BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Tuesday, October 4, 2011

Bila Cinta 2


Selepas hari tu, aku demam teruk. Tiga hari berturut-turut aku demam. Kerja pun terpaksa minta cuti. Tiga hari kat rumah memang la membosankan. Nak keluar petang-petang pun, mak aku tak bagi. Aku memang rindu nak jumpa dengan si dia lagipun, aku nak pulangkan balik jaket dia nih. Aku dah macam orang gila. Lepas aku basuh jaket tu, aku seterika jaket tu. Memang ni la kali pertama aku jatuh cinta dalam hidup aku.

Petang tu, aku dah tak sabar-sabar nak ke taman nak jumpa dengan dia lagi. Jaket dia tu, aku lipat elok-elok dan letakkan dalam paper bag. Sampai di taman, mata aku melilau mencari kelibat dia namun tak jumpa. Aku dah sedikit hampa. Tak! Tak! Aku tak boleh putus asa. Aku kena cari dia dan tunggu dia juga. Sedang aku menoleh kanan- kiri aku ternampak kelibat yang mampu membuatkan aku senyum sampai ke telinga.

Itu pun dia! Aku dah jumpa. Tanpa buang masa, aku terus menuju ke arah dia. Aku perasan yang dia pun nampak aku dan tersenyum memandang ke arah aku.

"Assalamualaikum" Aku mula memberi salam setelah mendekat dia. Dia tersenyum lagi.

"Waalaikumussalam. Awak apa khabar?" Soal si dia.

"Alhamdulillah. Sihat. Ni pun baru baik dari demam."

"Tu la. Dah kena hujan lebat macam tu, memang patut pun demam. Lain kali sebelum keluar, tengok dulu ramalan cuaca. Jangan nak main redah jer." Si dia dah mula membebel. Nampak comel jer. Aku hanya tergelak nipis.

"Yelah. Salah saya. Saya pun tak sangka yang hari tu nak hujan." Si dia ketawa.

"Eh, jom la kita duduk kat sana. Alang-alang ada bangku kosong, baik kita duduk. Kesian bangku tu, tak de orang guna."

"A'ah la kan. Menangis pula dia." Aku dan si dia mula melangkah ke arah bangku yang dikatakan sebentar tadi.

"Eh, lupa pula. Sebenarnya, saya nak bagi balik jaket awak hari tu. Terima kasih tau. Kalau bukan sebab awak, saya tak tahu la apa yang jadi kat saya hari tu, Entah bila saya boleh balik rumah. Silap hari bulan, saya pengsan kot saya kat situ." Aku ketawa sambil menghulurkan paper bag. Kemudiannya, dia menyambutnya.


"Nak buat macam mana, dah takdir kot yang hari tu saya jadi hero. Terasa bangga la pula." Dia ketawa.

"Tu la. Balik hari tu, teruk kena marah dengan mak. Terasa macam budak kecik dulu-dulu pula."

"Padan la muka awak." Melihatkan aku mencebik, dia ketawa.

"Oh ya, nama awak apa er?" soal si dia. Aku terus tersenyum.

"Nama syakilla. Panggil je Ila. Awak?"

" Hakim."

Petang tu, kami berbual panjang macam sesi suai kenal pun ada. Maklumat yang aku dapat dia ni kerja sebagai arkitek. Tinggal kat area-area rumah aku juga la tapi aku tak kenal sangat area rumah dia tu mungkin sebab kawasan tu untuk orang-orang yang high class. Umur dia dalam lingkungan 28 tahun. Aku rasa macam semua tu mimpi. Aku tak pernah terbayang yang satu hari aku memang dapat berkenalan dengan dia.

Bersambung....

0 comments: