Hello world!
Wahhh! Dah lama giler aku tak update enteri. Bukan ape aku malas sebenarnye. Sori ye wahai blog. Bukan aku meng'anaktiri'kan kau. Tiap-tiap hari aku bukak kau cume aku tak update jer. Banyak benda kot yang dah terlaku dalam idop aku nih. Sampaikan aku rasa macam nak give up. Dah hampir aku nak give up tapi mebi dah rezeki aku, semangat aku naik balik. Syukur Alhamdulillah.
Nak dijadikan citer. Tadi aku online la yahoo messenger. Pastu ade la sorang mamat nih tegur. Aku pon layan la sebab time tu aku ngah bosan giler. Tetibe lak die kate "Eh, awak belum bagi no fon awak kan. Saya nak boleh?". Aku pon dah macam wat the hell la kan. Aku pon reply la, " Oh. Tak boleh". Dia tanya, "kenapa awak?" Aku jawab," Tunang saya tak bagi". Dia pon kate "Alaahh..dia tak tahu la". Aku dah berapi time tu. Bodoh ke ape mamat nih? Dia tak fikir ke kalau esok-esok tunang die buat macam tu kat die gak?
Bila aku kate macam tuh, dan-dan die kate die tak marah. Kalau kau tak marah tandanye kau tak sayang tunang kau! Tu tandanye kau tu tunang yang dayus. Pastu dan-dan kau kate lelaki boleh kawen 4. Memang la! Tapi kau tu layak ke nak kawen empat? Jadi imam untuk sorang isteri dah mampu belum? Jangan nak fikir nafsu serakah kau tuh jer. Pikir la kat akhirat nanti. Sanggup ke kau nak tanggung dosa isteri-isteri kau and anak-anak kau?
Kalau kau ajar orang curang, tak mustahil kau pon akan curang. Dan tak mustahil jugak kau akan rasa macam mana bila kena curang. Ingatkan kat dunia nih bila-bila masa Allah boleh balas. Hari ni kau buat kat orang, esok lusa kau pulak yang kena. Bila time mase tuh, kau jangan nak nanges tak berlagu lah. Sebab bila kau nanges berlagu pon ah tak sedap apatah lagi tak berlagu.
P/s : please la jadi seorang yang setia. Kalau anda boleh pasangan yang tak setia pon, Satu hari nanti anda akan dikurniakan dengan orang yang setia macam anda.
Monday, July 9, 2012
Bila bercakap dengan orang yang tidak tahu erti setia
titipan kasih oleh LadY aRa at 9:06 AM 0 comments
Wednesday, March 28, 2012
Bila Cinta 7
titipan kasih oleh LadY aRa at 12:51 AM 0 comments
Monday, March 26, 2012
Bila Cinta episode 6
6
“Assalamualaikum” Kedengaran suara Hakim di hujung telefon.
“Waalaikumussalam”
“Ila, jom keluar”
“Keluar? Pergi mana?”
“Kita keluar tengok wayang?”
“Wayang? Tak nak la. Kau pergi la sorang. Aku ada kerja ni..”
“Alah, kerja apa? Hari ni kan hari sabtu. Takkan kau de kerja kot”
“Betul. Aku ada kerja ni.”
“Alah. Jom la Ila. Aku rindu dengan kau ni. Jom la keluar.”
“Kau ni kan, Hakim. Degil betul la.”
“Selagi kau tak setuju, selagi tu la aku akan paksa kau sampai kau setuju.”
“Hishhh…kacau betul la kau ni.”
“So, kau setuju tak?”
“Ok la. Pukul berapa? Kat mana?”
“Kau datang sekarang la. Aku dah ada kat tempat biasa ni”
“Hah? Sekarang?” Gila ke apa mamat ni? Aku tak ready apa-apa lagi ni. Hakim hanya ketawa mendengarkan reaksi aku.
“Yalah. Sekarang la.”
“Kau tunggu la dalam sejam. Nanti aku sampai.”
“Sejam? Lamanya kau bersiap. Setengah jam dah la.”
“Tak de..tak de. Sejam. Kalau tak, aku tak nak pergi.” Aku memberi kata putus.
“Yalah..yalah. Sejam. Aku tahu, keluar dengan aku punya pasal sebab tu kau nak bersolek cantik-cantik kan?” Hakim tergelak dengan kata-katanya. Kalau aku bersolek cantik-cantik pun tak de guna. Bukan kau sukakan aku pun. Hati kau kan dah de orang lain.
“Ah..tau tak per.” Aku yang malas bertengkar hanya mengiakan kata-katanya.
“Kan aku dah kata.”
“Weh, k la. Aku letak dulu. Karang lambat pulak.”
“Yalah..yalah..”
Dengan sepantas kilat aku bersiap. Pagi tu, aku mengenakan baju kemeja warna kelabu yang bercorakkan bunga kecil warna hitam dan dipadankan dengan seluar panjang putih. Tudung pula berwarna hitam. Muka pula hanya menyapu bedak silkygirl dan sedikit lip ice. Selepas berpuas hati dengan penampilan diri, aku terus menyapa kunci kereta myvi yang terletak di atas meja solekku.
“Mak, Ila nak keluar dengan kawan. Nak tengok wayang.” Bagitahu aku setelah menjejak ke dapur. Mak aku yang sedang mengemas pinggan menoleh ke arah aku.
“Kamu nak keluar dengan lelaki ke perempuan?” Mak aku dah mula bersoal siasat.
“Ila keluar dengan Hakim. Yang hantar Ila time hujan lebat hari tu.” Aku berterus terang. Bagi aku tiada guna untuk berselindung kerana keizinan mak ayah adalah penting dalam sesuatu urusan. Tambahan pula, mak ayah adalah penjaga aku, jadi apa-apa yang aku lakukan, mereka berhak tahu.
“Oh. Kalau macam tu, jangan balik lewat-lewat sangat. Mak tak suka anak dara mak balik lewat malam. Lagi satu, keluar dengan bukan mahram ni bahaya sikit. Walaupun, Hakim tu kawan kamu, tapi masyarakat kat luar mungkin fikir lain. Jaga kelakuan tu sikit. Jangan tergedik-gedik sangat dengan Hakim tu. Dia tu lelaki. Nanti tak pasal-pasal orang mengata kamu. Mak tak suka macam tu tau.” Seperti biasa, sebelum aku keluar, mak mesti memberi nasihat. Aku terharu mendengar nasihat mak. Tu tandanya mak memang menyayangi aku.
“Yalah mak. InsyaAllah, lepas asar Ila balik la. Tak sampai malam. Nak tengok wayang je pun. Ya mak. Ila tahu jaga diri Ila. Terima kasih mak.” Ucap aku, mencium pipi mak.
“Masa duk tengok wayang tu, tangan jangan gatal nak meraba pula” Pesanan mak tu membuatkan aku ketawa.
“Yalah mak. Mak jangan risau. Tangan ni tak gatal lagi la nak meraba-raba.” Mak hanya tersenyum mendengar kata-katak aku.
“Ok la mak. Ila pergi dulu. Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam. Hati-hati memandu tu” Pesanan mak yang ketiga.
“Yalah” Aku membuka langkah menuju ke arah kereta. Aku mula hidupkan enjin. Setelah beberap minit memanaskan enjin kereta, aku mula menggerakkan kereta meninggalkan pekarangan rumah.
“Eh, anak dara awak tu nak pergi ke mana?” soal Encik Zakri, ayah Syakilla yang baru turun dari biliknya. Encik Zakri melabuhkan punggungnya di meja makan.
“Katanya nak pergi tengok wayang.” Jawab Puan Hasnah, membawa secawan air bersama sedikit kuih dan dihidangkan di hadapan suaminya.
“Tengok wayang? Dengan sape pula?”
“Dengan Hakim katanya.”
“Eh, Ila tu ada apa-apa ke dengan Hakim tu?” soal Encik Zakri lagi.
“Hah, saya pun tak tahu, Tapi Nampak gaya macam Ila tu memang ada hati dengan Hakim. Saya tak tahu la pula kalau dorang memang ada apa-apa hubungan istimewa.” Puan Hasnah menghulurkan cawan yang berisi air milo kepada suaminya. Encik Zakri menyambut cawan tersebut.
“Kalau betul dorang ada apa-apa, cepat-cepat la suruh si Hakim tu masuk meminang. Masa dia hantar Ila hari tu pun, abang berkenan tengok budak tu. Baik je. Budi bahasa pun ada.” Encik Zakri meneguk air di hadapannya.
“Tu la. Has pun sama. Lagipun,sejak Ila berkawan dengan Hakim tu, Has perasan yang Ila semakin ceria. Kuat betul penangan Hakim tu kat Ila.”
“Nanti dia balik, awak cuba-cuba la korek sikit rahsia dari Ila tu. Mana la tau kot-kot dia bagitahu.”
“Yalah abang. Has cuba la..” Jawab Puan Hasnah lalu mengunyah kuih karipap.
bersambung....
titipan kasih oleh LadY aRa at 12:59 AM 0 comments
Thursday, March 15, 2012
Kita kaum yang cepat menghukum
Hello world!
Aku dah abis exam untuk paper yang kedua. Maknanye aku ada satu lagi paper. Sighhhh!! Aku malas la nak baca buku nih. Dah la aku ada alergic tengok huruf ni. Bila tengok huruf,aku terus jadi pening. Ya! Aku tau. Ni la kata-kata orang yang malas study. Eleh! tak yah nak mengata aku. Kau pun sama malas study. Eleh!
Ok la. Nak dijadikan cerita. Aku ngah bosan study. Aku pon duk la lepak kat fb. Tengah-tengah lepak,aku ada la terbaca satu article ni. 'Anak meninggalkan ibu yang lumpuh di hotel'. Perghh! satu ayat yang terkeluar dari mulut aku, 'WTH?'. Ya,aku tau. Agak kurang manis bila perempuan yang ayu persis aku keluarkan kata-kata macam tuh. Tapi sape tak terkejut kalau baca article tuh. Dah la mak dia susah lahirkan dia. Alih-alih tinggal kat hotel plak tuh.
Pasal tu kire hangat jugak la sejak 2-3 hari. Ramai gila duk kutuk si anak tu. Ada jugak yang doa mintak-mintak si anak bertaubat dan insaf. Lepas tu, tup-tup keluar akhbar kata si anak tak de niat pon nak tinggalkan mak dia. Dia ada masalah kesihatan dan terpaksa tinggalkan si mak dekat situ. Lepas baca tu,then aku sedar. Oh! kesian kat si anak. Dah 1 malaysia duk kutuk dia. Padahal bukan sengaja dia nak tinggalkan mak dia kat situ.
Aku pon macam terdiam la kejap. Dan aku tersedar, rupa-rupanya kita ni kaum yang cepat menghukum *terasa. Yelah,kalau ada apa-apa sikit terus menunding jari kat orang lain. Tapi jarang sekali nak tunding kat diri sendiri. Yang tau,hanya salahkan orang lain dan orang lain dan orang lain. Bukan nak cuba selidik dulu ke atau berfikiran positif. Sedangkan islam pon melarang kita bersangka buruk kan. Ahaha! Manusia ni memang! Apa yang agam suruh tu susah nak buat tapi apa yang dilarang tu senang nak buatkan. Dah-dah la bersangka buruk kat orang tu. Cuba la ubah perangai tu sikit.
P/s: Aku tak mengata kat sape-sape. Aku tengah mengata diri aku ni. Sebab aku pun kutuk si anak tu jugak. Btw, memang susahkan nak bersangka baik dengan orang. Dan aku tak rasa aku mampu. :|
titipan kasih oleh LadY aRa at 4:17 AM 0 comments
Thursday, March 8, 2012
Sesi luahan hati 1 : Menyesal ke aku?
Hello world!
Oh! Oh! Oh! Dah lame aku tak update blog. Aku nak update tapi macam biasa la. Tak dak idea. Ingat senang ke nak cari idea ni? Susah giler bhai.
Aku sebenarnya tak tahu apa yang tak kena ngan aku ni. Nak kata depressed tak de la plak. Cuma, kebelakangan ni aku terfikir-fikir, betul ke pilihan yang aku ambik ni? Kalau aku kata aku menyesal boleh tak? Tapi kalau aku nak patah balik, it's already late. Serious. Aku memang rasa macam tak de mood langsung. Kalau bukan sebab mak ayah aku, aku rasa mungkin dah nak give up kot.
Kenapa dah hampir 2 tahun,baru aku rasa macam ni? Kenapa tak masa mula-mula dulu? Dan kenapa aku boleh buat keputusan ni? Kenapa aku senang sangat nak berubah hati? Oh man! Kadang-kadang memikirkan masa depan agak menakutkan. Dan semakin kita fikir, semakin kita takut. Tapi cuma satu perkara yang pasti, Allah tau apa yang terbaik untuk kita.
Aku sekarang ni tengah bingung. Tak tahu nak buat macam mana. Fikiran aku kata, ikut flow jer la. Tapi hati aku seakan-akan tidak merelakan. So, macam mana ni? Persoalan yang dari dulu sampai sekarang masih tak terjawab. Dan kata-kata ni la yang membuatkan aku sampai sekarang bertahan ' Mungkin sesuatu yang kita suka,sebenarnya buruk untuk kita dan sesuatu yang kita benci sebenarnya baik untuk kita. Allah dah sediakan perancangan yang terbaik untuk kita.' Yup! Those words makes me believe that one day there's a miracle for me. All i need to do is trying, trying trying and never ever give up. Sighhhh. I wish i can do that.
P/s: Please, pray for me so, i can do the best for my life and make my family be proud of me. InsyaAllah. I can do that. :)
titipan kasih oleh LadY aRa at 9:41 PM 0 comments
Tuesday, January 31, 2012
Bila legging dan skinny menjadi trend
Hello world!
Hish! aku lemah betol la kalu nak buat intro nih. Nak fikir macam mana nak setat tuh susah la. Ahhhh! Lantak la. Yang pasti kali ni aku nak cakap pasal legging. Sekarang ni legging dan skinny dah jadi trend kan. Kalau keluar jejalan, tengok kiri nampak orang pakai legging. Pandang kanan nampak orang pakai skinny. Pendek kata pegi la mana-mana pun, kompem akan nampak pompuan-pompuan yang bajet hot pakai legging dan skinny.
Aku pelik la dengan orang yang boleh pakai legging gie jejalan. Tak rasa malu ke ape? Dah la benda alah tuh melekat semacam je. Geli pon ada aku tengok kalau orang pakai legging especially kalu orang tu size badan besar. Menggeleng kejap kepala aku. Agak-agak la. Sedar sikit diri tu. Nak bergaya biar la kena cara. Geli la aku. Tau! G.E.L.I.
Yang aku tak tahannya, dah la pakai legging pastu pakai baju atas bontot. Tak malu betol lah. Yang jadi trend orang perempuan melayu islam sekarang ni, pakai tudung. Ok, dah cantik. Baju pon labuh bawah punggung. Alih-alih pi pakai legging plak dah. Adoiii..sekali aku tengok macam orang gila. Muahaha! Hanya orang gila je yang sanggup pakai macam tuh weihh. Tolong la perempuan-perempuan yang bajet hot kat luar tuh, tak payah nak pakai legging sangat la. Bukan cantik pon. Makin hodoh ada la weih.
Lagi satu, korang pakai legging ni, ingat sikit. Kalau ada orang lelaki yang berniat jahat, senang-senang je dorang snap gambar korang dan pastu edit buat macam tak pakai seluar. Lepas tu, upload kat internet last-last korang gak yang malu. Islam sendiri dah ada garis panduan dalam pemakaian kan. Islam suruh tutup aurat, pakai baju longgar, tak jarang tu sume ada sebab. Bukan suka-suka je. Tengok jer la keadaan sekarang ni. Macam-macam masalah dah terjadi. Sebabnya satu jer, manusia tak nak ikut panduan yang Allah dah tetap. Allah yang mencipta kita kan. So, dah sah-sahlah Dia tau apa kelebihan kita dan kekurangan kita. Sebab tu Allah dah buat segala peraturan yang Dia tetapkan.
So, untuk perempuan-perempuan yang bajet hot kat luar sana tuh, please la jangan pakai legging or skinny tuh. Benda tu tak cantik pon. Nampak cacat ada la. Macam ALIEN tau tak!! KO NAK JADI ALIEN ER? Muahaha! Kalau macam tuh, sesuai la ko jadi alien wahai perempuan bajet hot. BLAH LAH LU. MEMALUKAN KAUM AKU JER!!
p/s : hentikan gangguan seksual terhadap lelaki dan hentikan jugak gangguan perasaaan terhadap golongan yang macam aku. Yang geli tengok perempuan pakai legging dan skinny. Sekian terima kasih!
titipan kasih oleh LadY aRa at 10:02 AM 0 comments
Sunday, January 15, 2012
Bila dah perasan bagus
Hello world!
Here i come again. Lama gila tak update blog nih. Aku bukan pe, nak kata buzy memang aku perasan buzy pon. Banyak benda yang aku kena buat kot. Tension jugak la aku nih. Tapi nak buat macam mana. Sabar je la kan. Nak tension lebih-lebih pon tak guna jugak. Buang masa jer.
Btw, aku nak kongsi satu benda ni. Aku tak tau la apa masalah manusia. Giler ar die ni perasan bagus. Mentang-mentang la kan dia ada leadership dalam diri dia. Tapi langsung tak nak dengar pendapat orang len. Aku bagi pendapat la nak buat benda tu. Aku tak kisah la kalu dia tak nak terima pon. Tapi at least RESPECT la sikit. Aku duk cakap ngan dia, dia tengok muka aku. Dan-dan dia paling muka dia and tinggalkan aku macam tuh. Waddafak beb? Kurang ajar jugak manusia nih.
Last-last yang kelakarnye,manusia ni ambik gak idea aku. Huh! nak berlagak sangat. Aku rasa jer nak 'sound' depan-depan manusia tuh. Aku tak kisah la kalau die terasa ati ke apa. Macam la aku peduli kan. Setakat dia je pon. Aku tak heran. Kalau manusia berlagak macam tu memang la menyakitkan hati aku. Blah la weiihhh.. Ok, sila blah er...tenkiu.
p/s : lepas benda-benda ni sume jadi, aku makin menyampah nak tengok muka manusia ni sebenarnya. Sebab tu kekadang aku ignore je manusia ni. Anggap je dia tak de depan aku. Kan aman hidup aku :)
titipan kasih oleh LadY aRa at 8:37 AM 0 comments
.jpg)

