BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Tuesday, December 14, 2010

my first cerpen : sebenarnya

Dalam perjalanan menuju ke kelas, aku terserempak dengan Zackwan, lelaki yang berjaya memiliki hati aku. Aku memang tangkap cintan dengan mamat tuh la. Muka hensem, bijak tapi sekali tengok dier memang dingin. Tapi dingin tuh la yang buatkan dier nampak cool dan dingin tuh la yang wat aku jatuh cinta. Melihatkan dier keseorangan, aku terus menghampiri dier. Aku menarik nafas lalu menegurnya
 “ Hai zackwan..awak apa khabar?”,soal aku.
“ Baik..” jawabnya sepatah sambil melihat aku dari bawah ke atas.
“Hem…petang nie kiter keluar?”,soal aku lagi penuh mengharap.
“Ok..” sepatah lagi yang keluar dari mulutnya..Ahhhh…suara dier betul-betul membuatkan aku angau la
“Kalau macam tuh, kiter jumpa pukul 3 kt taman, ya?”
“Hem…” Zackwan hanya mengangguk lalu berlalu meninggalkan Yuna.
Yuna terus menuju ke kelasnya dalam keadaan gembira sambil menyanyi kecil. Kawan-kawannya hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.
“Oit Yuna, ko pehal tetibe hepi sangat nie? Giler kew??” sergah Lia yang duduk bertentangan dengannya.
“Hish ko nie..agak la weih..terkejut aku la ngek!!!” marah Yuna
“A’ah..aku pon pelik..asal ko hepi sangat nie? Ko menang loteri kew weihh??” soal Fiza pulak yang duduk di sebelah Yuna
“Loteri kepala ko…” jawab Yuna
“Dah tuh?” Fiza memotong percakapan Yuna.Yuna hanya ketawa membuatkan kawannya semakin pelik dengan keadaan Yuna.
“Kalu korang nak tau, sebenarnya…Zackwan setuju nak keluar dengan aku petang nie weihh…wahhh…bahagia giler idop aku kowt…” Yuna masih lagi ketawa bahagia.Kawannya hanya mencebikkan bibir. Ceh, pasal tuh jew kew??
“ Alah..dier kuar dengan ko pasal nak lepaskan tension yang awek dier pegi US jew tuh..bukan apa pon…” balas Fiza, sambil lewa
“Aku tak kisah la..Asal kan aku ley kuar dengan dier…”jawab Yuna sambil tersenyum riang
“Ko nie..memang dah angau tahap cipan…”Lia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keadaan Yuna.
“I don’t care..yang aku tau, aku cintakan Zackwan and aku nak bersama dier..”
“Eleh..poyo la ko nie…” Lia tidak puas hati dengan kata-kata Yuna yang seakan-akan Zackwan memang akan jadi miliknya.
“Aku peduli apa…” Yuna menjelirkan lidahnya
Aku tak kisah apa yang Lia dan Fiza nak kata . Yang penting aku boleh bersama dengan orang yang aku cinta,Zackwan.Walaupun Zackwan dah ada makwe,Erika, aku tak kisah.Bagi aku,pemergian Erika ke US, satu peluang untuk aku tackle Zackwan..ahahaha…aku sanggup wat apa jew demi Zackwan.
“Woi mak chek,duk termenung plak…jangan terover sangat..” pesan Lia
“Arghhh…ko nie…kacau daun laa…”
“Pape jew la..cikgu dah nak masuk tuh…ko simpan jew mimpi indah ko tuk malam nie…”
Masuk jew cg kimia aku..secara automatik kelas senyap. Memang tak dinafikan , aku minat dengan subjek nie..tpi fikiran aku asyik duk teringat jam. Bila la jam nak kol 3 nie…lambatnya… tak sabar aku nak kuar dengan Zackwan nie…biarpon nie bukan date..tpi aku tetap excited..cepat la..cepat la masa berjalan..hem..tpi kn..aku nak pakai bju ape er??
“Yuna..boleh saya tau, apa yang klakar sangat dari tadi sampai awak dari tadi duk tersenyum-senyum??” teguran cikgu Iqbal mengembalikan aku di alam realiti. Adus…lupa lak aku..cikgu ngah ngajar kat depan. Aku membalas pandangan cikgu Iqbal sambil menggaru-garu kepala
“Hah…errrr…tak..tak de pape la cikgu..”jawab Yuna tersengih-sengih
“Lain kali saya mengajar, bagi tumpuan…”
“Maaf cikgu..”
“Padan muka..duk berangan jew…kan dah kena..” bisik Fiza di sebelah aku..aku hanya menyiku lengannya tanda tidak puas hati..hampeh tol la…
Selesai waktu pembelajaran, Yuna tergesa-gesa menyimpan peralatannya. Yang dier fikir hanya mahu balik cepat, bersiap-siap dan terus  berjumpa dengan Zackwan.
“Fiza, Lia, aku blah dulu…”
“Nanti la..takkan tak boley tunggu kot…” tegur Lia
“Ala…nanti aku lewat plak..”
“Yalah..yalah…ko pegi la dulu…” Fiza mengalah.
“Okey..bye…sori ya..aku tak ley tunggu korang..aku mintak maaf sesangat…”
“tak per la..kitorang faham laa…ko jangan risau la…” Lia menepuk-nepuk bahu Yuna. Selepas bersalaman dengan kawannya, Yuna terus berlari keluar dari kelas.
Namun, disebabkan ingin cepat, Yuna terlanggar bahu cikgu Iqbal. Hampir terjatuh tersungkur Yuna.
“Aduh…sakitnya...huh..kerasnya..apa yang aku langgar tuh” ngomel Yuna lalu memandang cikgu Iqbal
“Ahh….cikgu…sori…sori…xsengaja…maaf cikgu..maaf…”ucap Yuna bila perasan yang orang dilanggarnya adalah cikgu Iqbal
“Awak nie nak pegi mana? Gelabah semacam jew…” Tegur cikgu Iqbal
“Tak de la cikgu, saya nak jumpa orang yang saya suka..Tak per la cikgu..saya pergi dulu..Assalamualaikum…bye..and..saya mintak maaf pasal tadi yaa…” jawab Yuna lalu meninggalkan cikgu Iqbal yang terpinga-pinga
“Orang yang dier suka? Sapa??” bisik cikgu Iqbal


Arghhh…aku dah lewat..macam mana nie…Zackwan marah tak nie?? Adoi..kacau betol laa..duk berangan sangat…padan muka..ntah-ntah Zackwan tunggu aku tak nie?? Adoiii…mintak-mintak la dier still tunggu aku…
“Assalamualaikum..Hai..sori lambat..” tercungap-cungap Yuna menyapa. Walaupun agak keletihan, namun Yuna lega. Sekurang-kurangnya Zackwan masih lagi menunggunya.
“Waalaikumussalam..tak per..” Yuna tersenyum melihat Zackwan. Ketampanannya terserlah bila dia mengenakan T-shirt dan jeans
“Ok laa…jom kiter pegi..”
“Hem..”
Setelah hampir beberapa jam, mereka membuat keputusan untuk beredar. Walaupon sekejap, namun hati Yuna cukup gembira. Akhirnya Zackwan bersetuju untuk keluar dengannya
“Errr…Zackwan..”
“Hem…”
“Sebenarnya..saya sukakan awak..” huh?? Apa yang aku cakapkan nie?? Tetibe jew keluar dari mulut aku..Zackwan hanya memandang kosong ke arah Yuna membuatkan Yuna tidak senang
duduk
“Jadi..saya ingat…”
“Okey..saya terima..” belum sempat Yuna menghabiskan percakapannya, Zackwan telah memotong. Yuna seakan - akan tidak percaya. Cahaya kegembiraan terpancar di raut wajahnya
“Betul kew? Kalu macam tuh, kita jupe esok..bye..Assalamualaikum..” ucap Yuna, gembira
Yes!! Aku Berjaya gak akhirnya!!! Yesss!!! Tak sangka senang macam tuh jew..hehehe..cancel plan aku nak kasi bunga and coklat..save duit aku…ahahaha


“Ceh..patotla ko hepi semacam jew..dah jadik awek orang rupenya..”tegur Lia setelah mendengar cerita Yuna tentang datenya semalam.
“Aku pon tak sangka yang dia terima aku..aku pon ntah cam ner tetibe terconfess kat Zackwan..tapi seb bek la dier terima aku..” Yuna ketawa bahagia
“Ko yakin kew Zackwan tak main-mainkan ko? Soal Fiza, bimbang kawannya dipermain-mainkan
“Alah..aku tau, Zackwan tuh bek la..Dier tak permain-mainkan aku la..percaya laa..”jawab Yuna dengan penuh kepastian.
“Weih Yuna, cikgu Iqbal nak jupe ko kat bilik guru..” Sampuk Tasha tiba-tiba
“Huh?? Ok..ok..weih, korang..aku gie jupe cikgu Iqbal jap..”
“Ko tolong kim salam kat dier ya…pinta Fiza
“Okey...”ujar Yuna lalu pergi


Assalamualaikum cikgu..cikgu nak jupe saya erk? Soal Yuna setelah sampai di meja cikgu Iqbal.
“Waalaikumussalam..Maaf kalu saya ganggu awak..Sebenarnya saya perlukan bantuan awak untuk pesta minggu depan..”
“Untuk pesta makanan kew cikgu??”
“Ya..memandangkan Asyraf, ketua kelas kamu tak der..terpaksa la saya panggil awak..”
“Owh..tak per cikgu..Saya rilek jew..urm..kelas kiter nak jual ape??”
“Tuh yang saya tengah fikir nie..”
“Kiter jual mee goring kew..nasik goring kew..”
“Huh?? Saya tak brape setuju laa..Yalah..saya rasa mesti dah ramai kot yang jual makanan macam tuh…” Yuna mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata cikgu Iqbal
“Kalau macam tuh..ahhh..kiter jua kek kew..penkek kew..atau menda-menda manis kew??”
“Urm..ok jugak..tapi..sapa yang nak buat?”
“Yang tuh, cikgu jangan risau…cikgu serahkan kat saya jew..” Yuna mengenyitkan sebelah matanya.
“Awak nie..memang boley diharap la…” puji cikgu Iqbal
“Dah tugas saya sebagai penolong…urm..Hiasan tuk kedai lak canner??”
“Yang tuh, cikgu nak bincang balik dalam kelas nanti…sebab nak kira sume bajet yang diperlukan..”
“Urm..betol gak..tak pon, camnie laa..nanti saya gitau kat sume..tanya brape bajet yang dorang ley kuarkan..”
“Ok..buley gak..urm…rasanya dah xder pape..awak buley balik ke kelas la..maaf kalu cikgu ganggu kamu…”
“No hal la cikgu…owh yaa..cikgu..Fiza kim salam rindu kat cikgu..”
“Aik?? Tdi baru jer tadi selisih dengan dier…dah rindu??” cikgu Iqbal kehairanan.
“ Alah..sebab cikgu kan hensem..”
“Cikgu hensem??”
“Alah cikgu nie…takkan tak tau lak..ramai kan yang terpikat dengan cikgu..cikgu pon bujang..muda lagi tuh..”
“Abis, awak tuh..ahh semalam…kononya nak pegi jupe orang awak suka kan…?”
“Huh…cikgu ingat lagi kew??” Yuna terkejut
“Mesti la ingat..sakit bahu saya awak langgar..”
“Ye ker?? Arghh..sori cikgu..sori…cikgu nak saya hantar pegi hospital kew??” cikgu Iqbal hanya ketawa melihat gelagat Yuna.
“Banyak la awak nyer hospital..tak der la..cikgu gurau jew la..” Yuna kelegaan bila mengetahui cikgu Iqbal hanya bergurau
“Hish..cikgu nie..seb bek saya tak kena serangan jantung tau..lau tak, dah jalan dah saya nie..” Cikgu Iqbal ketawa melihat wajah masam Yuna.
“Sekali sekala sakat awak..”
“Yalah tuh cikgu…mentang-mentang la saya nie dak bek..” cikgu Iqbal hanya mencebik bibirnya mendengar Yuna yang angkat bakul sendiri. Yuna pula  ketawa melihat ekspresi cikgu Iqbal
“Ok la cikgu..saya pergi dulu la..assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Tak sangka aku, rupanya cikgu Iqbal nie peramah la..Aku ingat dier nie serius abis. Nak tegur pon takut..ahahaha…kadang-kadang macam abang aku la plak. Arghhhhh…rindu la dengan abang aku..dier canner sekarang nie?? Sihat kew dier?? Dah lama tak jupe dia…


“Assalamualaikum..”ucap Yuna semasa memasuki kelasnya. Dia terus menuju ke tempatnya.
“Cikgu Iqbal jupe ko pesal?”soal Fiza
“Nak bincang pasal pesta minggu depan..dan pasal tuh jugak aku nak mintak tolong korang..”
“Tolong ape lak?? Tanya Lia pula
“Cannie..Fiza, ko tolong aku wat kek..dan ko Lia tolong wat kan coklat..boley??”
“Aku on jew…tapi larat kew ko ngan Fiza jew wat kek tuh??”
“Owh..pasal tuh, aku agih kat orang len gak..” kata Yuna lalu menepuk tangannya dengan kuat untuk menarik perhatian kelasnya.
“Sori ganggu korang sume.. nie aku de something nak bincang sket..pasal pesta makanan minggu depan..cikgu Iqbal dah bincang ngan aku tadi..kelas kiter akan wat gerai kek dan manisan…so, sekarang aku nak tanya sal bajet..”
“Jap..jap..gerai tuh wat kat mane?? Kat kelas kew??” sampuk Syazwan.
“Aku rase la..kat kelas kot..nanti la aku mintak kepastian dengan cikgu Iqbal..so, canner dengan bajet??” soal Yuna semula
“Kalu kiter kutip RM10 sorang ley?” Zul member cadangan.
“Korang setuju kew??” hampir seluruh kelas mengangguk tanda setuju.
“Ok..kiter satu kelas ade 30 orang..30 darab ngan 10..dapat RM300..urm..bendahari, duit tabung kelas kiter ade brape??”
“Urm..lebey kurang RM259 laa..” balas Balkis merangkap bendahari kelas.
“Kalu kiter guna duit kelas lam RM100,so dah ade lam RM400..urm..korang xkisah kiter ambik duit kelas sket..”
“Kitorang xkisah la…”
“Ok…kalu camtuh, aku nak agih kan keje nih..aku nak bagi 2 group..1 group dak laki..1 group lagi tuk dak pompuan..dak laki-laki uruskan sal hiasan gerai..dak pompuan uruskan sal bahan jualan..ok??
“Ok la..” setelah mendapat persetujuan dari semua orang, Yuna terus mengagihkan kerja membuat kek dan coklat kepada pelajar perempuan yang lain.

Pagi keesokkannya, Yuna pegi menemui Zackwan di kelasnya. Kawan-kawan Zackwan hanya memandang Yuna dari atas ke bawah berulang-ulang kali. Seakan- akan tidak percaya.
“Oit Zack, pesal ko pilih dak tuh lak?? Aku tengok cam bieser jew..tak macam Erika..” luah Dinie setelah Yuna berlalu
“Ntah la..aku sendiri pon tak tau..gasak la..ada aku peduli?? Dia tuh just spare tyre jew la..aku takkan serius dengan dier pon..sebab aku tau, lambat laun, Erika kompem balik Malaysia semula..”
“Owh..kire Yuna tuh tempat ko lepaskan boring jadik single la nie?? Abis, ko tak contact Erika kew??” Soal Aki pula
“Dah puas aku call dier..tapi satu haram pon dier tak angkat..aku rindukan Erika..buley jadik giler aku kalu cam nie…arghhh!!!” Zackwan melepaskan keluhnya
“Ko terima Yuna tapi At the same time, ko masih lagi rindu kan Erika??” Dinie meminta kepastian
“Yup..alah, kan aku dah kata..aku terima Yuna sebagai spare tyre jew..aku bukan minat kat minah tuh pon..aku pon tak penah concentrate nan ape yang dier cakap pon..dier tanya, aku jawab la sepatah..eleh..aku jawab pon ah cukup bek laa..lau aku wat bodo jew..bru tau..
“Kesian la dier ko wat cam tuh..” Dinie masih lagi membela Yuna
“Takkan dier tak tau kot..aku sukakan Erika..dier yang nak kapel ngan aku..kalu aku tolak, dier gak yang malu kan..so, fair la..”
“Hish..ko nie memang laa..”


Seperti biasa, selepas waktu persekolahan, Yuna akan menunggu Zackwan di luar pagar sekolah untuk pulang bersama-sama.
“Hai..”sapa Yuna
“Hem..hai…”balas Zackwan
“Jom..balik..”
“Hem..” mereka pon mula membuka langkah. Yuna tersenyum riang manakala Zackwan hanya menbuat muka bosan
“Oh ya..minggu depan kelas awak buat jualan ape?”
“Ntah la..”
“Kelas saya rancang nak buat jualan kek dan manisan..”
“Owh..” ceh..wat pe gitau aku..bukan aku ambik kesah pon..gumam Zackwan lam hati nya
“Nanti awak datang tau..saya tunggu awak..”
“Hem..tengokla..”
“Oh ya..lupa..esok saya tak boleh balik dengan awak sebab saya ngan cikgu Iqbal nak pergi belikan barang untuk pesta minggu depan..sori yaa…”
“tak per..”
“urm..lusa kiter keluar nak??
“pergi mane??
“mane-mane la..kiter pegi men game kew bowling kew..tak pon tengok wayang??”
“urm..okey..”
Yes!! Zackwan setuju..bestnya..Zackwan nie memang sayangkan aku la..bila aku ajak dier jer..mesti dier setuju..nih yang wat aku makin jatuh cinta nie..sayang kamoo zackwan..
“Tak per laa..kiter jupe lagi esok ya..Assalamualaikum..bye..sayang awk..” Yuna melambai-lambaikan tangannya sebelum memulakan langkahnya menuju ke arah rumahnya.
“hem…okey..”
Ahhhh…aman idop aku tuk esok. Tak yah aku nak ngadap muka dia tuh..boley ar aku join dinie dan lain2 lepak.


“Kain nie nak brape meter?” soal cikgu Iqbal
“Urm..dalam 3 meter..” ujar Yuna sambil menilik notebokk kecilnya
“kompem?”
“yup..”
“Ok..pasnie, kiter gie kedai cat lak..”
“Hem…tak sabar lak nak tunggu minggu depan..”
“Huh?? Kenapa plak??” soal cikgu Iqbal sambil menunggu kain yang di pintanya di gunting
“Sebab saya nak tunjuk hasil tangan saya kat orang yang saya sayang..pastuh nak suh dier rasa kek yang saya buat tuh sedap kew tak..”
“Hish..awak nie..kecik-kecik dah angau bercinta yaa…”
“Mane de kecik la..saya dah 16 tahun er..dah matured la..kalu orang dulu-dulu..dah kawen tau..siap berderet anak..” bebel Yuna
“Lau gitu, awak kawen jew la terus..”
“Kalu mak saya bagi..dah lama saya kawen..tapi mak saya kata, jangan brangan nak kawen laa..SPM lom lepas lagi..so, nak tak nak..kena tunggu pas SPM la..” Yuna ketawa kecil
“Gatal awak yaa..”
“Alah..cikgu pon ape kurangnya..kompem time remaja-remaja dulu cikgu pon penah bercinta kan..”
“Eh..mane ade laa..”
“Eleh..cikgu tipu..saya tak percaya la..cikgu tipu..”
“Tak tipu laa..”
“Cikgu tipu..”
“Yalah..yalah..saya penah bercinta..”
“See..kan saya dah kata..cikgu pon penah bercinta gak kan..”
“Tapi time tuh, saya dah tahun akhir ijazah er..”
“Nama pompuan yang bertuah tuh apa cikgu??”
“Nama dier Aishah..”
“Urm..cantik tak dier??”
“Cantik sangat..dier tuh lemah lembut, sorang yang ceria, suka senyum, bek ati..kadang-kadang bila saya tengok awak, saya seakan Nampak dier lam diri awak..” Cikgu Iqbal bercerita tentang buah hatinya sambil tersenyum.
“Owh..kiranya…saya nie cantik laa cikgu??”
“Mungkin..”
“Mungkin?? Cikgu jawab macam tak cantik jew..” balas Yuna dalam nada merajuk
“Eh..mana ade…ya..ya..awak cantik..” Kata cikgu Iqbal mengundang ketawa Yuna.
“Saya gurau jew la cikgu..urmm..sekarang nie dier kat mane cikgu?”
“Sape?? Aishah??”
“Yup..”
“Dia dah kembali ke Rahmatullah. Terkorban lam kemalangan..masa tu, kami hampir nak bertunang..tapi nak buat macam mana, Allah lebey menyayangi dier…”
“Maafkan saya cikgu..” ujar Yuna setelah menyedari kesilapan dier yang mengembalikan ingatan pahit dalam hidup cikgu Iqbal.
“Tak pe la..tuh hal lama..Awk jangan risau la, Yuna..” balas Cikgu Iqbal, menghadiahkan senyuman kepada Yuna
“Urm..cikgu, jom pasnie kiter pegi makan, nak??” pelawa Yuna
“Hem..boleh jugak..awak belanja…Ok??
“Alah..saya lak yang kena belanja..yalah..yalah..sebab saya anak murid yang bek..so, saya belanja la cikgu..”Yuna ketawa manja, cikgu Iqbal hanya mencebikkan bibirnya.
Sewaktu Yuna dan Cikgu Iqbal berborak-borak di kedai makan, Yuna terlihat kelibat Zackwan dan kawan-kawannya. Tanpa buang masa, dier terus menuju ke arah mereka .
“Hai Zackwan..”sapa Yuna
“Yuna??”
“Awak wat pe kat sini??” Soal Yuna
“Lepak ngan kengkawan..” balas Zackwan, ringkas
“Owh…saya tengah makan ngan cikgu Iqbal..tu..kat sana..”Yuna menunjuk ke arah cikgu Iqbal
Aku peduli apa? Lantak ko la..ngomel hati Zackwan
“Awak nak join sekali kew??” Pelawa Yuna
“Tak per la..saya ada hal ngan kawan-kawan saya..kitorang pegi dulu..” ujar Zackwan lalu pergi bersama kawan-kawannya tanpa mempedulikan Yuna
“Bye…jupe esok ya…” Jerit Yuna, melambai-lambaikan tangannya. Kemudian, dier kembali ke tempatnya semula
“Tuh kew budak yang awak suka?” soal Cikgu Iqbal sejurus Yuna duduk di hadapannya
“Yup..hensem kan dier..” Jawab Yuna, ceria
“Nape saya tengok dier macam sombong jew??”
“Tak la cikgu..dier memang macam tuh..”
“Awak betul-betul tau pasal dier kew?”
“Tak jugak..tapi kalu pasal apa yang dier suka..dan apa yang dier tak suka tuh..saya tau la..”
“Owh..ye kew?”
“Saya sukakan dier sejak akhir darjah enam..tapi masa tuh,dier dah rapat ngan Erika. Saya dengar,dorang setat kapel masa tingkatan 1. Dan sekarang Erika dah pegi US,so saya rasa saya patut luahkan perasaan saya..”
“Awak nie kan..memang optimistik la…”
“Hish..tak der la cikgu..”
“Alah..malu-malu kucing plak..” perli cikgu Iqbal
“Mana ada..cikgu nie..”
“Dah.dah..kita dah lambat nie…”
“Okey..” Yuna segera menghabiskan sisa makanan dan minumannya. Mereka pon berangkat pergi meninggalkan kedai tersebut.


Selepas tamat waktu pendidikan jasmani, Yuna bercadang untuk menuju ke arah gelanggang bola jaring bagi membasuh tangan dan mukanya yang sedikit melekit sebelum   menyalin pakaiannya. Namun, semakin dier dekat dengan kawasan tersebut, dier seakan- akan ternampak seseorang terbaring di situ.
“Maaf..awak tak apa-apa kew?” tegur Yuna, semakin dekat dengan pelajar tersebut. Hatinya berdebar-debar. Sungguh dier tak sangka, pelajar tersebut adalah kenalannya.
“Hah?? Zackwan?? Zackwan, awak tak apa-apa kew??” soal Yuna, cemas. Dier menampar lembut pipi Zackwan. Tidak semena-mena,dier terpandang ke arah ekor ular yang sedang memasuki kawasan pokok renek berdekatan mereka.
“Hah?? Ular?? Takkan la Zackwan dipatuk ular??” tanpa buang masa Yuna terus memeriksa anggota badan Zackwan dan terjumpa kesan patukan ular di kaki kanannya.
Teringatkan rawatan kecemasan yang dipelajarinya, Yuna terus mengoyakkan lengan baju senamannya lalu diikat pada betis Zackwan. Setelah selesai memberi rawatan kecemasan, Yuna cuba mengangkat Zackwan. Nasib menyebelahi Yuna bila dier terserempak dengan Cikgu Iqbal lantas Zackwan dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
“Please…Please..Zackwan mesti selamat..Ya Allah..Kau selamatkan la dier..” doa Yuna. Tanpa disedari, air matanya telah gugur. Cikgu Iqbal yang sedang menelefon keluarga Zackwan terkesima melihat keadaan Yuna. Itulah kali pertama dier melihat Yuna menangis. Setelah selesai telefon, cikgu Iqbal mengambil tempat di sebelah Yuna.
“Yuna..sabar la..Saya yakin Zackwan pasti akan selamat..” Pujuk cikgu Iqbal sambil menepuk-nepuk lembut bahu Yuna
“Tapi saya takut saya akan kehilangan dier, cikgu. Zackwan penting buat saya..” Yuna teresak-esak.
“Yuna, ingat Allah..awak berdoa..yang Zackwan akan selamat..InsyaAllah..doktor tengah sedaya upaya untuk selamatkan Zackwan..Awak mesti yakin..berdoa pada Allah..yang Zackwan akan selamat..” pujuk cikgu Iqbal lagi
“Tapi..saya takut..”
“Yuna, sabar..idop dan mati seseorang tuh di tangan Allah..awak berdoa jew…InsyaAllah, doa awak akan termakbul..”Yuna semakin tenang mendengar nasihat cikgu Iqbal. Dier hanya mengangguk – angguk kepalanya.
“Terima kasih cikgu..” Cikgu Iqbal tersenyum melihat Yuna yang semakin tenang.
Saat itu, hati Yuna begitu tenang di samping cikgu Iqbal. Tenang bagaikan abangnya berada di sisinya.
“Maaf..nie ker cikgu Iqbal..” soal seorang mak cik yang berusia dalam lingkungan 50-an dan di sebelahnya seorang pak cik yang memakai kopiah putih.
“Ya..saya cikgu Iqbal..Encik dan puan nie ibu bapa Zackwan kew?”
“Eh..tak..saya nie pembantu rumah Zackwan, Mak Limah..dan nie pak yusof, driver Zackwan..”
“Owh..jemput duduk Mak Limah, Pak Yusof..” pelawa cikgu Iqbal. Yuna mendiamkan diri mendengar perbualan Cikgu Iqbal bersama Mak Limah dan Pak Yusof
“Ibu bapa Zackwan mana ya?? Soal Cikgu Iqbal
“Dorang ada meeting kat UK..InsyaAllah esok dorang datang..” jawab Pak Yusof.
Tidak lama kemudian, doktor yang merawat Zackwan keluar. Dengan perasaan tidak sabar,Yuna meluru ke arah doctor berkenaan.
“Doktor, Zackwan macam mana??” soal Yuna
“Dia dah selamat..tapi kesan dari racun tuh, dia mungkin tak sedarkan diri lam beberapa hari..kalu dier dibawa lambat sket..nyawa dier mungkin lam keadaan merbahaya..” terang doktor tersebut
“Alhamdulillah…terima kasih doktor..”ucap Yuna. Doctor tersebut tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Semua di situ menarik nafas lega.
“See..kan saya dah kata tadi kan..InsyaAllah..Zackwan akan selamat…”
“Urm..terima kasih cikgu..”
“Dah la..benti la menangis tuh…”
“Hem..” Yuna mengesat air matanya
“Jom la kiter balik dulu..”
“Tak per la cikgu..saya nak tunggu Zackwan..”
“Mari la balik…awak duk sini dari pagi tadi…tengok keadaan awak..dah kusut masai..awak pon belum makan lagi kan..” pujuk cikgu Iqbal lagi
“Pergi la nak..balik..Biar Mak Limah ngan Pak Yusof yang tunggu Zackwan..”
“Tapi Mak Limah…”
“Tak per Yuna..Kami faham yang Yuna ambil berat pasal Zackwan. Tapi tengok la keadaan Yuna..Nanti tak pasal-pasal, Yuna pula yang jatuh sakit..” ujar Pak Yusof, lembut dalam usaha untuk memujuk Yuna balik
“Urm..kalu macam tuh, Yuna balik dulu..Lepas sekolah esok..Yuna datang balik..”


Masing-masing hanya mendiamkan diri sehingga la cikgu Iqbal memulakan perbualan
“Awak memang ambil berat pasal Zackwan..” tegur cikgu Iqbal
“Hem..saya dah tak sanggup kehilangan orang yang saya sayang lagi..”
“Maksud awak?”
“Mak dan ayah saya memang gilerkan keje dorang sampaikan anak mereka sendiri, mereka tak peduli. Nasib baik Kak Aya ada. Dialah yang urus segala hal saya dan Abang Zaid. Tapi tak lama pas tuh, Kak Aya disahkan hidap paru-paru berair dan meninggal dunia beberape bulan pastuh. Mak dan ayah plak asyik duk salahkan satu sama lain..masing-masing menuduh tak tahu jaga anak. Last-last dorang wat keputusan untuk berpisah. Saya ikut mak sy dan abang Zaid ikut ayah saya. Mereka menetap di UK sekarang nie. Dah lama saya tak jupe Abang Zaid. Saya rindukan abang saya..Saya dah tak sanggup kehilangan orang yang saya sayang..saya tak sanggup. Saya dah cukup derita pasal tuh..dan saya tak nak perkara yang sama terjadi antara saya dan Zackwan..”Luah Yuna lalu menekup mukanya. Tangisannya kedengaran walaupun perlahan.
“Maafkan saya,Yuna..tapi walau apa pon terjadi, awak kena ingat..semua tuh ujian Allah..awak kena terima tuh sume dengan redha..” cikgu Iqbal memandang sayu ke arah Yuna. Tak sangka, gadis yang aku anggap selama nie periang,mempunyai kisah silam pahit. Sabar la Yuna..


Selepas tamat waktu persekolahan, Yuna terus mendapatkan teksi dan menuju ke hospital untuk melawat Zackwan. Mak Limah ada memberitahunya yang ibubapa Zackwan dah pulang ke UK setelah melawat Zackwan pagi tadi. Yuna mula mengelap bahagian muka, tangan dan kaki Zackwan dengan tuala kecil yang basah.
“Zackwan,cepatla bangun..saya rindu nak dengar suara awak..saya rindukan awak,Zackwan..bangun la..Please…Jangan buat saya macam nie..”bisik Yuna. Tidak semena-mena air matanya jatuh berguguran.
“Hai..awal awak dating..”
Hah??terkejut Yuna bila tiba-tiba ada orang menyapanya. Cepat-cepat dier menyapu air matanya.
“Kitorang nie kawan Zackwan..” Dinie memperkenalkan dirinya
“Owh…hai…selamat berkenalan..”ucap Yuna sambil tersenyum
“Hem..awak nangis er tadi??” soal Aki
“Eh..tak der la..tadi saya Cuma mengantuk jew la..” Yuna cuba berdalih
“Weih,dier nak kelentong kiter la beb..”sampuk Faris
“Tak bek tau tipu..dosa…”sokong Aki. Yuna hanya mendiamkan dirinya
“Dah..dah..kesian Yuna..korang nie..tak abis-abis nak buli orang…” Dinie mempertahankan Yuna. Dier kesiankan Yuna yang hanya bertepuk sebelah tangan.
“Mana ada kitorang buli dia..”bantah Faris dan Aki mengangguk kepalanya tanda setuju.
“Terima kasih sebab sudi jaga Zackwan..”ucap Dinie
“Tak per..saya tak kisah..lagipun,saya sayangkan Zackwan..”
Kesian Yuna..dier sanggup buat apa saja untuk Zackwan..tapi balasannya, Zackwan..haaiiii..aku tak tau la kawan aku sorang nie..bisik hati Dinie
“Oh ya..korang nak minum?? Kalu nak, saya boleh tolong belikan..” pelawa Yuna
“Boleh jugak..”sokong Aki
“Okey..korang tunggu jap..nanti saya datang balik..”                           


Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu Yuna telah tiba. Zackwan telah kembali sedarkan diri setelah 2 hari tidak menyedarkan dirinya. Perasaan lega,gembira,terharu semuanya bercampur menjadi satu. Senyumannya bangkit kembali selepas Zackwan menyedarkan diri
“Assalamualaikum..awak apa khabar?” soal Yuna, melihat Zackwan membaca surat khabar di atas katilnya
“Waalaikumussalam..baik jew..”jawab Zackwan,matanya masih lagi menatap surat khabar
“Hem..awak nak pulang ke rumah sekarang ke?”
“Tak..tunggu Dinie,Aki ngan Faris..”
“Owh..sume barang awak dah kemas ke??”
“Belum lagi..”
“Kalu macam tu, saya boleh tolong kemaskan..”
“Hem…” Yuna pun mula menyimpan barang Zackwan ke dalam beg sandangnya
Tidak lama kemudian, dating Dinie,Aki dan Faris. Yuna yang hampir siap mengemas menghadiahkan senyum untuk mereka.
“Yo Zack!! Ko pe kabar??” sapa Dinie sambil menumbuk lembut bahu Zackwan. Zackwan ketawa.
“Aku bek-bek jew..”
“Wah Zack..ko dah de pembantu peribadi tuh…” sampuk Aki
“Asal? Ko jeles kew?” balas Zackwan. Yuna hanya mendiamkan diri mendengar perbualan antara Zackwan dan kengkawannya
“Jom pas nie kiter gie enjoy..”cadang Faris..
“Wah..ok..ok..aku no hal jer..” Zackwan setuju
“Lau gitu, jom la kiter gie..” ajak Faris.
“Errr..saya tak mau kacau korang, so, saya balik dulu la…bye..assalamualaikum..” kata Yuna teragak-agak.
“okey..jom la kiter pegi..by the way, awak tolong kasi beg nie kat Pak Yusof..nanti dier datang ambik..awak tunggu la kat sini kejap..” pinta Zackwan
“Hem..boleh jer…” jawab Yuna. Mendengarkan jawapan Yuna, Zackwan terus melangkah pergi meninggalkan Yuna di bilik itu.
“Oit Zack, takkan sikit pun ko tak ucapkan terima kasih kat Yuna??” soal Dinie sejurus melangkah keluar dari bilik sakit itu.
“Kenapa plak??” soal Zackwan macam orang bodoh
“Yalah..at least, ko appreciate la apa yang dier dah buat untuk ko..masa ko tak sedarkan diri, dier selalu datang, tolong lapkan muka ko, tangan ko la..macam-macam dier buat.ko tau tak??”
“Dia lapkan aku? Eiiii..gelinya aku…yucksss…” Zackwan membuat lagak seperti orang muntah
“Ko nie memang tak patut la..”
“Hei…dia yang nak tolong aku key, aku tak penah paksa dier pon  er..” Zackwan masih mempertahankan dirinya
“Whatever la..tapi kalu ko kehilangan dier disebabkan perangai ko yang macam nie….jangan menyesal dah ler..”
“Aku takkan menyesal la  kalu kehilangan dier tuh..”balas Zackwan dengan megah
“Bro, jangan yakin sangat..”Faris yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara. Zackwan hanya tersenyum sinis


“Yuna, petang nie awak de hal tak?” soal cikgu Iqbal
“Kenapa?”
“saya ingat nak mintak tolong awak..sebab kerja gunting kain tuk lom siap lagi nie..”
“Owh..ye kew..kalu macam tuh, tak de masalah la..”
Disebabkan tiada kesempatan waktu untuk memberitahu Zackwan bahawa Yuna tidak boleh untuk pulang bersama, Yuna mengambil keputusan untuk mengirimkan surat kepada salah seorang rakan sekelas Zackwan.
“Zack, surat tuk ko…” Haris menghulurkan surat tersebut kepada Zackwan. Zackwan mengambil surat itu, lalu dibacanya
“Sape bagi?” soal Aki. Zackwan merenyuk surat itu lalu di baling ke dalam tong sampah
“Yuna..dier bagitau yang dier tak ley balik ngan aku..alah..macam la aku peduli sangat..lagi bagus kalu dier tak der la..”jawab Zackwan,sinis
“Eleh..tak peduli konon..” peril Faris
“Kau ingat aku nak sangat ker pompuan tuh? Please laa..bukan taste aku la ngeks!! Aku kesiankan dier..aku tak nak dier malu..sebab tuh, aku terima dier..”
“Aku nak tengok jew..ko tangkap cintan tak ngan Yuna tuh…”cabar Dinie. Zackwan mencebikkan bibirnya.


“Terima kasih sebab tolong..”ucap Cikgu Iqbal
“Tak de hal la..lagipon nie, untuk kelas kiter gak kan..”
“Dah lewat nie..jom la kiter balik..sume dah balik..tinggal kiter berdua jew nie..”
“Okey..”
“So, ari yang awak tunggu dah nak tiba kan? Kompem malam nie awak tak leh tido nyer..”
“A’ah..tak sabar rasanyer ,cikgu..berdebar-debar jantung nie..”
“Hish awak nie Yuna..macam orang nak menikah jew..” Yuna ketawa mendengar lawak cikgu Iqbal.
“Dah la..jom..saya hantar awak balik..” Pelawa cikgu Iqbal. Yuna mengangguk kepalanya tanda setuju
Ceh..buang masa aku jew tunggu dier..asal aku bodoh sangat? Memang sah-sah dier balik ngan cikgu tuh..ngomel hati Zackwan. Tanpa Yuna sedari, Zackwan ada menunggu dier secara sembunyi. Namun bila melihatkan keadaan Yuna dan cikgu Iqbal membantutkan niat Zackwan yang ingin menemani Yuna.


Keesokannya, pesta makanan diadakan. Pesta itu meriah dengan kehadiran pihak dari luar. Yuna yang menjadi pelayan sibuk mengambil pesanan. Dalam hatinya tertunggu kehadiran Zackwan.
“Hoi..ko tunggu sape?” jerkah Dinie
“Sape? Ko tanya aku kew?” soal Zackwan kembali sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
“Lorh..ko la ngok!!” jawab Dinie
“Aku nak tunggu sape lak?? Mane de aku tunggu sape-sape..”
“Jangan nak tipu la..dari tadi ko duk pandang arah pintu tuh..cakap jew ko ngah tunggu Yuna kan..” teka Dinie
“Tolong sket ya..tak der maknanyer…”
Tiba-tiba suasana di luar kelas Zackwan bertukar menjadi bising
“Pesal kat luar tuh?” soal Zackwan kehairanan
“Ntah la..aku tak tau..”jawab Dinie. Tidak lama kemudian, muncul seorang gadis. Zackwan terkejut melihat kehadirannya
“Erika..” suara Zackwan yang tenggelam timbul.Lantas dier menuju ke arah Erika.
“Zackwan..” perlahan Erika memanggilnya
“Kenapa ko pergi tanpa bagitau aku? Kenapa Erika?ko dah tak sayang aku ker? Kenapa aku call ko, tak penah ko angkat?” soal Zackwan bertubi-tubi
“Maafkan aku Zack..aku tak bermaksud nak tinggalkan ko..aku..aku ada perkara yang perlu di uruskan..maafkan aku Zack..”Kedengaran tangisan Erika.
“Hai Zackwan…” sapa Yuna
“Ops..sorry ganggu..”kata Yuna lalu  berlalu pergi setelah melihat Zackwan dan Erika. Dier terkejut melihat kehadiran Erika ketika itu.
“Yuna…” panggil Zackwan tetapi tidak sempat kerana Yuna telah keluar dari kelasnya
“Zack..tadi tuh sape?” soal Erika
“Err..Yuna..”perlahan Zackwan menjawabnya
“Ko ngan dier…?”
“Err..hem..dier awek aku…”
“Eh..bek ko pegi kejar dier sekarang..nanti dier salah faham aku ngan ko…”
“Tak..bukan masa nie..” potong Zackwan. Buat masa nie, dier ingin bersama Erika setelah sekian lama berpisah.
“Tapi…”
“Erika..please..tolong la..” rayu Zackwan
“Hem…okey..” Erika mengalah
Apa nie?? Erika dah balik? Jadi maknanya aku dan Zackwan akan berpisah? Tak..tak..aku tak nak..aku cintakan Zackwan..aku nak bersama Zackwan..tolong..aku tak nak kehilangan dia..rintih Yuna. Tiba-tiba Yuna terjelepuk jatuh.
“Yuna..awak tak apa-apa ker?”
“Eh..cikgu Iqbal..saya kat mana nie??”
“Awak kat bilik rawatan..ada orang terjupe awak pengsan tadi..awak okey ker??” soal cikgu Iqbal, prihatin
“Hem..saya okey..maybe sebab letih sangat kot..urm..gerai kiter macam mane cikgu?”
“Hish..awak tak yah risau..saya dah serahkan pada Asyraf..”
“Ramai lagi ker orang?”
“Boleh la tahan..”
“Nie mesti sebab kek saya buat tuh sedap..” Yuna memuji dirinya sendiri
“Eleh..prasan jer tuh..”
“Cikgu jeles..”
“Tolong sket ya..tak der masa nak jeles..” Gelagat cikgu Iqbal membuatkan Yuna kembali ketawa
‘Nampaknya aku tak perlu susah-susah melawat dier..cikgu tuh dah temankan dier.’ Zackwan terus beredar setelah melihat keadaan Yuna yang sedang bergelak ketawa dengan cikgu Iqbal.
“Err…cikgu..err…Zackwan ada datang tak?” Soal Yuna serba salah
“Saya rasa tak kot..sebab sepanjang saya kat sini, tak der la nampak..” beritahu cikgu Iqbal, jujur.
“Owh..”muka Yuna kembali muram..
“Alah..dier sibuk kot..mungkin ramai yang datang kat gerai dier..” pujuk cikgu Iqbal
“cikgu, saya nak balik ke kelas la..nak tengok macam mane keadaan kat sana..”
“Tak payah la..awak berehat jer..”
“Tapi cikgu, bosan la duk sini sorang-sorang..lagipon,saya dah okey la..”
“Janji awak jangan buat keje yang berat-berat??”
“Yup..saya janji..”
“Okey..jom..”


“Zack, tak per ker aku balik ngan ko? Yuna macam mane?”
“Ko tak yah risau la..”
“Tapi..dier kan awek ko..”
“Sebab dier awek aku la, ko tak yah risau..”Jawab Zackwan sedikit tegas.Erika tidak dapat menyangkal kata-kata Zackwan,mendiamkan dirinya.
‘Kalau aku tunggu Yuna pon, tak guna..kompem-kompem dier balik ngan cikgu tuh’
Tanpa disedari Zackwan, Yuna telah melihatnya dari jauh. Sayu hatinya melihat Zackwan dan Erika.


‘Kenapa ngan aku pagi tadi? Hati aku meronta-ronta untuk menyentuh muka dier. Adakah sebab aku ternampak bayangan Aishah dalam diri dier?? Tak..aku tak boleh jatuh cinta dengan dier hanya sebab tuh!! Aku nie cikgu dier..hubungan aku hanya sekadar pejalar dan guru..tak lebih dari tuh!!!

Sewaktu Yuna berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah, dier terserempak Zackwan dan Erika. Lantas,Yuna menyembunyikan dirinya dan terdengar perbualan Zackwan dan Erika.
“Erika,kita mulakan balik hubungan kiter..” pinta Zackwan
“Yuna macam mana??”
“Ko tak yah risau pasal tuh..aku akan uruskan..”
“Tak..aku tak boleh..aku tak nak lukakan perasaan orang..”
“Tapi ko akan lukakan perasaan aku..aku cintakan ko, Erika..” rayu Zackwan
“Ya..aku pon cintakan ko..”
“So, kiter jadi macam dulu..”
“No..i can’t…”
“Don’t tell me..its all bout Yuna..”
“Aku tak sanggup..aku tahu bagaimana sakitnya perasaan bila putus cinta..”
“Tapi Erika..”
Yuna tidak sanggup mendengar perbualan Zackwan dan Erika. Dier pergi dalam keadaan terkejut.Air matanya deras mengalir.
Apa semua nie?? Kenapa jadi macam nie? Jadi selama nie..Zackwan tak penah cintakan aku?? Aku juz jadi pengganti Erika??! Ahahahaha….tak sangka..aku dipermain-mainkan dia..Ya..selama nie dier tak penah ucap yang dier sayang atau sukakan aku..ahahaha..bodohnya aku..Yuna ketawa dalam menangis. Hatinya begitu pedih pada saat itu.

 Kini, segalanya berubah. Yuna berlagak tidak mengenali Zackwan setiap kali terserempak dengannya. Malah, semakin jarang Yuna pulang bersama Zackwan. ‘Buat apa nak balik ngan aku?? Erika kan ade..’getus hati Yuna.
‘Kenapa dengan Yuna? Sejak kebelakangan nie, dier macam dah lain..tak seperti biasa. Dia seperti melarikan diri dari aku..’ Zackwan tertanya-tanya.
“Yuna, jom kiter balik..” ajak Zackwan, ketika itu, Yuna hampir selesai membersihkan kelasnya.
“Maaf..saya ada hal..lagipun, saya tak selesai lagi nak bersihkan kelas nie..awak balik la dulu..” Yuna cuba mencari alasan
“Tak per..saya tunggu..”
“Tapi Erika??”
“Dia dah balik…”
Selesai membersihkan kelasnya, mereka pulang bersama. Yuna hanya mendiamkan diri. Melayan perasaannya yang gundah
“Kenapa awak senyap?” soal Zackwan, tiba-tiba
“Tak de apa yang saya nak cakap..”
“Tak de apa yang nak cakap? Bukan ker selama nie,awak yang banyak cakap?” kata Zackwan membuatkan Yuna senyap.
“Well, kenapa kebelakangan nie awak macam nak jauhkan diri awak dari saya?” Yuna tersentak mendengar soalan Zackwan
“Err..saya…maaf..saya ada hal..saya pergi dulu..” kata Yuna lalu berlari meninggalkan Zackwan
“Hei..Yuna..tunggu!!!” jerit Zackwan. Namun tidak dipedulikan Yuna.
Sampai hati kau Zackwan. Sampai hati ko buat aku macam nie..ko mempermainkan perasaan aku..rintih hati Yuna


Sampai di rumahnya, Zackwan terus membaringkan dirinya di atas katil. Saat dier memejamkan matanya, dier seolah-olah terdengar satu suara berkata-kata
-Hoi Zack, ko memang tamak!! Ko nak Yuna dan Erika jadik milik ko..Apa punya jantan la ko nie, hah??
-Tak!! Aku bukan tamak!! Aku cuma tak tahu..aku keliru sekarang nie!!
-Ko tipu..bila ko bersama Yuna, ko teringatkan Erika..Tapi bila Yuna bersama cikgu tuh, ko jeles. Sekarang Yuna dah jauhkan diri dier dari ko..ko sibuk terkejar-kejarkan Yuna.Ko memang tak guna..
-Tak..aku mengaku..aku makin sayangkan Yuna..Tapi aku tak boleh lepaskan Erika!!
-Tengok!! Tuh buktinya ko tamak dan tak guna..ko pentingkan diri sendiri..ko tak penah fikirkan perasaan Yuna bila ko buat dier macam tuh..Ko pentingkan diri sendiri!!!!
-Tak..aku tak pentingkan diri aku!!
Zackwan terkejut. Rupa-rupanya dier bermimpi. Peluh mula terpercik di mukanya. Lantas, dier bangun dah basuh mukanya.


“Maaf..awak dah lama ker tunggu?” soal Zackwan setelah sampai di taman. Tempat yang dijanjikan untuk bertemu Yuna pagi tu.
“Tak de la..saya yang datang awal..”Jawab Yuna
“Awak kata nak bagitau sesuatu kat saya?? Apa dia??”
“Awak tau, tempat nie memang tempat sejarah dalam hidup saya. Kat tempat nie la cinta pertama saya berputik masa saya berumur 12 tahun.Ketika tu, saya ternampak seorang dak lelaki, sedang pegang seekor burung merpati. Masa tu, dier gembira sangat. Saya suka melihat dier senyum. Senyum dier betul-betul memikat hati saya. Saat tu, saya nekad nak buatkan budak tuh terus senyum macam tuh..saya nekad, nak menawan hati dier dan sekarang, saya ingat saya dah berjaya tawan hati dier..tapi rupanya saya silap..rupa-rupanya, dier tetap sayangkan orang lain..saya ingat, saya akan bahagiakan dier..tapi sekali lagi saya silap..saya hanya menambahkan masalah pada dier…” cerita Yuna. Air matanya tidak lagi dapat ditahan. Dier menangis dalam keadaan tersenyum. Zackwan semakin tidak senang melihat kondisi Yuna.
“Apa maksud awak, Yuna?”
“Saya tau segalanya..awak jangan risau..saya tak penah salahkan sape-sape..saya terimanya dengan redha..Jadi pada tarikh dan tempat yang sama saya jatuh cinta, saya nak buang perasaan tuh..jadi awak boleh kembali pada Erika. Saya tak nak jadi pihak ke-3 dalam hubungan awak dengan Erika. Saya nak awak bahagia semula, macam 4 tahun lepas. Saya tahu awak boleh gembira di samping Erika..”
“Yuna….”
“Awak jangan risau..saya takkan kacau awak dan Erika. Dan saya pasti, hari nie, hari terakhir kita berjupe..saya ucapkan terima kasih sebab awak la, saya tau apa itu cinta..” tanpa buang masa, Yuna bergegas meninggalkan Zackwan. Zackwan bagaikan terpaku di situ. Fikirannya kosong.
Entah kenapa, saat itu, hatinya meronta-ronta mahu berjupe cikgu Iqbal. Dalam keadaan teresak-esak, Yuna menelefon cikgu Iqbal. Dengan perasaan bimbang, cikgu Iqbal pergi mendapatkan Yuna yang berada di sebuah pondok berdekatan taman tersebut.
“Yuna..kenapa nie??” soal cikgu Iqbal sambil menyentuh bahu Yuna
“Akhirnya saya ngan Zackwan berpisah..” Yuna tersenyum pahit
“Dia tinggalkan awak??”
“Tak..saya nak mintak putus..sebab saya tau, dia sebenarnya tak pernah cintakan saya..dalam hati dier hanya ada Erika..”
“Yuna..sabar..Ingat la..tuh sume dugaan..dah adat percintaan..ada yang kekal..ada yang tak..awak kena ingat..Allah yang maha berkuasa..mintak la pada Dia..berdoa la..InsyaAllah, suatu hari nanti awak akan jupe kasih sejati dari orang yang betul-betul sayangkan awak..” pesan cikgu Iqbal.
“Tapi saya takut…”
“Awak jangan risau..saya janji..saya akan jaga awak selama-lamanya..”
“Betul..cikgu janji??”
“Yup..saya janji..”
“Terima kasih cikgu..”


Kenapa ngan aku?? Aku langsung tak gembira..kenapa aku rasa sakit hati?? Kenapa aku tak tenang?? Arghhh!!!
“Erika, aku ngan Yuna dah berpisah..”
“Hah?? Apa?? Tapi kenapa??” soal Erika terkejut.
“Dia yang minta..”
“Maafkan aku..nie sume salah aku..maaf Zack..maaf..”
“Tak.bukan salah ko..Erika, sekarang, tak salahkan kalu kiter mulakan hubungan kiter macam dulu?? Pinta Zackwan
“Maaf Zack..aku tak rasa kiter boleh jadik lebih dari kawan..sebab aku tau, ko sebenarnya sakit hati dengan perpisahan nie kan??” Zackwan senyap. Dia tak mampu berkata apa-apa.
“Aku rasa ko patut berjupe Yuna semula.beritahu dier yang ko dah mula sayang kan dier..” pujuk Erika
“Tapi aku cintakan ko..”
“Tak..ko keliru sebenarnya Zack..dulu ko memang cintakan aku..tapi pas kedatangan Yuna, cinta ko pada aku semakin hilang. Kotak boleh terima kenyataan tuh, jadi ko nafikan perasaan ko pada Yuna..”
“Tapi…”
“Tak de tapi-tapi Zack..pegi la  jupe Yuna..ko jangan risau pasal aku..aku ok..lagipun,nie sume salah aku..aku yang tinggalkan ko dulu..” tanpa buang masa, Zackwan terus berlari ke arah kelas Yuna.
Sampai di kelas Yuna, mata Zackwan melilau mencari kelibat Yuna namun tidak kelihatan.
“Yuna ada tak?” soal Zackwan pada salah seorang rakan sekelas Yuna.
“Yuna?? Dia dah tak de..dah pindah ke sekolah asrama penuh perempuan..”
“APA??!!
5 tahun kemudian…
Suasana tempat nie masih tak berubah..sama macam dulu. Sini la berseminya cinta pertama aku..kat sini jugak la terkuburnya cinta pertama aku..cinta aku dengan Zackwan…satu kenangan buat aku…Yuna tersenyum mengingat kembali kenangannya dulu. Sewaktu Yuna mahu berangkat pergi, dier terlanggar bahu seseorang hingga terjatuh.
“Aduhhh…”
“Maaf..salah saya..saudari tak apa-apa kew??” Yuna kembali bangun.
“Tak apa-apa..salah saya sebab tak pandang depan..maaf..saya pergi dulu..”ujar Yuna sambil tersenyum. Ketika Yuna membuka langkah, lengannya telah dipegang, menghalang Yuna dari terus melangkah
“Yuna, rite??” soal lelaki tadi
“Yup..saya..” Yuna kehairanan bagaimana lelaki di depannya tahu namanya.
“Zackwan…awak dah lupa saya ker??”
“Zackwan?? Awak ker nie?? Ya Allah..saya langsung tak cam awak..awak dah lain..” Ujar Yuna, ketawa kecil
“Ye ker?? Awak buat apa kat sini??” soal Zackwan. Cahay kegembiraan jelas terpancar di mukanya
“Saja..datang melawat kat sini..dah 5 tahun saya tak datang sini..tetibe rasa rindu plak..”
“So, awak macam mana 5 tahun nie??”
“Tak banyak sangat berubah..”
“Yuna, awak tau, dalam 5 tahun nie, saya langsung tak ley lupakan awak..setiap kali saya teringatkan awak, saya mesti datang kat sini..”
“Jadi, sekarang nie awak ngah teringatkan saya la nie??” gurau Yuna. Sekali lagi dier ketawa kecil. Tanpa mereka sedari, datang seseorang kearah mereka.
“Jom sayang..kiter pergi..”
“Okey..oh ya Zackwan..saya kenalkan..nie tunang saya.. Iqbal..awak kenalkan..bekas guru kelas saya..”
“Ya..saya ingat lagi..” jawab Zackwan, kecewa mendengar perkhabaran yang Yuna dah pun bertunang.
“Awak apa khabar Zackwan??” soal Cikgu Iqbal, menghulurkan tangan dan di sambut oleh Zackwan.
“Saya baik..” Zackwan tersenyum pahit.
“Tak per la Zackwan, saya ngan Iqbal pergi dulu..ada jodoh, kiter jumpa lagi..oh ya..nanti jangan lupa, datang tau kat majlis perkahwinan saya..bawak Erika sekali…Assalamualaikum..”Yuna menghadiahkan senyum manis untuk Zackwan lalu melangkah pergi bersama Iqbal. Meninggalkan Zackwan dalam keadaan kecewa yang teramat sangat.
Akhirnya aku yang kalah…aku dah kehilangannya…Alangkah bagusnya kalau dari dulu aku tau untuk menghargainya..pasti aku berbahagia sekarang..maafkan aku Yuna kerana mengsia-siakan cinta kau..maafkan aku..aku harap kau berbahagia di samping cikgu Iqbal..cikgu Iqbal memang layak untuk kau…

0 comments: