,  nafkah batin, menjaga anak-anak, melindungi isteri dan anak-anak, melindungi maruah keluarga, membimbing isteri, mendidik anak-anak dan menjadi penasihat kepada isteri dan anak-anak. Cuba tengok tugas seorang suami. Banyakkan? Dan tugasan memasak tuh kira termasuk la dalm memberi sara hidup. Seorang isteri yang solehah sanggup ke tengok suami dia menanggung semua kerja-kerja tu? Mungkin sesetengah korang ada kata ' dah nak buat macam mana? Dah tugas suami macam tu..' Sekarang nih, kau sedar tak, lelaki yang kau duk cakap sekarang ni tu suami kau?

Kau sanggup ke tengok suami kau bersusah payah nak sara hidup kau? Kau pula bersenang lenang duk umah goyang kaki? Tak patut betol la kan. Tak kesian ke kat suami kau tu? Seorang isteri haruslah menyenangkan suami. Jadi tulang belakang suami. Tolong suami apa yang patut. Bukan menyusahkan suami. Nih tak, ada yang tak sedar diri, minta tuh la, minta nih la. Si suami susah-susah cari nafkah, si isteri plak senang lenang je nak demand-demand. Eh perempuan! Kau dah lupa ke? Masa kau nak kawen dulu, berapa ribu suami kau bagi tuk hantaran? Dah la tuh, semua dosa-dosa kau, suami kau yang tanggung? Kau tak sedar ke? Dah la hantaran mahal, masak lak tak reti. Bila suruh buatkan air, mula buat muka. Pastu merungut kata ' Alah yang, i letih la kemas rumah. Basuh baju lagi. Apa kata kalau u ambik je orang gaji. Senang la nanti keje i..' Kalau aku lah, aku balas je ' Kalau macam tu, baik i kawen je terus dengan orang gaji tuh. Kan senang. I pun tak rugi..'

Bila dah ambik orang gaji, alih-alih si suami tersangkut dengan orang gaji. Pas tuh mula tuduh si suami curang. Si orang gaji tu plak gatal la apa la. Padahal, kau tu yang tak sedar diri. Masak pun tak reti. Macam mana si suami tak tersangkut dengan orang gaji kau tuh? Menangis tak berlagu la kau. Padan muka! Tuh la. Dari dulu tak nak blajar masak. Orang tua-tua kata, nak pikat suami melalui perut. Setakat  kecantikan kau tuh, time tua berkedut jugak! Tapi kalau masakan, dari muda sampai tua takkan berubah. Malah makin sedap adalah. So, orang perempuan kat luar sana tuh, adalah sangat perlu untuk anda tahu memasak. Jangan jadikan alasan ' saya tak tahu memasak, abis abang tahu ke jadi imam?' Please, jangan jadikan itu alasan anda. And orang lelaki di luar, kalau betul-betul anda seorang yang bertanggunggjawab dan seorang ketua keluarga, tugas seorang imam memang patut anda tahu. Seorang suami yang baik, akan jadi imam dan ketua kepada keluarganya. Dan seorang isteri yang solehah, akan tolong si suami untuk mengemudi rumahtangganya dengan aman.