BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Saturday, August 27, 2011

kutukan khas untuk minah prasan cantik

wahai minah-minah yang perasan cantik di luar sana,

Assalamualaikum..kalau tak jawab, dosa..kalau jawab tanda sayang..ok la..nota nih khas untuk kau, kau dan kau wahai minah perasan cantik dan perasan comel..dan peringatan untuk wanita-wanita yang tak cantik. Eh, tunggu!! bukan-bukan..bukan tak cantik, cuma tak nak tunjuk kecantikan tu jer...kecantikan tuh kan subjective..n beauty lies in the eyes of beholder, rite?

ok, minah-minah prasan cantik, meh sini..kau dengar baik-baik..aku nak tegur orang macam kau sikit..tapi aku rasa bukan nak tegur pun..sebab aku tak berniat nak tegur..aku ikhlaskan hati aku  nak kutuk orang yang spesis macam kau wahai minah-minah prasan cantik.  Sebab apa aku menyampah nak mati dengan orang macam kau? Meh sini aku kasitau sama lu-lu semua :

1) kau prasan kau cantik
 ok la, maybe its true dat you are beautiful n im not..but, what do i care? kalau kau cantik sekali pon, tak yah nak posing sampai nak mati pas tuh upload dalam fb. kau sedar tak, kat luar tuh ramai lelaki-lelaki yang gatal? orang macam tuh, senang-senang jer curi gambar kau n  suka-suki hati dorang nak buat apa-apa. Kau nak ker dorang edit gambar kau, pastu buat pelik-pelik? last-last,sapa yang merana kalau bukan kau?

2) kalau tangkap gambar, mesti muncung mulut
Yang nih memang jadi trend untuk minah-minah gedik tangkap gambar. Sebab apa, minah-minah nih semua akan muncungkan mulut? Sebab nak buat macam mana, mereka kan sukakan itik. So, dorang pun pasang la angan-angan nak bermulutkan mulut itik. Mereka kata" mulut itik tu comel la..macam i..so, i pun kena la buat mulut macam itik..biar i nih lagi comel dari itik..so, mesti la hubby i sayang i lebih dari itik- itik tuh.." 

3) Kalau tak muncung mulut, mesti kembongkan pipi
maybe yang nih bercita-cita nak jadi ikan buntal kot. Aku rasa minah-minah prasan cantik nih jeles dengan miss puff kot. So, dorang pon cuba untuk meng'miss puff'kan diri mereka. Mungkin mereka kata " pipi miss puff tuh comel la..i pon nak buat macam tuh la..mesti hubby i makin sayangkan i..mesti hubby i rasa macam nak cubit-cubit pipi i..kompem semua yang tengok jeles ngan i nih sebab hubby i romantik..sayang la u, hubby..muahhh..muahhh.." 

4) Tangkap gambar dari atas kasi mata nampak bulat
Yang nih satu hal. Hoi minah, kalau mata kau tak cukup bulat, tak yah la nak membulatkan mata kau yang tak cukup bulat tuh. Tak payah nak prasan nak buat mata macam minah-minah korea la. Mata dorang cantik sebab dorang pun buat plastic surgery la. Majoriti pelakon korea tuh memang wajib buat plastic surgery la tak kira perempuan atau lelaki.

5) Tangkap gambar dari atas then nampak benda yang tak patut di'nampak'kan
Dah la pakai baju terbuka kat bahagian atas tuh, tangkap plak gambar dari atas. Kau memang mengong la. Nak kata tak de otak, memang sah-sah semua makhluk ada otak. Lembu pun ada otak. oh lupa! kau tak de akal. sebab tuh jadi macam tuh. Kesian kat kau wahai minah-minah prasan cantik. Aku rasa la..baik kau masuk tabika balik la..blajar balik apa yang patut dibelajar ,ok?? poor on you la wahai minah-minah prasan cantik.

6) Pakai tudung tapi lengan pendek,baju ketat dan seluar ketat
Yang nih, aku paling anti. Buat aku rasa nak menyumpah-nyumpah jer. Orang macam nih memang bukan setakat akal tak de, otak lagi la tak de. HOI MINAH PRASAN CANTIK, kau pakai tudung sebab kau memang nak pakai tudung ker atau parents kau yang paksa atau kau saja nak melawa ? Yelah kan sekarang macam dah jadi trend pakai tudung? Kau tau tak, sebab orang spesis macam kau la, ramai yang kata " Alah, pakai tudung bukan baik sangat pun, kat belakang buat maksiat.." Sebab kau la, imej muslimah yang pakai tudung dah terjejas. Sebab kau la, orang pandang serong kat muslimah- muslimah yang pakai tudung. Tolong la, kalau kau nak pakai baju lengan pendek sekali pon, at least pakai la handsock, tak pun, pakai la inner. Aku rasa dah macam orang gila dah bila pakai tudung tapi lengan pendek. Ada yang lebih teruk, bukan setakat lengan pendek tapi sendat-sendat plak baju n seluar tuh. Nak jadi apa la kau nih wahai minah prasan cantik? 

7) Bila tulis status kat fb or kat mana-mana web social atau chatting, wajib ada "Eeewww" kat belakang. Tulisan plak besar kecik- besar kecik
Wahai minah prasan cantik, kau nih memang spesis kucing er? Duk asyik 'eeewwww-eewwwww'. Kalau kau memang comel macam kucing tak per la jugak. Kononnya manja la tuh bila kau taip " tADi i MaKaN FrieKieS ngan sUsU JeW..BeSt TaW..NanTi SahuR I nAk MakAn MacAm Tuh JugaK Law..KomPem I CoMey Mcam KucInG..U olZ JaNgAn JelEs tAw.." wat the hell? kau tak lenguh ker taip macam tuh? aku lenguh tahap cipan bila taip macam tuh..aku tak faham la orang macam kau nih wahai minah prasan cantik sekalian. Bukan setakat tuh, huruf o wajib tukar dengan nombor 0. Kalau dalam mesej, ok la aku boleh terima. Nih dalam chat pun nak buat macam tuh? Ish..Ish..Ish..

8) Selalu update status, " tAdi i kEluAr, teTiBe aDa 0RaNg nAk mEnG0Rat i..eiii..tAk SyuKew la..I dAh aDa huBBy lA, 0k?"
Ahahaha...Seriously, anda tersangat amatla  annoying. Kalau ada orang nak mengorat kau pun, macam la ada orang kesah. Eh-Eh, lupa..memang de orang yang kesah. Lelaki-lelaki yang gatal memang kesah. Bila ada orang kata " alah..orang cantik memang macam tu..sabar taw awak..dugaan bulan puasa tuh.." Kau pun, kembang la hidung 10 inchies.. Muahaha..klakar nak mampuih weihh..

9) Bila keluar jejalan, pakai legging
Hei minah prasan cantik, kau tak sedar ker kaki kau tuh bukan cantik sangat? Dah la kaki besar macam gajah, ada hati nak pakai legging.  Blah la weihh..Kau tau tak, legging tuh bukannya seluar la..Penah aku baca satu blog nih, dia kata slut jer bila keluar pakai legging. Yang nih aku tak nak citer lebih-lebih. Kau fikir la sendiri ya. Cuma satu jer la..nak pakai legging tuh tak salah. Pakai la legging tuh kat dalam rumah jer. Tak rasa malu ker bila keluar pakai legging? ibarat macam kau tak pakai seluar la weih. Kalau betul kau tak malu, buat apa pakai legging? Lain kali tak payah pakai terus la..kan bagus. Kompem lelaki-lelaki gatal kat luar sana suka." Free show dowh!! Free Show!!"

10) Bila kat tempat awam, mula la sesi meng'gedik'kan diri
Biasa orang macam nih suka ketawa kuat, terjerit-jerit macam tarzan. Nak tarik perhatian la kononnya. Dia nak kasitau "yeah.. im here,people. the most beautiful girl in the world is here..look at me..look at me.. n gurlz, sila la jeles nak mati dengan i ok??" Hoi minah, kau ingat, bila kau ketawa kuat-kuat or terjerit-jerit mengalahkan tarzan, semua lelaki kat luar tuh tersenyum manis la? kalau dorang tersenyum pun, tuh senyuman sinis la. Dalam hati mereka sumpah seranah. Paling-paling baik mereka just kata " muka dah la  macam tongkang pecah, ketawa mengalahkan  radio rosak. macam monyet."  

11) Bila keluar dengan pakwe, berpegangan tangan, kepala macam jeli
Meluat gila aku tengok weih. Kau tau tak, berpegangan tangan dengan bukan mahram tuh haram? Kau tak blajar agama ker weih? Dah la tuh, kepala plak setat jadi macam jeli. Lentuk sana..lentuk sini..kalau dah lembik sangat, ambik kayu..ikat kat leher tuh..kasi straight sket..

12) Suka mengawan kat fb or laman web yang lain
Manusia spesis nih memang ramai kat dalam fb especially. Tiap-tiap hari mesti conteng wall hubby takpun, selalu tag nama pakwe.." Bie ****, i love you..never leave me keyh baby..i miss u sooo much..esok kita keluar lagi la bie.." Eleh, mula-mula baby- hubby la..bila dah gadoh..dah tak de baby-baby dah..yang ada b**i jer...muahaha..giler geli aku bila benda macam tuh keluar kan home aku. Nak mengawan pun, pi la tempat lain. Mengawan jer dalam mesej. Kan Bagus. Tak de la aku terasa nak muntah hijau.

Banyak lagi yang aku nak kutuk..tapi dah tak larat nak taip. Setakat nih, tuh jer yang aku teringat. Next time, aku update lagi ya..sabar la wahai minah-minah prasan cantik sekalian. Aku memang suka kutuk kau wahai minah-minah prasan cantik sekalian. Kalau kau rasa aku jeles dengan kau, kau silap besar la weih..Kalau kau nak tau, orang yang betul-betul  cantik bukan macam kau. Seorang perempuan yang cantik, tak berperangai macam kau ya, wahai minah perasan cantik. Seorang yang cantik, akan menutup kecantikannya. Hanya orang yang halal sahaja boleh melihat kecantikan wanita tersebut. Dan kecantikan itu, bukan hanya fizikal semata-mata sebab wajah yang cantik takkan mencerminkan hati yang cantik. Hanya hati yang cantik akan mencerminkan fizikal dan wajah yang cantik.

Sekian, Terima Kasih.         

                                                                                                                           Kutukan Ikhlas dari,
                                                                                                                     Orang Yang suka Mengutuk.

P/s: Its my pleasure kalau kau terasa wahai minah-minah prasan cantik sekalian. Aku memang suka sebab tuh memang tujuan asal aku. Baik kan aku sebab dengan suka rela aku kutuk orang macam kau. Mesti kau terasa bahagia kan sebab enteri ni khas untuk kau. So, ucap la terima kasih kat aku. Dengan rasa bagai hati aku dipam, aku menjawab " sama-sama wahai minah-minah prasan cantik sekalian.."

Wednesday, August 17, 2011

alah..lelaki pun sama jer!

hello world!!

ok..enteri ni aku nak kutuk orang lelaki sikit. boleh kan? alah..macam la aku kesah kalu ada orang kata tak leh pon kan.Btw, semalam aku pegi la satu majlis nih. Ada solat isya' dan tarawih. Pas solat tuh, adalah tazkirah sikit. Besh kot penceramah dia tuh. Pastuh la kan..tetibe la aku ternampak la sorang manusia nih. Pergh!!! pakai baju kecik + seluar jeans..Wat the hell? Untuk pengetahuan semua, manusia berkenan bukan perempuan ya..tapi LELAKI! Yup..lelaki yang hanya tau nak salahkan orang perempuan..yang kononnya perempuan la suka sangat pakai baju ketat, seluar ketat. HELLO!! lelaki pon apa kurang?!


Yup, memang betol. Ramai perempuan yang pakai baju ketat, seluar ketat tapi bertudung. Memang betol. Aku tak kata langsung salah. Memang pakai baju macam tu membuatkan lelaki 'terganggu'. Aku pun menyampah tengok orang pakai baju ketat nih tapi lagi menyampah kalau tengok lelaki yang pakai baju ketat! Geli kowt! MACAM GAY!! Serius weihh...Kesian kan orang macam nih. Tak de duet nak beli baju yang saiz besar sket. Bajet badan tuh hot la! Tapi sekeping jugak. Kalu yang 6 pack tuh tak per la jugak. OH wait!! sejak bila aku suka orang lelaki ada 6 pack?

Pastuh bila duduk, mula duk tarik-tarik baju kat belakang. Takut nampak spender kaler Pink! Opss!! Tak de la bro, kau tuh datang kat majlis ilmu. Pakai la baju proper. Orang perempuan boleh jer pakai baju kurung ,jubah. Takkan lelaki tak boleh pakai baju melayu kot? Nampak tak perbandingannya di situ? Nampak tak? Tak nampak? Kesiannnn....Kalau nak pakai seluar jeans pon, pakai la baju melayu saja. Bukan panas pon. Duk dalam econ jugak. Ok kalau kau still tak nak pakai baju melayu, at least pakai la baju yang besar sikit. Kalau aku nak cari calon menantu tuk anak aku, orang macam nih memang awal-awal lagi aku reject. Memalukan kaum bakal suami aku jer!

Tolong la lelaki sekalian. Tolong la jangan bagi jiwa perempuan seperti kami terganggu. Terganggu dengan perasaan yang jijik lagi meloyakan tekak perempuan seperti kami. Kami memohon kerjasama dari anda. Sekian terima kasih.

Thursday, August 11, 2011

bila dunia mula bertukar

yosh!!

Hurm...aku tak faham la manusia sekarang ni. Nape la bengong sangat? weih..sedar-sedar la weih..ingat Tuhan sikit. nih ntah pape la manusia sekarang nih. Remaja-remaja sekarang dah ntah pape. sosial gilar kuat. tak ingat agama langsung. aku benci betol la bila baca paper, tetibe de cerita pasal 'seorang remaja telah dirogol oleh kekasihnya'. wat the hell? tuh la sape suh kapel lagi? kang dah kena. By the way, aku bukan orang yang allergic dengan kapel ok. aku tak kesah pon pasal couple-couple nih sebab aku pon penah couple gak. tapi tak lama pon..kenapa aku putus? urm...perlu ke aku kasi tau? tak perlu kan..so, tak yah la tahu yaa..hohoho

well, tadi aku online la tagged. pastuh de la dalam 4 friend request. salah seorangnya budak perempuan. aku malas la nak gi usha profile dorang-dorang nih so, aku klik la accept all friend request. nak di jadikan cerita, budak perempuan tuh hantar la mesej kat aku. bila aku baca, WOW!! terkejut beruk kejap aku! boleh dia kata 'awak nih les kan? boleh jadi teman saya?' WAT THE HELL?! nampak tak permainannya di situ? nampak kan..maknanya budak perempuan tuh SONGSANG! wowowo...impressed betul aku. memang gila..budak tuh memang gila. gila nak mati!

aku tak tahu la nak kata apa tapi yang herannya bila aku gi usha profile dak tuh dia kata dia dah ada boyfriend. urm..terlalu jelas permainannya di situ.Permainan yang bodoh! kesian weih budak tuh. aku nak sound tapi tak sampai hati. budak tuh kecik lagi. isk..isk..isk..(masih berhati perut lagi aku rupanya). kawan aku kata orang-orang kat tagged nih pelik-pelik (chopp!! aku pun pelik gak ker?). tapi bila fikir-fikir balik,memang ramai yang pelik pun kat situ. Pak cik-pak cik dan maik cik-mak cik yang sangap pun ramai jugak dalam tuh. kesian kan orang macam tuh. apa nak jadi la. tak insaf-insaf..

lesbian satu hal. kalau pasal gay, hishhh lagi tak boleh blah. wahai kaum-kaum lelaki sekalian, sedar-sedar la diri anda semakin pupus. kesian la wanita-wanita kat dunia nih..nanti tak pasal-pasal jadi andartu. serius aku geli gila weih bila tengok lelaki berpelukan. kalau pelukan sebagai seorang kawan aku tak kisah. nih pasal..euwwwww!!! haram dowhh!! nak muntah hijau aku! euwwwww!! dah la tuh, siap pakai makeup segala lagi. nampak tak kebodohannya di situ? pakai makeup + seluar ketat + baju ketat kaler pink lagi u! oh man! yelah memang tak salah lelaki pakai baju kaler pink, tapi dah de combination ketiga-tiga tuh,tak ke orang tengok pelik? hadoii..masalah betul la orang macam nih. terasa macam nak try jer bercakap dengan dorang. nak tanya tak bersyukur ke bila dah dikurniakan dengan tubuh badan yang maskulin tuh? kenapa la nak jadi perempuan jugak? tak tahu ke jadi perempuan tuh complicated? hishhh!!! masalah betul lah!

p/s : walaupun aku nampak macam nih, aku masih lagi perempuan sejati tau! *ehem*ehem..aku nih seteraight bukan bengkok-bengkok keyh! tolong jangan salah faham..hohohoho...

Tuesday, August 2, 2011

hairan

well, ari nih dah masuk 2 hari kita puasa kan..wahh..de lagi 27 hari n dont forget guys jangan lupa niat. nanti tak pasal-pasal esok batal puasa tuh. btw, dah nama pun bulan ramadhan kan. so, dah jadi satu kemestian la malam tuh pegi solat terawih. aku pon abis-abis 8 rakaat jer + 3 rakaat solat witir.

time-time ngah duk ready nak setat solat la kan, korang penah tak tengok keadaan sekeliling korang? bukan pasal perempuan lebih ramai dari laki-laki. bukan pasal tuh. yang tuh aku rasa benda tuh dah obvious dh pon. tetibe terasa dak perempuan cam baik-baik jer.hohoh..ehem-ehem..maksud aku kat sini, aku heran la..kata nak wat amal ibadah..tapi nape still lagi ada yang segelintir yang duk *toik..toik..toik..*? aku tak faham la..dah nak solat tuh..benti-benti la duk type mesej tuh..macam la lepas tuh dah tak leh nak mesej dah.

dan yang lebih membengangkan aku, wat the hell time solat de handpon yang berbunyi? oi mangkuk, tak reti-reti nak wat silent ker? tak blaja kat sekolah ker? bengong betol laa..nak khusyuk solat pon tak boleh. dah nama pon masjid atau surau..fikir-fikir la sikit. nak bawak handpon boleh tapi silent laa. tuh pon tak reti? manusia apa la tuh. aku tak faham la orang yang macam nih. sies sakit jiwa. eh..eh...aku tak jeles ok sebab tak de orang nak call or mesej aku. aku sikit pon tak jeles. tau la korang ada awek or pakwe..tapi ingat la ko tuh de kat mana? tempat apa? masjid tuhh..bukan toilet keyh!! tak yah nak menggedik sangat nak bawak handpon tuh. pegi surau tinggal jer handpon tuh lam bilik. balik surau tuh nak mesej or nak calling-calling sampai pekak telinga ko yang dah tersedia pekak tuh aku tak kesah. tuh lu nyer hal!

lagi satu, time duk solat nih alih-alih saf terputus. de kosong plak dah. adoiii bengang tahap cipan la aku. dah tau de ruang tuh..tak reti-reti nak gerak ker? tuh la time sebelum imam setat takbir, tak nak susun saf tuh lelok. bila dah setat tuh baru duk menggelabah pastuh mula la de ruang yang kosong. ya ampun!! geram sungguh aku. huh! time aku solat kat masjid dekat dengan umah aku pon macam tuh gak. dah la sorang-sorang guna sejadah besar-besar. then la mula de ruang. dah la tuh tak pandai la plak nak gerak. takut sangat sejadah dia hilang agaknya. nak tegur kan umur dah masa dengan mak aku. nanti kata aku kurang ajar plak. eh chop! sejak bila aku jadi dak bek nih? ntah la..aku tak faham la dengan orang macam nih. tolong la jangan buat solat tuh tak dapat pahala apa-apa lebih-lebih lagi time bulan ramadhan nih. rugi woo tak rebut pahala time nih. hohoho..cam bagus jer aku kasi nasihatkan. yelah..aku pon manusia bukan la baik sangat pon..ahaha..:P

p/s : selalu sangat benda-benda kecik macam nih terjadi. hampeh betol la kan...

Monday, August 1, 2011

soklan-soklan yang meng'annoy'kan aku

hello world!

ahakz! tetibe lak bek ati duk tegur dunia. ari nih pest time pose. wah, cam tak caye jer dah abis satu ari pose. ada lagi 28 hari. then, 26/8 aku blik terengganu. wait for me!! yeahhh!!! enjoy giler ar..tak sabar nak balik..hohoho..

oh ya! lupo! aku nak cakap sikit laa..penah tak tengah-tengah korang duk online la kan..pastuh de la sekor dua  yang hang tak kenai tegur hang..penah tak? penah tak? jawab la penah..alah..memang aku tau memang penah punyer laaaa kan..kan..kan..

Pastuh kan..pastuh kan..si bebal tuh pon setat la nan perbualan seperti di bawah :

si bebal : hai
aku : hai
si bebal : tengah wat pe?
aku : duk online jer
si bebal : duk mane?
aku : kat umah
si bebal : umah kat mane? nanti raya boleh datang umah awak..

adoiiiyaii..aku dah setat bengang dah lau chat dengan si bebal macam nih. HOII..mangkuk! ko pehal nak tau umah aku kat mana? peliss la..ko tak dijemput la tuk datang umah aku...paham? ko ingat ko tuh sape? FBI? CSI? kepala hotak luuuu!!!

pastuh, soklan makin advance la :

si bebal : tak de orang marah ke saya chat dengan awak?
aku : kenapa ade orang nak marah lak?
si bebal : yelah..pakwe awak ker?
aku : tak de maknenyer
si bebal : ohya..awak nyer pic mane? tak de pon?
aku : wat pe dengan pic? perlu ker tunjuk pic tuh?
si bebal : perlu la..nanti nak kenal awak macam mana?

wat the hell mamat nih? nak kena betol la dengan aku! GTH LA! tuh bukan nak kenal..tuh menggatal namanya. macam haram jer. dah la tuh macam desperate nak mampus nak de awek..peliss la weihh..ko ingat ko tuh bajet hot sangat ker? nak ayat awek pon, be creative la bro. tuh zaman bila  guna ayat tuh? time aku skolah rendah kowt!

perbualan masih lagi diteruskan dengan menanyakan soklan-soklan bodoh seperti di bawah :

si bebal : awak..awak de no fon tak?
aku : no fon? nak wat pe?
si bebal : saje jer nak kawan dengan awak
aku : kat sini pon boleh kawan gak
si bebal : nanti senang kita mesej lam fon. kat sini macam leceh laa..
aku : hotak lu nak no fon gua! lu sape bro?! nak no fon sangat..ambik no nih..999..ko pi la gayut puas-puas sampai jadi beruk!

bodoh punyer orang! ahhh..kang dah keluar bodoh dari mulut aku! aku bukan pe..fikir la skit dude! ko baru kenal dengan orang tuh pastu tetibe dah nak mintak no fon. tak ker bodoh sangat nampak tuh? len kali nak mengayat pon, slow-slow laa..nih baru sehari kenal sebuk nak mintak no fon. kalu aku bagi pon no fon aku..mmg no tuh no yang aku tak guna..lau pastuh de orang nak jual no aku pon..aku peduli apa? aku boleh tutup terus la no tuh, bodoh! selagi tak bagi..selagi tuh duk mengganggu idop aku

macam bahlol jer! kesian betol aku dengan orang macam tuh..desperate sangat! dah la tuh..bila setat rapat sikit..mula tunjuk perangai setan! kalu dah adik beradik setan tuh, cari la sepupu sepapat setan jugak..kalu ko cari pasal dengan aku..memang silap besar ar ko..aku dah tak macam dulu la..nak sound orang aku no hal jer..lebih-lebih lagi setakat dalam facebook n tagged tuh..bukan orang kenal aku pon..uwekkk!!!! berambus la ko..kalu orang macam ko nih tak de..aman dunia tau!!

p/s : haiissshhh...malam-malam puasa dah wat dosa ngutuk orang..hishhh..bengang punyer pasal...hampeh tol la