BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Wednesday, October 12, 2011

Bila cinta 4



Hubungan aku dengan Hakim semakin hari semakin rapat. Kadang-kadang dia suka buat hati aku berdebar-debar. Dia tahu ke yang aku ni memang sukakan dia? Setelah hampir selalu berjumpa di taman, kami membuat keputusan untuk bertukar nombor handphone. Masa tu, aku memang gembira tak terkata. Aku sendiri tak percaya yang semua ni boleh berlaku. Yang pasti aku memang sukakan dia. Makin hari, makin mendalam cinta aku untuk dia.

Kebetulan hari ini hari sabtu, waktu pagi macam ni la biasanya aku menjejak kaki ke pasar raya untuk membeli sedikit barang dapur. Aku ralit memilih bahan-bahan untuk membuat kek coklat. Masa itu, aku fikir untuk bawa sedikit ke tadika, boleh la berkongsi dengan anak-anak murid semua. Tiba-tiba aku terkejut mendengar seseorang memanggil nama aku. Aku terpaling untuk mencari dari mana suara itu datang dan mata aku terpacak di suatu tubuh kecil di bahagian kanan aku. Fara!

“Cikgu!”

“Eh, Fara. Fara buat apa kat sini?” soal aku.

“Fara datang dengan papa. Beli barang. Papa kata papa nak masak malam ni. Kan papa, kan?” Petah sungguh si kecil ni berceloteh. Aku memandang ke arah papa Fara dan menghadiahkan senyuman. ‘Hurm, muda lagi si papa Fara ni’,gumam hati aku.

“Hai, nama saya Adli.” Papa Fara memperkenalkan dirinya.

“Syakilla.  Panggil Ila. Cikgu Fara.”

“Cikgu, beli apa cikgu?” soal si budak kecil itu lagi.

“Oh, cikgu beli barang masakan sikit. Mak cikgu ada pesan sikit.”

“Oh..Hurm…papa, kalau kita ajak cikgu datang rumah kita,boleh? Nanti cikgu boleh rasa masakan papa.” Aku terkejut mendengar kata-kata Fara. Adli hanya tersenyum melihat telatah si puterinya.

“Boleh je. Papa tak kisah. Cikgu, jom la datang rumah saya.” Pelawa Ryan.

“Eh, tak pe la Encik Adli. Saya tak nak susahkan Encik sekeluarga.”

“Alah cikgu. Cikgu datang la.” Pujuk Fara. Sekali lagi aku tersenyum. Aku mengusap-usap kepala Fara.

“Fara, cikgu minta maaf. Hari ni cikgu memang tak boleh datang. Tapi cikgu janji. Hari lain, cikgu mesti pergi rumah Fara juga. Boleh ya, Fara?” Fara mengangguk-angguk kepalanya.

“Oh ya, Encik Adli, Fara, saya minta diri dulu la. Nanti bising pula mak kat rumah tu. Tak pasal-pasal lambat pula berasap kat rumah tu. Assalamualaikum.”

“Yalah. Waalaikumusalam.” Fara menyalami tanganku dan aku mula mengorak langkah.

**********

Hakim! Hanya nama itu la yang semakin memenuhi ruangan inbox handphone aku. Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami bermesej. Dan mesej-mesej dia aku tak sanggup buang. Aku rela mesej-mesej itu memenuhi ruang-ruang yang ada. Ya, aku tahu. Aku memang semakin gila dengan dia. Tapi aku tak mampu untuk mengawal perasaan itu. Hanya mesej itu la mengubat rindu aku kepada si dia bila tidak bersua muka.
Tengah-tengah aku baring atas katil, handphone aku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku dah dapat agak siapa pengirim mesej tu. Aku terus mencapai handphone dan klik ‘yes’ untuk membaca mesej tersebut.

+hai, bz ker?

+wslm. x pun.

+ahaha. Sori. Lupa nak kasi slm.

+ tau pun.

+weih, aku ngah sedih la.

Disebabkan hubungan kami semakin rapat panggilan ‘saya-awak’ kini berganti ‘aku-kau’. Aku pun tak kisah sebab bagi aku panggilan itu membuatkan aku lebih rapat dengan dia.

+ kau sedih? Asl?

+ nak cerita kat kau, aku malu.

Mendapatkan balasan seperti itu, aku terus membuat keputusan untuk terus menelefon Hakim. Seminit dua, panggilan aku dijawab.

“Assalamualaikum. Eh, kau ni ok tak?” Soal aku, risau.

“Aku ok kot”

“Habis tu, tadi kau kata kau ngah sedih.”

“A’ah. Aku memang sedih.”

“Kau cerita la kat aku. Mana la tau kot-kot aku boleh tolong?”

“Kau tau, sebenarnya, aku ada minat kat seorang nih tapi…”  Aku semakin berdebar-debar untuk menunggu kata-katanya seterusnya.

“Tapi apa?” Soal aku, tak sabar.

“Tapi tadi dia bagi tau aku yang dia dah couple dengan orang lain. Sedih aku Ila. Aku cintakan dia. Takkan dia tak pernah ambil tahu pasal perasaan aku kat dia. Sedih aku Ila. Nampak sangat aku ni tak penting untuk dia.” Mendengarkan kata-kata Hakim bagaikan halilintar membelah bumi. Hati aku hancur macam tuh sahaja. Air mata mula bertakung. Ya Allah, Kau kuatkan la hati aku. Aku tak sangka yang rupanya hati dia dah dimiliki orang lain. Rupanya selama ini aku hanya perasan dengan diri aku. Dia tak pernah sukakan aku. 

Bersambung...

0 comments: