BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Tuesday, October 11, 2011

Bila Cinta 3



"Cikgu, saya nak masuk la pertandingan mewarna tu boleh?",soal Fara, salah seorang dari anak murid aku.

"Fara nak masuk ke? Oh, boleh la sebab cikgu pun tengah cari seorang lagi ni." Jawab aku.

"Yeay..boleh masuk. Nanti nak bagitau kat papa la Fara boleh masuk." Aku tersenyum sambil mengusap kepala Fara. Walaupun aku mempunyai segulung ijazah dalam bidang kesetiausahaan namun,aku sanggup berhenti kerja demi cita-cita aku untuk menjadi guru tadika. Mula-mula mak dan ayah aku marah la juga tapi dorang faham yang menjadi guru tadika ni memang cita-cita aku dari dulu.

"Nanti Fara jangan lupa datang hari sabtu ni tau. Oh ya, Fara dah ada alat mewarna ke belum?"

"Oh, hari tu dah beli. Tapi balik nanti Fara nak ajak papa pegi beli yang lain la.." jawab budak kecil itu lagi.

"Fara nak beli yang baru boleh. Tapi, selagi yang lama boleh guna, Fara guna la yang lama dulu. Nanti membazir. Allah tak suka hambanya membazir. Hari tu kan cikgu dah bagitahu yang membazir tu amalan syaitan." Nasihat aku.

"Ya, Fara ingat lagi kata-kata cikgu. Cikgu jangan risau la. Fara cuma nak beli sikit jer sebab ada yang dah tak boleh diguna lagi." Aku tersenyum mendengar celoteh Fara. Walaupun masih kecil, tapi Fara boleh membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aku menoleh ke arah jam di tangan aku menunjukkan pukul 12 tengahari menandakan kelas dah tamat. Aku bergerak menuju ke hadapan.

"Ok murid-murid. Kelas hari ini habis di sini sahaja. Kamu semua boleh simpan barang-barang kamu."

"Terima kasih cikgu"

**********

Seperti biasa, aku berjalan-jalan di taman mengambil angin dengan harapan untuk berjumpa dengan Hakim, si dia yang berjaya membuatkan hati aku berdebar-debar. Setelah penat berjalan, aku membuat keputusan untuk duduk di bangku sambil melihat gelagat manusia di taman ni. Melihatkan kanak-kanak berlari bekejaran dengan mak ayah mereka membuatkan aku rasa tak sabar-sabar nak kahwin dan ada anak. Ok, itu mungkin kedengaran agak gatal. Tapi aku pun nak jugak ada anak yang comel macam tu.

"Hai awak." Aku terkejut bila ada orang menyapa aku. Aku menoleh ke arah suara itu, dan melihat Hakim tersengih-sengih.

"Hai..." balas aku.

"Dah lama sampai?" soal Hakim.

"A'ah. Dah lama dah sampai. Dah abis round taman ni dah."

"Oh. Habis, kenapa tak nampak awak dari tadi?"

"Mungkin sebab saya ada kuasa halimun. Sebab tu, baru sekarang awak nampak saya."

"Nakal eh.." Aku gelak.

"Eh, jemput la duduk." Pelawa aku.

"Ingatkan tak nak jemput tadi."

"Yelah, kalau tak jemput kang, nanti orang tu kata apa." Balas aku.

"Hish..tak habis-habis nak kenakan orang. Dia ni." Gelak aku semakin menjadi-jadi.

"Seronok sangat la tu gelakkan orang."

"Ha'ah. Memang seronok pun. Awak try la."

"Dah la..Jom belanja saya minum."

"Eh, kenapa saya pula yang kena belanja awak minum. Awak yang patut belanja saya. Tak gentleman la awak ni." Hakim ketawa.

"Gentleman, tak gentleman, hari ni awak belanja. Cepat la. Saya haus ni." Aku menggeleng kepala.

"Hish..tak sangka pula awak ni tak tahu malu. Paksa orang belanja minum. Jom la kalau macam tu." Hakim tersengih bila mendengar persetujuan aku.

"Tak kisah asalkan boleh minum free. Save duit."

"Mesti awak ni kedekutkan. Siapa la yang malang jadi isteri awak nanti tu."

"Siapa lagi kalau bukan awak." Aku terkejut bukan kepalang mendengarkan kata-kata dia. Terlopong kejap. Dia ketawa lagi melihatkan reaksi aku.

"Saya gurau je la. Takkan terkejut sampai macam tuh." Dia kembali menyambung ketawanya.

"Macam mana tak terkejut. Kalau betul saya dapat suami macam awak, memang kesian la kat saya. Tiap-tiap hari kena belanja agaknya." Aku ketawa melindungi rasa gugup yang bertamu di hati.

"Jom la pergi." Aku mengangguk kepala lantas mula mengorak langkah meninggalkan kawasan bangku itu.


Bersambung...

0 comments: