BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Wednesday, March 28, 2012

Bila Cinta 7

“Weh, aku rasa better kita gi solat dulu. Lagipun dah pukul 1.45 dah ni. Lepas solat baru kita pergi makan. Amacam?” Aku memberi idea seusai selesai menonton wayang.
“Ok juga. Nanti tak de la tergesa-gesa sangat. Boleh la kita lepak lama-lama kan?” Hakim tersengih.
“Lepak-lepak jugak. Lepas asar aku nak balik. Tak de kuasa aku nak mengadap muka kau lama-lama”. Hakim mencebik. Serius, comel gila muka dia masa ni. Rasa macam nak cubit-cubit je muka dia. Hakim, kenapa la kau tak jatuh cinta je dengan aku? Aku yakin, kau pasti jadi orang yang paling gembira dalam dunia ni.
“Ila!”
“Hah? Apa?” Aku tersedar dari lamunan aku.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
“Kau kata apa tadi?”
“Aik nenek ni. Dan-dan je dia duk mengelamun time aku duk bercakap. Aku kata dalam masa 15 minit kita jumpa kat depan surau balik. 15 minit je. Kau tak payah nak touch up lama sangat.” Hakim mula membebel. Aku hanya tersengih menayangkan gigi.
“Dah. Tak payah nak tersengih sangat. Membazir masa yang ada je. Jom kita pergi”
“Yalah atuk.” Aku mula membuka langkah untuk menyaingi langkah Hakim yang dah berada di depan. Kalau dah membebel, mengalahkan nenek aku.
Seperti yang dirancangkan, selesai sahaja solat zohor, aku dan Hakim berpakat untuk menuju mengisi perut yang sudah tersedia lapar. Pilihan kami sudah semestinya KFC. Walaupun aku memang tak setuju untuk makan di situ tapi setelah mengambil kira yang kami tidak perlu untuk menunggu lama, aku pun ok je la.
Aku memilih tempat yang agak ke belakang. Kelihatan Hakim sedang membawa hidangan yang dipesanan. Dia mengambil tempat yang bertentangan denganku. Dengan lafaz Bismillah, aku mula meratah ayam goreng di hadapan aku. Suasana senyap mula menyelubungi kami kerana masing-masing asyik dengan makanan masing-masing. Di saat itu juga la kedengaran seperti seseorang memanggil nama Hakim.
“Hakim”. Manja sungguh suara itu memanggil nama Hakim. Kami berdua menoleh ke arah suara tersebut. Sekelip mata, air muka Hakim berubah. Siapa perempuan tu?
“Hai Hakim. Tak sangka jumpa you kat sini.” Tanpa segan silu, perempuan tu menempatkan dirinya di sebelah Hakim dan dengan selamba memeluk lengan Hakim. Aik perempuan ni, tak tahu malu ke?
“Hai Mia. You buat apa kat sini?” soal Hakim, kembali tenang.
“Oh, I datang dengan pakwe I, Zarul. You kenalkan?” Terus muka Hakim berubah. Jangan-jangan perempuan ni la yang dia minat kot?
“Mana pakwe you? Tak Nampak pun?” soal Hakim lagi
“Dia pergi toilet jap. Kebetulan tadi I Nampak you tengah order kat kaunter depan. So, I singgah la kat sini kejap.” Jawab si Mia ni sambil menjeling-jeling ke arah aku. Pesal pulak dengan minah ni? Macam tak puas hati je. Nak kata Hakim ni pakwe kau, kau dah couple dengan orang lain.
“So, siapa kat depan you ni? Tak nak kenalkan kat I ke?” Tiba-tiba si minah ni bersuara bertanyakan tentang aku.
“Ila, ni Mia. Mia, ni Ila.” Mia menghulurkan tangan dan aku menyambutnya.
“Nice meeting you.” Kata aku sambil tersenyum. Mia kembali memandang Hakim tanpa membalas senyuman aku. Sombong gila minah ni.
“Oh..Ila…” Dari riak muka Mia aku dapat rasa yang minah ni tak sukakan aku. Apa masalahnya sebenarnya?
“Eh Hakim, I pergi dulu la. Takut sayang I cari pula.”
“Yalah. Ok.” Jawab Hakim, 2 patah.
“Okey. See you lain kali. Bye.” Kedengaran suara manja Mia. Mia mula membuka langkah meninggalkan kami. Suasana kembali senyap. Aku seakan-akan kaku untuk memulakan perbualan. Nak bertanyakan pasal Mia, aku serba salah.
“Tu la perempuan yang aku minat.” Hakim bersuara,mendatar. Aku memandang Hakim tanpa berkelip. Ketika itu, Hakim hanya tunduk melihat makanannya. Aku tak tahu nak bagi respond apa. Serba-salah.
“Oh. Patutlah kau suka dia. Memang cantik dia tu. Manja pula tu.” Balas aku. Dan satu lagi seksi. Namun,aku hanya berkata-kata di dalam hati. Takut Hakim terasa dengan kata-kata aku.
“Sebab tu aku boleh jatuh cinta dengan dia. Sikap manja dia tu buatkan aku rasa senang. Tak sangka 4 tahun kitorang kawan, alih-alih dia couple dengan orang lain. Sedih betul la hidup aku ni kan?” Hakim tergelak sendiri. Mungkin gelakkan dirinya atau sekadar ingin menutup hati yang tengah kecewa. Kalau kau nak yang manja-manja, aku pun boleh jadi lagi manja dari si Mia tu.
“Sabar la weh. Kalau kau ada jodoh dengan dia, tak ke mana juga. Mana tau kot esok lusa dia clash dan masa tu la kau masuk line. Tackle dia balik.” Aku terasa sayu dengan kata-kata aku sendiri.
“Entah la Ila. Aku harap jodoh aku memang dengan dia. Aku tak rasa aku boleh terima orang lain selain dari dia” Terus aku terasa gelap gelita dunia aku. Kata-kata Hakim bagaikan terus berulang di telinga aku.
“InsyaAllah. Kau berdoalah.” Aku dah tak mampu untuk berkata-kata lagi. Aku hanya boleh menahan sebak yang makin terasa.
“Ila, thanks. Kau selalu ada masa aku sedih.”
“Sama-sama. Hal kecil je la” Aku tersenyum. Namun, senyuman aku hanya senyuman plastik. Yang bukan datang dari hati. Ketika itu juga la kedengaran lagu I’d do anything menandakan ada panggilan yang masuk. Aku mencapai handphone di dalam handbag dan terus menekan punat berwarna hijau.
“Assalamualaikum” Aku memberi salam.
“Waalaikumussalam. Ila, Kak Yam ni.”
“Ya Kak Yam. Ada apa? Gelabah semacam je saya dengar?”
“Ila, Ila ingat tak lagi pasal kes Mimi?”
“Ya, Ila ingat. Kenapa Kak Yam?”
“Tadi Mak si Mimi ni call. Katanya nak jumpa dengan Ila hari isnin ni.”
“Oh. Ye ke? Kalau macam tu, biar je la dia nak jumpa. Kak Yam gelabah ni kenapa?”
“Tak de la. Akak takut dia buat hal je. Nanti apa-apa hal, Ila yang kena. Sedangkan Ila tak bersalah pun” Aku tergelak dengan kata-kata Kak Yam. Teringat si budak kecil yang bernama Mimi tu. Apa nak jadi la dengan orang sekarang ni
“Alah Kak Yam. Berani kerana benar Kak Yam. Kalau dia nak buat something pun,Ila tak takut. Ila tak bersalahkan.” Aku memujuk supaya Kak Yam tidak lagi risau.
“Yalah Ila. Kalau macam tu tak per la. Kak Yam ada support Ila kat belakang.
“Ya Kak Yam. Don’t worry. Everything is gonna be fine soon.”
“Yalah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam” Kak Yam meletakkan telefon setelah aku menjawab salamnya.
“Kau kenapa Ila? Lain macam je aku tengok?” Soal Hakim. Mungkin perubahan di wajah aku agak ketara. Tipu la kalau aku kata yang aku tidak berdebar untuk menunggu hari isnin ni.
“Tak de apa-apa la. Aku ok je.” Aku cuba untuk berdalih.
“Kau tak yah tipu aku la. Aku tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kau ni” Desak Hakim. Aku mengeluh sebelum menarik nafas. Hakim pula kelihatan tertunggu-tunggu aku untuk bercerita.
“Semalam, ada pelajar aku nama Mimi. Dia buat hal. Dah banyak kali dah. Mula-mula kacau orang sampai satu tahap siap bergaduh dengan pelajar lain. Sekali tu aku tertangkap dia mencuri pastu aku denda la dia. Rotan tangan dia.”
“Kau tak report kat mak dia ke?” soal Hakim tanpa menunggu aku menghabiskan cerita aku.
“Masa awal tu tak. Tapi si Mimi ni yang report kat mak dia yang aku rotan anak dia. Apa lagi mengamuk sakan la mak si Mimi tu. Dia marah-marah aku.Kata aku tak layak jadi cikgu. Aku cerita la hal yang sebenar. Boleh pula dia blah macam tu. Pas tu tadi kawan aku call, kata mak si Mimi tu nak jumpa aku lagi hari isnin ni.” Sekali lagi aku mengeluh.
“Eleh, kecoh betul la mak cik tu. Anak dia buat salah, suka-suki hati dia je nak salahkan orang lain. Kalau kau nak, aku boleh jumpa dengan mak cik tu. Kasi aku ajar sikit dia tu.” Aku terkejut dengan kata-kata Hakim.
“Hish, kau ni. Ke situ pulak. Aku tak kisah la kalau dia nak hentam aku ke apa ke. Yang aku tak sanggup bila fikirkan si budak kecil tu. Sebab terlalu manjakan anak la sampai anak jadi macam tu. Bila orang bagitahu si anak tu buat tak elok,mula la tak percaya. Macam mana la si anak tu nak jadi orang yang berguna.?” Sesungguhnya aku memang kesal dengan golongan manusia seperti ini. Langsung tak nak terima pandangan dan kata-kata orang lain.
“Wah..memang berdedikasi la kau ni Ila. Tak caya aku kawan aku macam ni.”
“Well, see the leg laa” ujar aku, ketawa kecil.
“Ceh! Dah mula nak perasan la tu.Ila, kalau kau ada masalah, kau jangan segan silu untuk bercerita dengan kau. Anytime aku boleh tolong kau. Aku janji,selagi mana aku hidup, selagi tu aku berada di samping kau” Aku naik sebak dengan kata-kata Hakim. Begitu setia dia dengan seseorang yang dipanggil kawan.
“Thanks Hakim. Thank you very much. Aku pun sama. Selagi aku hidup, selagi tu aku berada di samping kau untuk terus menyokong di belakang kau.”
“You’re welcome Ila.” Hakim tersenyum.
“Urm…Weh, Hakim! Kau dah ok ke?”
“Dah ok sikit kot. Kau tu, dah ok ke ?”
“Aku? Kalau aku tak ok, maknanya bukan aku la tu.”
“Alah, mana la tau, kot-kot kau dah gila”
“Aku gila bila aku pun minat kat kau je” Sememangnya aku dah gila,Kim. Aku gila dengan kau. Tapi sayang, kau tak rasa macam apa yang aku rasakan.
“Jom kita pergi main bowling? Kasi lepas sikit kita punya tekanan?” cadang Hakim
“Ok jugak. Jom la..” Aku memberikan persetujuan lantas kami menghabiskan makanan yang masih tinggal sambil berbual-bual.

Bersambung….

0 comments: