BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Monday, March 26, 2012

Bila Cinta episode 6

6
“Assalamualaikum” Kedengaran suara Hakim di hujung telefon.
“Waalaikumussalam”
“Ila, jom keluar”
“Keluar? Pergi mana?”
“Kita keluar tengok wayang?”
“Wayang? Tak nak la. Kau pergi la sorang. Aku ada kerja ni..”
“Alah, kerja apa? Hari ni kan hari sabtu. Takkan kau de kerja kot”
“Betul. Aku ada kerja ni.”
“Alah. Jom la Ila. Aku rindu dengan kau ni. Jom la keluar.”
“Kau ni kan, Hakim. Degil betul la.”
“Selagi kau tak setuju, selagi tu la aku akan paksa kau sampai kau setuju.”
“Hishhh…kacau betul la kau ni.”
“So, kau setuju tak?”
“Ok la. Pukul berapa? Kat mana?”
“Kau datang sekarang la. Aku dah ada kat tempat biasa ni”
“Hah? Sekarang?” Gila ke apa mamat ni? Aku tak ready apa-apa lagi ni. Hakim hanya ketawa mendengarkan reaksi aku.
“Yalah. Sekarang la.”
“Kau tunggu la dalam sejam. Nanti aku sampai.”
“Sejam? Lamanya kau bersiap. Setengah jam dah la.”
“Tak de..tak de. Sejam. Kalau tak, aku tak nak pergi.” Aku memberi kata putus.
“Yalah..yalah. Sejam. Aku tahu, keluar dengan aku punya pasal sebab tu kau nak bersolek cantik-cantik kan?” Hakim tergelak dengan kata-katanya. Kalau aku bersolek cantik-cantik pun tak de guna. Bukan kau sukakan aku pun. Hati kau kan dah de orang lain.
“Ah..tau tak per.” Aku yang malas bertengkar hanya mengiakan kata-katanya.
“Kan aku dah kata.”
“Weh, k la. Aku letak dulu. Karang lambat pulak.”
“Yalah..yalah..”
Dengan sepantas kilat aku bersiap. Pagi tu, aku mengenakan baju kemeja warna kelabu yang bercorakkan bunga kecil warna hitam dan dipadankan dengan seluar panjang putih. Tudung pula berwarna hitam. Muka pula hanya menyapu bedak silkygirl dan sedikit lip ice. Selepas berpuas hati dengan penampilan diri, aku terus menyapa kunci kereta myvi yang terletak di atas meja solekku.
“Mak, Ila nak keluar dengan kawan. Nak tengok wayang.” Bagitahu aku setelah menjejak ke dapur. Mak aku yang sedang mengemas pinggan menoleh ke arah aku.
“Kamu nak keluar dengan lelaki ke perempuan?” Mak aku dah mula bersoal siasat.
“Ila keluar dengan Hakim. Yang hantar Ila time hujan lebat hari tu.” Aku berterus terang. Bagi aku tiada guna untuk berselindung kerana keizinan mak ayah adalah penting dalam sesuatu urusan. Tambahan pula, mak ayah adalah penjaga aku, jadi apa-apa yang aku lakukan, mereka berhak tahu.
“Oh. Kalau macam tu, jangan balik lewat-lewat sangat. Mak tak suka anak dara mak balik lewat malam. Lagi satu, keluar dengan bukan mahram ni bahaya sikit. Walaupun, Hakim tu kawan kamu, tapi masyarakat kat luar mungkin fikir lain. Jaga kelakuan tu sikit. Jangan tergedik-gedik sangat dengan Hakim tu. Dia tu lelaki. Nanti tak pasal-pasal orang mengata kamu. Mak tak suka macam tu tau.” Seperti biasa, sebelum aku keluar, mak mesti memberi nasihat. Aku terharu mendengar nasihat mak. Tu tandanya mak memang menyayangi aku.
“Yalah mak. InsyaAllah, lepas asar Ila balik la. Tak sampai malam. Nak tengok wayang je pun. Ya mak. Ila tahu jaga diri Ila. Terima kasih mak.” Ucap aku, mencium pipi mak.
“Masa duk tengok wayang tu, tangan jangan gatal nak meraba pula” Pesanan mak tu membuatkan aku ketawa.
“Yalah mak. Mak jangan risau. Tangan ni tak gatal lagi la nak meraba-raba.” Mak hanya tersenyum mendengar kata-katak aku.
“Ok la mak. Ila pergi dulu. Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam. Hati-hati memandu tu” Pesanan mak yang ketiga.
“Yalah” Aku membuka langkah menuju ke arah kereta. Aku mula hidupkan enjin. Setelah beberap minit memanaskan enjin kereta, aku mula menggerakkan kereta meninggalkan pekarangan rumah.
“Eh, anak dara awak tu nak pergi ke mana?” soal Encik Zakri, ayah Syakilla yang baru turun dari biliknya. Encik Zakri melabuhkan punggungnya di meja makan.
“Katanya nak pergi tengok wayang.” Jawab Puan Hasnah, membawa secawan air bersama sedikit kuih dan dihidangkan di hadapan suaminya.
“Tengok wayang? Dengan sape pula?”
“Dengan Hakim katanya.”
“Eh, Ila tu ada apa-apa ke dengan Hakim tu?” soal Encik Zakri lagi.
“Hah, saya pun tak tahu, Tapi Nampak gaya macam Ila tu memang ada hati dengan Hakim. Saya tak tahu la pula kalau dorang memang ada apa-apa hubungan istimewa.” Puan Hasnah menghulurkan cawan yang berisi air milo kepada suaminya. Encik Zakri menyambut cawan tersebut.
“Kalau betul dorang ada apa-apa, cepat-cepat la suruh si Hakim tu masuk meminang. Masa dia hantar Ila hari tu pun, abang berkenan tengok budak tu. Baik je. Budi bahasa pun ada.” Encik Zakri meneguk air di hadapannya.
“Tu la. Has pun sama. Lagipun,sejak Ila berkawan dengan Hakim tu, Has perasan yang Ila semakin ceria. Kuat betul penangan Hakim tu kat Ila.”
“Nanti dia balik, awak cuba-cuba la korek sikit rahsia dari Ila tu. Mana la tau kot-kot dia bagitahu.”
“Yalah abang. Has cuba la..” Jawab Puan Hasnah lalu mengunyah kuih karipap.

bersambung....

0 comments: