BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Saturday, October 15, 2011

Bila Cinta 5



“Kau sabar la weih.” Pujuk aku. Dalam hati hanya Allah yang tau betapa kecewanya aku.

“Kau cakap senang la. Kau tak rasa apa yang aku rasa” jawab Hakim. ‘Kau silap, Hakim. KaU tak tahu yang aku pun rasa apa yang kau rasa sekarang ni. Betapa pedihnya perasaan bila orang yang kita cinta rupanya mencintai orang lain.’ Bisik hati aku.

“Alah, dia baru couple. Bukan kahwin lagi. Kau masih ada chance lagi la…Sedangkan Maya Karin pun bercerai. Nih setakat couple. Bila-bila masa je boleh putus. Ntah-ntah jodoh kau dengan dia. Sape tahu kan?” pujuk aku lagi. Pedihnya perasaan aku bila mengungkapkan kata-kata tu. Sekurang-kurangnya, aku boleh tenangkan perasaan dia. Tapi aku? Siapa nak tenangkan perasaan aku? Aku hanya mampu berdoa je.

“Memang la. Tapi nak ke dia kat aku? Aku dah kawan dengan dia dah lama. Last-last dia couple ngan orang lain. Aku tunggu dia bukan main lama lagi. Alih-alih, orang lain plak dia pilih.” Suara Hakim kedengaran sebak.

“Mungkin sekarang ni jodoh kau dengan dia tak de lagi. Kau berdoa la. Mana la tau esok lusa jodoh kau dengan dia ada? Tapi kau jangan la berdoa je. Usaha la sikit. Kalau kau tak reti nak usha dia, meh sini aku ajar. Aku pakar bab-bab usha-mengusha ni.” Tiba-tiba kedengaran Hakim ketawa. Aku pelik. Aku ada buat lawak ke tadi?

“Kau gila er, Hakim?” soal aku.

“Aku gila bila aku suka kat kau je.” Kata-kata Hakim membuatkan aku terdiam. Terasa dengan kata-kata dia sebenarnya.

“Dah tu, kenapa kau ketawa?” 

“Tak la. Kau bagi nasihat macam kau ni pakar motivasi lak. Dah la tu, siap perasan lagi. Pandai usha-mengusha la konon. Pakwe pun tak de lagi.”. Hakim menggelakkan diri aku. ‘Aku tak de pakwe sebab aku dah minat dengan kau la, sengal!’ jerit hati aku.

“Dengki la tu. Aku faham sangat la orang macam kau ni. Sehari tak jealous dengan aku. Tak sah!”

“Ek eleh. Perasan gila kau nih. Tak de maknanya aku nak jealous dengan kau.”

“Oh. Tak pe- tak pe. Aku tahu, kau malu nak mengaku kan? Tak pe. Aku faham. Kau jangan risau ya.” Hakim hanya gelak mendengarkan kata-kata aku. Sedikit sebanyak perasaan aku tenang mendengarkan ketawanya.

“Hakim!”, panggil aku.

“Ya. Apa?”

“Kau dah ok ke? Dah tak sedih ke?”

“Sedih tu tetap sedih. Tapi aku ok la sikit banding dengan tadi. By the way, thanks tau sebab sudi hilangkan kesedihan aku.”

“Oh, benda kecil je. Jangan risau la..”

“Ila, sekali lagi terima kasih. Ni aku sayang kat kau ni.” Sekali lagi aku tersentak dengan kata-kata dia. Alangkah indahnya kalau dia betul-betul sayangkan aku lebih dari seorang kawan. Mesti aku la orang paling bahagia saat tu.

“Kira kau dah ok la ni?” Aku menyoalnya kali kedua untuk kepastian.

“Yup. Dah ok.”

“Kalau macam tu, aku nak tidur dulu la. Mengantuk la.” Itu hanya la alasan untuk meredakan perasaan gelora di hati aku. Aku perlu tenangkan perasaan aku sekarang ni. 

“Oh, ok la kalau macam tu. Selamat malam. Nightmare. Hate you” Sekali lagi Hakim ketawa. Ucapan sebegitu seperti menjadi kebiasaan kami. Aku pun tak kisah sebab aku tahu,semua itu hanya la untuk gurauan semata-mata.

“Selamat malam. Nightmare. Hate you too. Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam” Sejurus aku meletakkan telefon, air mata terus jatuh berguguran. Baru la aku tahu sebegini perit rupanya perasaan bila cinta tidak dibalas. Kali pertama aku rasa sebegini sedih. Biasanya sesedih mana pun aku, aku masih lagi boleh kawal. Tapi malam ni, aku kalah dengan perasaan aku. Malam ni juga la aku tido dengan air mata. Air mata yang terus mengalir sampai aku terlelap.

Pagi keesokkannya, aku bangun untuk solat subuh, aku menilik wajahku di cermin. Ternyata mata aku bengkak kesan menangis semalam. Memandangkan jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, aku bergegas ke bilik air sebelum menunaikan kewajipan solat. Sedikit sebanyak perasaan sedih aku hilang selepas solat. 

Selepas solat, aku membuat keputusan untuk terus tidur. Walaupun aku tahu, tidur selepas solat subuh adalah tidak elok tapi pagi tu, aku betul-betul tiada mood. Jam 7.00 pagi, aku bangun semula dan menuju ke bilik air untuk bersiap-siap ke tadika. Bersiap ala kadar, aku berdiri di hadapan cermin. Aku merenung ke diri aku. Kesan bengkak tu masih lagi tidak hilang. Tapi mungkin orang lain tak perasan kot. Aku menyedapkan hati.

‘Sudahla Ila. Kau kena kuatkan semangat! Kau kena lawan perasaan sedih kau! Kau tak boleh selemah ni. Kau bukan macam ni. Lawan Ila. Lawan!’. Aku tetapkan hati untuk terus kuat. Hari ni aku perlu bersemangat. Kanak-kanak di tadika perlukan semangat aku untuk terus belajar. Kalau muka aku muram, sudah tentu akan menjejaskan pembelajaran kanak-kanak nanti. 

“Assalamualaikum, mak.” Sapa aku dan terus duduk di meja makan.

“Waalaikumusalam. Aik Ila, kenapa dengan mata kamu? Bengkak semacam je mak tengok?” soal mak aku, melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan aku.

“Nampak lagi ke mata ni bengkak?”  Mak perasan ke? Haisshhh,gumam hati aku.

“A’ah. Nampak sangat. Kamu ni kenapa? Tak tidur ke semalam?”
 
“Err..a’ah. Semalam tak boleh tidur. Mungkin sebab minum Nescafe kot.” Aku member alasan.

“Tu la. Semalam mak dah larang. Tapi degil! Nak minum juga. Kan dah tak boleh tidur.” Mak aku dah mula membebel dan seperti biasa aku hanya menayangkan gigi.

“Oh ya, ayah mana, mak? Tak Nampak pun?” Aku mencari kelibat ayah. Biasa pagi-pagi macam nih ayah ada je kat meja makan ni sambil membaca surat khabar.

“Ayah kamu ada kerja sikit dengan Pak Mail. Entah la pasal apa. Mak tak tahu la pula..” Aku menganggukkan kepala sambil mengunyah roti bakar. Setelah habis kunyahan terakhir, aku membuat keputusan untuk bertolak ke tadika.

“Mak, Ila pergi tadika dulu la. Assalamualaikum.” Aku menyalami tangan ibuku dan mencium kedua-dua pipi ibuku.

“Yalah. Hati-hati pergi tadika tu. Waalaikumusalam.”

Mungkin aku tak mampu miliki cinta Hakim tapi sekurang-kurangnya aku masih memiliki cinta mak dan ayah aku. Aku mungkin tak pernah merasai bagaimana mempunyai adik-beradik lain kerana aku merupakan anak tunggal mak dan ayah aku tetapi aku kaya dengan kasih sayang mak ayah. Aku takkan sia-siakan kasih sayang mereka kepada aku. Tu janji aku!

Bersambung….

0 comments: