BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Friday, September 9, 2011

Duit atau Cinta?

Hello world!!

Yeah..Dah lama aku tak update blog nih kan. Btw, enteri kali ni aku nak bincang kutuk sikit. Eh! bukan sikit. Banyak kot. Tadi aku online facebook. Then, keluar la status si minah nih. Dia kata " Cinta sejati dan duet. korang pilih yang mana?" De yang respond kata duit. Pastuh de la jugak kata cinta. And minah tuh pun kata cinta. Wat the?? Hello minah gediks and mamat prasan macho! Tak yah nak hipokrit sangat la. WAK LU! cinta sejati konon! Haktuihhh!! Kencing jer lebih korang nih! HUH!

Aik? Asal aku emo semacam jer? Tak de la. Nak nampak baik pun agak-agak la. Cinta la kononnya? Kau ingat kau nih hidup kat dunia fantasi ke yang cinta la segalanya? Dengan comolot dengan prince charming kau, kau akan kembali sembuh dari terkena sihir orang jahat? HA! HA! HA! Agak kesian aku tengok orang macam nih! Aku nak tanya. Kalau tak de duit, boleh ker kau pegi kencing or berak kat tandas awam? Boleh ke kau nak beli air singgit kat tepi jalan? Boleh ke kau nak top-up untuk mesej dengan awek/pakwe kau tuh yang kononnya kau sayang sampai nak mati? Eleh, belum kawen dah sayang nak mati. Ekceli aku ngah bengang sebab top up dah kena cukai. Menyirap betol aku. Eh-eh. Balik pada topik asal. Urm boleh ker kau dapat semua tu kalau tak de duit?

Kalau dah boros tuh, tak yah nak cover line la konon cinta paling penting dalam hidup. Sapa kata duit tak boleh beli cinta? Cuba kau fikir, katakan kau nak mengayat aku girl/boy nih. Kau pun bagi la macam-macam kat dia. Bunga la, cekelat la, teddy bear la, jam la, patung angry bird la, handset la. Cuba kau bagi benda-benda tuh tiap-tiap hari. Tengok cair ker tak? Oh lupa! Dia terime kau sebab terharu dengan kesungguhan kau. Ahaha! Yolah tuh. Dah kena sogok macam tuh , tak terharu apa kejadahnya! Memang kompem-kompem la terharu.

Lagi satu, macam mana kau nak keluar dating kalau tak de duit? Bercinta, cinta jugak, duit kena ada. Lagi-lagi bila boleh awek yang teramat la gedikss yang nak itu, nak ini. Kalau tak de duet, putus la kau gamaknya. Aku rasa kalau keluar dating, abis-abis bagi bunga. Beli eskerem cornetto. Beli eskerem pun dah rm2++. Kalau tak de duit, boleh ker kau beli eskerem tu? Huh, cakap besar je lebih. Kononnya, Money cant buy us happiness la gitu? Hampeh jer. Tak de duet, menangis tak berlagu!

Aku bukan apa, aku bukan la materialistik sangat walaupun sikit-sikit tuh ada. Hidup nih kita memang ada sikit sifat tuh. Untuk masa depan kita gak. Katakan kau kawen, kalau tak de duit, macam mana nak tanggung hidup isteri dan anak-anak? Nak bagi makan apa? Dah la tuh, si isteri nih plak jenis suka shopping. Huh lagi botak la kepala suami. Terpaksa tiap-tiap ari pegi Yun Nam Hair Care. Kalau tak de duit, macam-macam benda tak boleh buat. Sekarang kau boleh la cakap besar, sebab kau boleh ptptn. Pakwe kau pon boleh ptptn. Berbelanja sakan la. Bila duit ptptn, tepon mak, mintak duit. AMAT SANGAT LA TAK MALU! Kau tak rasa bersalah ker habiskan duit sebab belanja awek/pakwe kau tuh? Kalau anak aku buat macam tuh ,memang aku lempang jer la.

Sebenarnya, aku tak tahu apa yang aku mengarut nih. Aku cuma tak setuju je bila orang kata cinta la segala-galanya. Memang betul cinta segala-galanya. Tapi tengok la cinta tu untuk sapa? Kalau setakat biofren/ girlfren tuh bek tak yah. Sekali lagi aku tegaskan! Aku bukan anti kapel ok! Aku cuma nak korang fikir jer. Sanggup ke kau hidup susah sebab cinta yang belum pasti? Kalau sanggup, pergghhhh!! gua respek lu. Tapi aku bet tak ramai yang sanggup kan. Aku nak kata Money is our happiness. Tak de duit, kau nak makan pe derr? Nak kawen pun, hantaran nak melonjat tinggi. Dah tau lelaki sekarang dah nak pupus, gatal-gatal nak letak hantar tinggi-tinggi. Ah! sampai bila la kau tak kawen!

Dah la aku penat nak kutuk panjang-panjang malam nih. Aku nak tido. Esok de exam tapi dengan selamba aku update blog. Nasihat aku, kalau nak pilih pasangan pilih la agamanya, keturunannya dan juga hartanya. Tak de duit, lu, lu, lu dan lu semua tak boleh nak hidup.

P/s : teringat aku bila tengok satu video nih dia kata "money can buy happiness". And guess what? I'm totally agree with him! Even lecturer aku sendiri kata kita memang kena jadi sedikit materialistik. Sedikit tau. Bukan banyak. Sekian.

0 comments: